February 1st, 2007

Seminggu dua ini begitu banyak perkara yang berlaku secara mendadak di lingkungan ruang kehidupan kita. Begitu jugalah dengan diri ambo yang seorang ini. Banyak yang dari kadang-kadangnya adalah ambo sendiri yang mengkehendaki ia berlaku. Dengan izin Allah jua. Suatu hakikat yang ambo perlu terima ialah ruang kehidupan kita adalah seluas jaringan perhubungan kita sehari-hari. Dan luas jaringan perhubungan kita itu pula adalah seluasa mana kita melakukan kerja dakwah. Sedari awal dengan kita meletakkan diri kita di dalam pergolakan dunia hari ini, Islam, nasib ummat, Malaysia, negara Islam, masyarakat, pekerjaan, keluarga dan kawan-kawan kita; kesemuanya ada peranan kecil yang boleh kita lakukan. Dari keseluruhan aspek yang ambo terkesan ialah bilamana kurangnya hikmah pada diri ambo untuk membolehkan ambo melakukan pernan kecil ana itu dengan lebih berkesan. Hikmah adalah aset, ia adalah buah dari baiknya pokok agama kita. Hikmah ( atau haibah; salah satu aset hikmah pada pandangan ambo untuk seseorang. Lebih tepat kita panggilkan kebaikan akhlak ) boleh 'meruwap' jika diri seseorang itu mula meninggalkan kerja-kerja tarbiyah. Inilah perkara yang ambo begitu terkesan seminggu dua ini.

Menjaga 'mulut' adalah menjaga tarbiyyah

Ambo mendapat 'mati ikan' iaitu sakit dibahagian mulut yang disebabkan pecah-pecah berikutan beberapa faktor seperti cuaca panas, kurang minum air kosong atau akibat dari stress yang tinggi. Ambo memikirkan kenapakah ambo dikenakan sakit yang kecil tetapi cukup memedihkan ?

Singkatnya, ana menerimanya sebagai kaffarah dosa dan tanda bahawa Allah masih sangat sayangkan ambo. Pertama, kerana tidak mahu ambo menanggung dosa kepada-Nya, maka dari awal lagi ambo telah dikenakan sakit untuk mengguggurkan dosa-dosa ambo akibat perbuatan mulut ambo. Kedua, ambo tahu Allah begitu sayangkan ambo dengan memberi peringatan kepada diri ini. ( Begitu juga dengan nasib saudara-saudara ambo di Johor, banjir yang datang adalah sebagai peringatan dari Allah ). Dan setiap peringatan itu tidak berguna sekiranya kita masih mengulangi kesilapan dan kesalahan kita.

bersambung....

0 comments: