Infiru ke Ijok

Aku SMS R.O
"Salam, sheikh jadi tak nak pi ijiok malam ni. kita pi naik keta iznan. kita kongsi minyak. ajak sorang lai yg bolh drive. kita pi lepas magrib"

R.O balas SMS
"Ok, ana ajak pa'an skali. Mai b.a ke tunggu kat mana?"

AKku sengaja balas ke Pa'an
"Ok. Infiruu...kami datang b.A, haah jangn lupa cari bendera PAS, kita bawa skali pi sana."

Aku dan Iznan solat Maghrib berjemaah di surau depan rumah kami , berjemaah dengan jiran tetangga yang lainnya. Kebanyakan jemaah yang ada adalah foreigner dari Timur Tengah yang datang ke bumi Serdang melanjutkan pengajian di kampus hijau UPM.

Selesai solat, aku mendahulu Iznan pulang ke rumah dan bersolat sunat 2 rakaat. Aku niatkan solat ba'diayah dan solat hajat serentak. Mohon perjalanan kami dipelihara dari sebarang gangguan. Teringat aku kan Iznan yang dari petang tadi kerisauan sekiranya berlaku apa-apa. Takut keretanya dikerjakan oleh samseng BN.

Kami ke B.A mengambil R.O dan Pa'a. Aku mengenakan t-shirt lengan panjang dan jeans. Juga aku membawa bersama cap untuk dipakai di sana nanti. Cara aku berpakain juga ditiru oleh Iznan.

Setelah keduanya R.O dan Pa'an menyertai kami, kereta yang dipandu Iznan terus mengambil jalan belakang Grand Union Seri Kembangan menuju Ijok melalui lebuhraya LDP dan lebuhraya ELITE.

Setelah berperjalanan sejauh 56km, akhirnya kami sampai ke markas Keadilan. Kelihatan orang ramai mulai memenuhi ruang pentas pidato Angkatan Muda Barisan Alternatif. Ternyata kunjungan kami tidak sia-sia apabila dimaklumkan bahwa Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang akan turut serta memanaskan pentas pidato. Namun Tuan Guru tidak dapat bersama masyarakat Ijok dan petugas yang lainnya kerna terpaksa memenuhi jemputan dari beberapa markas yang lainnya.

Saudara Hj. Mahfoz Omar juga kelihatan sampai lebih awala dari tetamu yang lain. Beliau juga turut berpidato dan membidas TPM setiap inci di dalam ceramahnya.

Pentas pidato akhirnya menerima kunjungan calon B.A iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. Dalam ucapan memperkenalkan diri calon dan dari pidato yang disampaikan, kau buat pertama kalinya dapat mengenali beliau dan ketokohan beliau. Benarlah seperti yang dikatakan oleh Saudara Zamil (Ketua AMK Kedah) sebelumnya-jelas kejayaan sudah diperolehi B.A secara perbandingan di atas kertas.

Namun apa yang menarik ialah, Tan Sri pada pidatonya telah mengemukakan gagasan perancangan pembangunan wilayah Ijok dan menjemput sama calon B.N iaitu K. Parthiban untuk turut serta mengemukakan plan pembangunannya dan sama-sama memperbaiki plan masing-masing-itupun sekiranya ada-dan matlamatnya ialah untum mengeluarkan Ijok dari senarai daerah paling miskin di negeri berstatus maju seperti Selangor. Cabaran itu dikemukan oleh beliau dan akan diadakan di dewan orang ramai Ijok pada pukul 9.00 pagi esok.

Pentas pidato di sambung lagi oleh tokoh-tokoh muda lain yang datang dari seluruh negara dan berkampun di Ijok. Namun kami membuat keputusan untuk balik sahaja memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Selama itu, selain dari berpeluang mendengar pidato pemuda, pidato Tuan Guru dan ucap kenalan dan pidato Tan Sri Khalid, kami juga terserempak dengan Ustaz Ansari bersama-sama anak muridnya yang datang berkampung untuk membantu B.A mencapai kemenangan di Ijok. Jelas berbeza dengan UMNO yang kelihatan begitu bermewah dengan kewujudan ruma-rumah UMNO Negeri dan UMNO Daerah. Petugas-petugas PAS begitu komited dan datang dari jauh tanpa bantuan kewangan dan sebarang peralatan dari parti.

Dan selama itu juga, syukur ke hadrat Allah kami berempat tidak mengalami apa-apa musibah kecelakaan seawal perjalanan pergi , semasa ceramah dan sepanjang perjalanan baik. Bahkan kami sempat menjamu selera sebelum masing-masing pulang ke rumah untuk melelapkan mata. Ketika aku menulis artikel ini, Pa'an yang berada di sebelah aku memberitahu bahawa beberapa markaz KeADILan semalam diserbu oleh semut merah FRU.

UMNO selain memperkayai diri masing-masing dengan wang rakyat, mereka juga hanya tahu berboros lantaran apa yang diperolehi kesemuanya bukan dengan jalan berusaha. Sikap inilah yang akan menghancurkan mereka dan tempiasnya kepada masyarakat akhirnya tidak mengundang kepada sebarang faedah. Pengundi Ijok melalui medan politik pilihanraya ini semestinya perlu disedarkan betapa akibat yang akan menimpa negara. Walaupun kemenangan Ijok tidak akan merubah kerajaan negferi yang ada, tetapi ia cukup untuk menempelak kesombongan UMNO.

Reformasi! Reformasi! Reformasi!
Takbir! Takbir! Takbir!

0 comments: