Berhujung minggu ke Kuantan

Berpagi-pagian aku keluar rumah menuju ke kedai aku di flat Ikan. Hari ini aku perlu hantar PC kepada adik aku di Kuantan. PC terpakai yang aku beli dari Arif, house-mate aku.

Malam tadi aku sebenarnya sudah ke kedai aku untuk mengambil PC tersebut. Sampai sahaja di Magna Cyber-Cafe, aku terserempak dengan Abe KZ.

Lantas ditanyai aku, "Tok gi meeting pemudo ke male ni?"

"Ado meeting ko? Ana tak tahu pung. Ana tanyo Suhaizi maring, dio kato takdok gapo minggu ni. Nak gi nge sapo meeting?

Abe KZ, "Gi nge ana, kito naik keto."

Aku terpaksa menangguhkan hajat untuk mengambil PC dari kedai aku untuk dibawa pulan ke rumah sewa aku. Di dalam kereta Abe KZ aku menelefon Suhaizi memintanya datang meeting. Aku berjanji dengannya balik nanti aku akan membonceng motornya. Suhaizi sebenarnya segan nak datang kalau-kalau terpaksa menaiki motor seorang diri. Maklum jalan sangat gelap. Aku sengaja membawa helmet bersama-sama supaya balik nanti aku dapat membonceng motor Suhaizi.

Kami pulang agak lewat dan aku sengaja bermalam di rumah Suhaizi. Takut nanti aku tidak terjaga jika aku balik tidur di rumah. Tiada sesiap di rumah. Arif ke program motivasi. Iznan ke Perak atas utusan kerja. Kedua-dua house-mate aku itu akan pulang petang ini.

Seperti yang dijanjikan aku menunggui kak long aku sejak pukul 9.00 pagi. Tetapi, pukul 9.30 pagi, baru dapat memulakan perjalanan. Sebab? Kawannya lewat bertolak dari rumahnya. Sabar.

Kami sampai di Kuantan hampir pukul 1.00 petang. Sebaik sahaja sampai dan memasang PC dan mengubah beberapa setting yang diminta oleh adik aku. Kami pun bertolak pulang lebih kurang pukul 1.30 petang. Kami kemudiannya pulang. Kami menyinggah di Teluk Cempedak untuk menghilangkan haus masing-masing. Kalau hendak diikutkan hati, ingin saja aku hendak membawa adik aku bersama-sama bersiar-siar seketika. Tetapi memandangkan keperluan kami untuk sampai petang itu juga, maka terpaksalah aku melupakannya.

Pertama kali aku ke Teluk Cempedak dan kemudiannya solat Jamak-Qasar di Masjid Sultan Ahmad Shah I. Perjalanan yang cukup singkat. Aku dan kakak aku hanya sempat melilau melihat bandar Kuantan sambil diberikan penerangan oleh kawan kak long yang juga pernah belajar di Kuantan. Dialah yang menjadi pemandu kami.

Akhirnya aku sampai kembali di Serdang pada pukul 7.00 petang. Perjalanan yang singkat dan tidak sangat memenatkan badan. Lagipun aku hanya menjadi penumpang. Segala makan-minum dan belanja perjalanan kak long yang bayarkan.

Dan yang pasti bulan 8 nanti aku kena ke Kuantan sekali lagi dan kali ini aku kena memandu sendiri ke sana untuk mengambil barang-barang adik aku dan terus balik ke Kelantan dari sana. Perghh...matilah gue nanti.

0 comments: