Man zaro'a, hasoda.

Man zaro'a, hasoda !
Siapa yang menanam (pokok), dia yang menuai hasilnya.
Hari ini aku mendapat panggilan telefon, seorang wanita Cina bertutur di dalam bahasa Inggeris.

Dengan pelatnya itu, aku terpaksa mendengar teliti dan memintanya mengulang beberapa kali bagi sesetengah ayat yang diungkapkannnya.

Sikit-sikit aku dapat memahami bahawa esok aku dikehendaki datang ke sebuah kilang cat di Puchong pada pukul 2.30 petang untuk sesi temuduga.

Petangnya aku ke Puchong (kilang tersebut) mengikut alamat yang diberikan. Aku sendiri tidak menyimpan alamat. Terpaksa aku meminta alamat dari wanita Cina tadi. Seingat aku, resume yang aku hantarkan ke syarikat tersebut ialah 2 bulan yang lepas. Aku jangkakan sudah tidak ada jawapan dari pihak syarikat. Aku dimaklumkan, tawarn jawatan yang di buka untuk temuduga esok ialah jawatan Assistant Chemist.

Semasa aku menulis ini, aku baru sahaja selesai mencari maklumat mengenai syarikat yang akan menemuduga aku esok. Walhal sekarang ini pun aku sebenarnya da jamuan yang dianjurkan oleh 'budak-budak K7'.

Aku tidak sempat untuk memotong pendek rambutku petang tadi kerana aku ke Putrajaya. Terpaksalah aku pergi ke kedai rambut esoknya. Terpaksalah aku memotong pendek rambut panjang aku ini.
Aku perlu ingat, ini adalah temuduga aku yang pertama untuk kerja tetap.
Hujung bulan ini juga aku ada sesi temuduga di Kulim, Kedah. Apa pun, ianya bergantung kepada keputusan temuduga aku esok ataupun permohonan aku di kilang TK-Yokohma Battery di Semenyih.

Hajat hati hendak duduk lama di Serdang atau kawasan yang berdekatan. Dekat-dekat sini aku boleh cari pendapatan samping yang lain. Kerja-kerja yang biasa aku buat sebelum ini.

Lagipun setakat ini aku dah di serap ke Pemuda kawasan

Baik ! Harap semua kawan-kawan doakan aku agar hadir dan lulus sesi temuduga tersebut dan dapat jawatan tersebut.

0 comments: