Masih kukenang...


22hb lepas, selang sehari ulangtahun kelahiran aku yang ke-24, kami telah berangkat ke Kedah untuk satu 'misi rahsia'.

Aku bersama Azran ditempatkan dengan keluarga angkat. Selama seminggu kami berada di sana. Banyak juga perkara baru yang kukutip dan kutitip kemudiannya. Walaupun dahulunya aku pernah belajar di sana. 7 tahun lamanya aku tidak menjengah negeri jelapang padi itu. 7 tahun yang lama membuatkan aku seolah-olah tidak pernah berada di sana.

Kali ini aku datang kembali dan selepas 7 tahun itulah baru aku mengambil peluang untuk mengambil sijil SPM aku. Itupun aku meminta sepupuku yang belajar di KIDU untuk ambilkan. Ingin juga rasa hati berjumpa dengan guru-guruku.

Selama di sana aku mengambil peluang bersiar-siar ke tempat-tempat kebiasaan aku outing. Sepetang bersama Azran dan kawan-kawan yang lain di Bandaraya Alor Setar. Sungguh, di saat itu aku baru ketahui bahawa Alor Setar sudah bertaraf sebuah bandaraya.

Sebelumnya juga aku berkesempatan menghadiri kuliah pagi Jumaat Tuan Guru Hj. Jusoh di Tobiar, Pendang. 2 kitab yang aku tadah pengajiannya. Satu Siyarus Salikin dan satu lagi aku tidak tahu.

Sememangnya Kedah masih kedapatan ramai Tuan Guru yang rata-ratanya adalah anak murid Tuk Kenali, ulama Asia Tenggara yang tersohor. Anak muridnya ada yang datang dari Tanah Besar Cina, secocok dengan amanahnya sebagai Ketua Ulamak Asia Tenggara, antara post yang ada bagi ulamak yang pernah tinggal di Tanah Suci Mekah.

Hari terakhir, sekali lagi aku meminta bantuan sepupuku untuk menghantarkan sahabat aku ke rumahnya di Kulim. Memang aku jenis suka bertandang ke rumah sahabat, apatah lagi teman-teman seangkatan.

28 Nov, pukul 9.00 malam kami memecut dari Kulim ke Stesen Shahab Perdana di Mergong (Alor Setar). Aku perlu berada di sana sebelum pukul 12.00 malam untuk perjalanan pulang ke Serdang. Sejam kemudian kami dah sampai. Tidak seperti perjalanan pergi yang mengambil masa selama 2 jam.

Pagi tadi, semasa aku mengemas-ngemas barang setelah seminggu mendapatkan kerehatan dari permulaan kerja dan berpindah ke rumah baru, aku menjumpai tiket bas pulang yang sengaja aku simpan...untuk kukenang.

Masih kukenang...

pstt.. tajuk dan gambar bukan sekadar hiasan. (bukan macam Akh Faisal Tehrani dan Akh Safwan)

0 comments: