Ruang Sosial Siri I


Soalan: Apakah yang dimaksudkan ruang sosial?
Jawapan: Ruang sosial ialah kawasan atau sempadan fizikal seseorang yang mana kalau didekati/dimasuki/dicerobohi akan mendatangakn ketidakselesaan kepadanya dan orang yang berbuat demikian sebenarnya tidak menghormati atau tidak beradab dari segi tata pergaulan dan perhubungan.Ruang sosial seseorang umumnya adalah berjarak 2 kaki melingkari fizikal setiap individu. Sekiranya diceroboh, kita akan berasa tidak selesa terutamanya kaum hawa.

Soalan: Bagaimankah ruang sosial di dalam Islam pula?
Jawapan: Ruang sosial di dalam adalah sama seperti di atas dengan bebrapa tambahan. Di dalam Islam selain menyakiti atau berlaku kasar seperti di atas, kita dilarang untuk menyakiti sebarang bentuk perasaan dan keperibadian seseorang.

Soalan: Adakah kita bebas melakukan sebarang tindakan yang kita lakukan di dalam ruang sosial kita biarpun ianya mengasari atau menyakiti fizikal dan perasaan orang lain?
Jawapan: Ini sebenarya adalah asas kepada 5 maqosid sayr`iyyah iaitu bagimana kita wajib menjaga akal, harta, agama, maruah, dan keturunan. Maksudnya Islam mewajibkan ummatnya untuk menjaga 5 perkara ini kepada semua orang. Kenapa? Misal contoh, sekiranya kita tidak menjaga maruah kita maka kita kan melakukan perkara yang tidak senonoh kepada diri kita dan orang lain tidk kira apa cara sekalipun. Asal saja ia menjurus ke arah yang bertentangan dengan yang 5 itu maka ia bersalahan.

Kadang-kadang kita kononnya menulis di dalam ruangan peribadi. Beralasan dengan hal itu maka kita membenarka diri sendiri untuk mengta orang lain.

Ataupun kadang-kadang kita tidak sengaja menceritakan kegembiraan atau kejayaan yang kita dapat sedang dalam masa yang sama tulisan kita itu membuatkan orang rendah diri dan terpulau. Apatah lagi tulisan yang mengutuk peribadi selain dari tulisan yang mengangkat diri tanpa pendekatan berhikmah.

Kerana itulah sekiranya kita menyingkap saranan nabi untuk kita ceritakan mimpi atau khabar gembira kepada teman-teman yang soleh dan baik. Ini kerana pencapaian yang baik selalunya akan dicemburui. Perasaan cemburu itu datangnya dari hati yang tidak baik lantaran masuknya berita yang dirasakan hati itu sebagai sesuatu yang tidak baik untuk dirinya. (Harus diingat juga, bukan bermaksud kita tidak mempercayai sahabat lain yang kita tidak ceritaka kepada mereka dan jangan sampai mereka ini ketahuan pula).

(Cukup dulu Siri I..rasa macam dah nak lari topik pula)

0 comments: