Minat yang sama ?




Aku nak buka kedai. dia nak buka kedai juga.
Aku nak beli kereta, dia nak beli kereta juga.
Aku nak melabur, dia nak melabur juga.
Aku nak sambung mengaji, dia nak sambung mengaji juga.
Aku beli buku secara on-line, dia beli buku di kedai buku MPH saja.

Memang kami dari kecil selalu saja nak benda atau perkara yang sama.
Aku dapat keputusan cemerlang, dia tak kurang malah lebih pun ada.
Aku anak lelaki sulung, dia anak sulung keluarga.
Setakat ni aku tak nak mengaku, tapi dia yang lebih juga.
Tapi tidak mengapa dia kak long aku, beza umur setahun saja.

Ingatan: gambar di atas adalh buku yang diberinya kepada aku untuk dibaca.

0 comments: