Menziarahi sahabat kemalangan

Aku, Safwan, Obi dan Hamdan telah ke Hospital Pandan Indah semalam untuk menziarahi seorang teman yang kemalangan. Sebelumnya Razali telah menghantar SMS kepada aku untuk memaklumkan bahawa dia tidak dapat 'turun function' di Serdang buat beberapa ketika kerana baru sahaja kemalangan. Kemalangan yang membabitka dia (motor) dan sebuagh kereta. Kejadian itu berlaku semasa dia dalam perjalanan pulang selepas mengambil ujian untuk lesen P.

Kami bertolak dari Serdang pukul 11.00 pagi dan sampai di Hospital lebih kurqng pukul 1.00 tengahari. Hospitalnya dekat saja, tetapi kami terpaksa menapak dari sebuah hospital ke sebuah hospital berikutan maklumat yang tidak tepat diberikan dan juga kegagalan untuk menghubungi Razali sehinggalah kami membuat keputusan untuk ke rumahnya saja di Kampung Baru. Ketika di rumahnya, kami dimaklumkan kakaknya bahawa Razali di bawa oleh abangnya ke sebuah hospital di Hulu Langat dan telefonnya telah digunakan oleh adiknya.

Akibat dari kemalangan tersebut, Razali patah di siku tangan kanannya dan mendapat sedikit luka kecil di tangan kanannya. Sehingga kini Dr. memeberitahu kemungkinan untuk membuat pembedahan untuk membuang serpihan tulang yang ada bagi membolehkan tulang siku tumbuh kembali ditempat tulang yang hancur tersebut.

0 comments: