HPA, Herba Penawar Al-Wahida

Semalam, di tempat kerja. Aku baru mendapat penjelasan sebenar tentang apa dia MLM. Sebenarnya tidak jauh beza dari apa yang aku ketahui. Cuma aku tidak tahu mengenai manipulasi lesen MLM yang dibuat oleh kebanyakan sayrikat yang mengejar kekayaan dan kita ketahui sebagai Skim Cepat Kaya.

Pernah aku mengatakan MLM yang sebgibi adalah tidak boleh (nak kata HARAM takut salah, nanti berdosa). Ini kerana mereka bukannya jual barang, kalau ada barang pun setakat hendak kata ada jual barang. Target mereka sebenarnya adalah duit. Iaitu dengan cari 'kaki'. Itu yang kita biasa dengar orang kata;

"Alah, tak payah jual barang. MLM ni ko cari orang jer."

Mengikut hukum muamalat atau rukun niaga itu sendiri sesuatu perniagaan mesti ada barang dan jelas harganya. Ini kalau setkata spirulina 30 biji tapi harga sampai RM 200.00, memang tidak lojik. Memang bukan jual barang, tapi target duit. Spirulina itu hanya untuk mengabui mata orang. Dan yang paling penting untuk mendapatakan lesen MLM.

MLM dan SLM.

MLM adalah Multi Level Marketing, manakala SLM adalah Single Level Marketing. MLM pula adalah cara syarikat jual barang melalui ejen yang mendaftar menjadi ahli. Contoh, HPA, Sureco dsb. SLM adalah cara syarikat jual barang terus ke pengguna melalui kedai-kedai. Milo, Ubat Gigi Mukmin dan banyak lagi barang-barang lain. Tidak semestinya barang-barang untuk kegunaan harian sahaja.

0 comments: