Bukan azam tahun baru

Assalamualaikum WBT buat sahabat semua.

Hari ini ana upload-kan antara risalah yang kami dapat semasa Himpunan 15,000 Pemuda PAS di Padang Perdana, Kota Bharu 2 minggu yang lepas. (H15K)

Pergerakan Pemuda PAS telah melancarkan SMS Unit Kerja Jemaah semasa perasmian program pada pagi Sabtu, 23 Disember yang lepas.

Cara-nya mudah saja:
Taip 'ON SMSUKJ' diikuti dengan no kad pengenalan baru anda dan hantarkan ke 32244.
Kemudian anda akan menerima SMS alu-aluan dari moderator sistem SMSUKJ.
Setiap SMS yang diterima akan dicaj sebanyak RM 0.50.
Anda akan menerima purata SMS setiap bulan sebanyak 4 SMS.

SMS yang diterima adalah berkitar kepada maklumat semasa pergerakan dan progaram yang diadakan.

Kami sudah melanggani SMSUKJ, harap kawan-kawan yang lain pun turut sama.

psst...

Pagi tadi lebih kurang pukul 5.30 pagi aku baru sampai dari Kelantan. Perjalanan selama 8 jam menaiki bas Transnasional, turun di Putrajaya kemudiaanya aku bermotosikal pulang ke rumah agak memenatkan.

Makanya aku, SMS (bukan SMSUKJ) ke bos department aku mengatakan aku sampai lambat dan tidak sempat ke temapt kerja.

Pukul 8 aku bangun, bersarapan bersama house-mate, dan kemudiannya ke Magna dan pejabat pos.
Aku mengambil kesempatan untuk menghantar surat permohonan kerja dan resume ke beberapa tempat kerja baru yang aku rasakan sesuai.

Aku sebenarnya dah malas dengan tempat kerja sekarang ini. Biarpun baru sebulan bekerja, tapi aku dah rasa bosan amat.

Sah! Tidur dekat rumah lagi best. Betul tak Safwan ?

0 comments: