Bloggers United: No Fear

Bloggers United: No Fear

Kempen yang dilancarkan oleh Sdra. Ahirudin Atan setelah pendedahan yang dilakukannya mengenai pemberian bot mewah oleh Ananda Krishnan kepada Pak Lah sepertimana yang telah heboh diperkatakan. Berita mengenai 'lawatan sementara' Pak Lah ke Turki itu telah dikeluarkan oleh sebuah akhbar di negara Dua Benua itu. Berita itu kemudiannya di hebahkan kepada masyarakat Malaysia oleh Sdra. Ahirudin Atan yang juga pernah berkhidmat di Malay Mail sebelum ini. Beliau 'meletakkan jawatan' akibat tekanan yang diberikan. Tidak mencukupi dengan tekana yang diberikan, akhirnya surat saman yang setinggi 2 kaki telah diserahkan kepada Sdra. Ahirudin Atan semasa majlis makan malam yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang diketuainya sendiri di salah sebuah hotel di ibu negara.

Sdra. Ahiruddin Atan (dan terbaru Jeff Ooi), di dalam kempen (Bloggers United: No Fear)
yang dilancarkan setelah peristiwa tersebut menyeru kepada semua bloggers untuk bersatu dan menyebar-luaskan kebobrokan dan kerakusan puak pemerintah yang menguasai politik tanahair pada hari ini. Sebagai tanda anda menyokong kempen ini, pastikan anda mempamerkan simbol di atas di dalam blog anda.
Juga, ajak rakan-rakan anda untuk sertai kempen ini.

Takbir 3X !!!


Bloggers United: No Fear

0 comments: