'Selamat Tahun Baru Cina' Motor-KRISS-100-ku

10hb yang lepas (Ahad)sedang aku melalui jalan Serdang Raya menuju ke KL untuk berjumpa seorang teman, tiba-tiba muncul sebuah kereta Waja dari raha bertentangan dan membelok ke arah aku. Tanpa sempat membrek atau mengelak, aku dilanggar begitu saja. Maka terpelantinglah aku lagak persis seorang stuntman. (Sedikit sebanyak ilmu perguruan Silat Gayong membantu aku mengatasi situasi cemas itu)

Alhamdulillah aku tidak pengsan. Aku bangkit dan mendapati motor KRISS kesayangan aku tersadai di tengah jalan itu. Aku mendapatkan motor dan pada masa itu juga seorang uncle keluar dari kereta Waja yangbaru merempuh aku. Cuak mukanya...

Dengan pantas aku berkata: "Takpala uncle, kita tak payah report-report. Boleh tolong saya tolak motor ni ke tepi dulu ?"

Kemudian datang auntie, "You okay ke ? Nak pergi klinik ? You tahu klinik kat sini tak ?"

(dalam hati..."Okay apa? sakit ni")

"Ye, saya nak ke klinik. Saya tak tahu klinik area sini."

"You boleh jalan, saya rasa ada klinik sebelah sana", balas auntie tadi.

"Kita tolak tepi motor you dulu. Lepas tu kita pergi klinik."

Aku hanya mendapat luka-luka kecil di kaki kanan dan bahu kanan. Dan juga sakit-sakit badan akibat tercampak dari motor.

Dan yang paling menguji kesabaran aku ialah melihatkan keadaan motor aku yang agak teruk kerosakannya.

(disingkatkan cerita)

Selepas ke klinik, kami ke bengkel motor berdekatan. Nama kedai motor tu Aun Sam Motor, lokasi Serdang Raya. Di bengkel tersebut, uncle yang langgar aku tadi sanggup untuk bayar ganti rugi untuk memperbaiki kerosakan motor aku tersebut. Tetapi sikap empunya bengkel itu pula yang lebih dari uncle tadi.

"Ala...ini calar-calar saja. Tak perlu tukar ma! " ...
"Ini cover you mahu putih ke hitam. Putih sudah okay, murah apa."

Aku balas, "Colour asal hitam, tukar sama dengan hitam je la. Lagi satu, putih punya cepat season sebab dia tak ada coating." (aku mula menyebut istilah-istilah polymer chemistry).

..dan begitulah lagaknya si tauke kedai tadi, lebih sudu dari kuah. Banyak perkara yang sengaja disenyapkan, agar aku tidak dapat apa yang sepatutnya aku dapat.

Nasib la semasa aku kedai tersebut, aku terserempak dengan teman lama yang juga menolak motornya ke kedai motor tersebut. Besi rim tayar belakangnya ada belok dan patah akibat terterjun ke dalam lubang.

Teman lama aku semasa di SAINA dulu. Kali terakhir kami berjumpa semasa mengambil keputusan SPM di Pokok Sena tahun 1999. Hampir 8 tahun kami tak ketemuan.

Dia dan kawan dialah yang menjadi peguambela untuk aku di petang itu.

...sengaja ditamatkan cerita ini...


sebelumnya:

'Selamat Hari Raya' Motor-KRISS-100-ku

'Selamat Tahun Baru' Motor-Kriss-100-ku

0 comments: