Baru azam tahun baru

Hari ini aku memulakan kembali kerja aku di Puchong.
Di tempat kerja aku mulai melazimi kerja-kerja seharian yang selama ini aku buat.
Tidak lupa juga aku kena isi borang 'unpaid leave' untuk 'cuti' aku semalam.

Nah! Malas sangat nak pergi kerja.

Tapi yang bestnya, chief department aku baik hati pula henadak bagi over-time.
Soory la miss, saya ada hal lain hendak dibuat.

Sebenarnya aku dah plan hendak ke Masjid Jamek Komplek MARDI,Serdang.
Kami pelajar UPM biasa panggil Masjid MARDI sahaja.
Aku ke sana maghrib sebentar tadi untuk mendapatkan borang untuk pengambilan baru pengajian awam syariah peringkat sijil yang dikendalikan oleh UMCCed dan JAIS.

Nampak gaya bermual bulan 3 tahun ini hujung minggu Sabtu dan Ahad aku disebelah pagi penuh dengan jadual belajar.

Seronok sebenarnya dapat jadi pelajar balik.
Insya-4JJI ikutkan hati ini aku hendak sambung pengajian aku ke peringkat Master.
Itupun untuk bidang pengajian kimia yang aku ambil sebelum ini. (Seboleh-bolehnya)
Aku juga sekarang sedang mengintai peluang untuk mendapatkan kerja sebagai Research Assistant sebelum menyambung pengajian ke peringkat Master.
Aku berminat untuk menyambung pengajian di UKM.
Saja hendak ubah selera.

Kalau tidak pun mungkin mana-mana tempat lain yang turut menawarkan peluang yang sama.
Andaikata aku dapat peluang kerja di MARDI, mungkin aku diberi peluang di tempat lain.

Rasanya setakat itu untuk malam ini.
Aku hendak surf laman web MARDI untuk penuhkan resume. Tarikh akhir permohonan adalah esok.
Doakan aku berjaya. (Dunia dan akhirat)

0 comments: