Apa? YaDi isi borang KPLI !!!



Semalam aku mendapat emel dari seorang sahabat. Berikut petikan dari emel itu.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah Ambilan Januari 2008 (KPLI) dan j-QAF telah dibuka bermula pada hari ini Isnin 16 April 2007 sehingga 31 April 2007. Seperti tahun-tahun sebelum ini, no pin permohonan boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00. Sila layari http://apps. emoe.gov. my/kpli untuk mengetahui lebih lanjut tentang program KPLI ini.

Sekian, untuk makluman.


Seingat aku program PKLI sudah ditutup. Hanya J-Qaf saja yang masih dibuka. Isu guru-guru sekolah agama rakyat yang hendak diserap ke sekolah-sekolah kementerian.

Aku juga teringatkan beberapa kawan yang sedikit kecewa apabila sebaik sahaja bergraduat, hasrat untuk mengikuti KPLI terpaksa dilupakan. Ada seorang sahabiah, kelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, bila ditanya habis belajar nak kerja apa?

Dijawabnya: Ana nak jadi guru.

Begitulah impian setiap orang yang berlainan.

Aku juga pernah ditanya dan disuruh oleh kawan-kawan mahupun senior:

Ala Di! Nanti mintak je KPLI, jadi cikgu. Ana rasa bidang pendidikan sekarang ni amat memerlukan orang-orang yang ada fikrah.

Lalu aku jawab: Ana bukannya apa, ana tak minat jadi cikgu ni. Ana ni garang, mudah nak marah anak murid.


Tetapi, tetiba saja terlintas difikiran untuk aku mencuba nasib dan mengisi borang KPLI. Paling tidak pun aku dah ada persediaan sekiranya beberapa perancangan aku tidak menjadi. Mungkin guru adalah profesion aku yang sedang menanti. Tapi soalnya, adakah ini dikira sebagai kes bakal guru yang minta profesion perguruan semata-mata kerana tuntutan hidup? Hmm..

0 comments: