Siapa bilang gadis bertudung tak boleh menang?

2 tahun lepas

Azlang (Azlam) : Hoh! Budok puang kkire !
Azlang. Ketua Kelas Akaun 1 semasa matrik di KMB. Aku aliran Sains Hayat. Dia, aliran Akaun. Hanya sempat bersama selama setahun. budak-budak Akaun kemudiannya di pindahkan ke Kolej MARA Kuala Nerang.


Kami selalu jogging. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Tapi Azlang biasanya lebih gemar ke gym.

Semasa berjogging,
Aku: Tengok tu ! Pakai sempoi, tapi semput.
Azlang: Biase tu Di. Janji ranggi.
2 minggu lepas

Sibli : Woi ! Ko jangan main, minah tu Gayong peringkat negeri tu.
Aku : Ha'ah. Wakil negeri Perak. Bukan senang nak dapat jadi wakil Gayong negeri Perak. Muslimat pulak dia tu.
Hari ini. Bukan 2 hari lepas.

Walaupun setelah sekian lama kita tidak melihat atlit wanita bertudung memenangi pingat emas. Apatah lagi bagi acara pecut. Akhirnya.
Ruqaya Al Ghasara telah membuktikan bahawa bertudung tidak menjadi halangan untuk meraih pingat emas.

Sebelumnya. Azalina, menteri KBS ketika ditemuramah oleh Zainal Abidin Rawop telah berkata masyarakat seharusnya terbuka dalam soal pakaian sukan. Kalau sesuatu jenis sukan itu perlu kepada jenis pakaian yang 'sedemikian', maka ibu bapa perlu dan masyarakat perlu mula terbuka dan menerima ianya adalah keperluan untuk bersukan. Apalah salah berkorban kalau ingin memenangi pingat. Lagipun negara juga yang akan mendapat nama.

Kata Azalina lagi, wanita yang berpurdah dan berjubah kalu nak buat jahat pun tidak kira pakai apa. Boleh juga buat salah atau maksiat?

Ketika persidangan Dewan Negara baru-baru ini pula, MP Ampang kata tindakan kerajaan negeri Kelantan untuk menguatkuasakan etika berpakaian sopan terutamanya bagi wanita adalah idea dari orang yang berfikiran sempit.

Hari ini. Bukan lagi hari esok.
Yang jelas nama Bahrain sudah dijulang dek kemenangan pelari wanita Ruqaya.

Hari ini dan hari-hari esok.

Yang jelas dan pasti, Kelantan pula akan dijulang dan diberkati kerana kesopanan wanita peniaga di Pasar Siti Khadijah.

Cocok amat dengan namanya, Siti Khadijah.

0 comments: