Li Kulli Makaanil Maqam #1... (Jiwa Sufi Rocker Muda)

Dahulu, aku membesar di depan tv.

Suatu hari aku lihat rancangan di TV3. Rancangan hiburan yang melibatkan kumpulan pioneer industri nasyid tanahair kita iaitu Raihan.

Pengacara : Bagaimana anda menyifatkan kejayaan Raihan, selaku artis Malaysia pertama yang berjaya membawa hiburan negara kita untuk dipertontonkan kepada umum di Pentas Royal Albert di kota London? Apatah lagi hiburan yang dibawakan adalah nasyid. Mungkin ada rahsia, hingga menarik minat Ratu Elizabeth menjemput Raihan ke Kota London.

Nazri : Kita manusia ini mempunyai fitrah yang sebenarnya sukakan bunyi-bunyian. Begitulah kita semua sebenarnya. Contoh, ketika kita berada di hutan rimba, tiba-tiba kita terdengar bunyi kicau burung, pasti di ketika itu jiwa sunyi kita kan tersentuh dengan kemerduan siulan burung itu tadi.

Begitulah perbandingan ringkas yang diberikan oleh solo utama kumpulan Raihan. Perbandingan ini memahamkan kita bagiamana kita sebenarnya yang tidak langsung memahami bahasa pertuturan seekor burung tetapi boleh tertarik dengan kemerduan bunyi suara burung. (Sebagai tambahan: burung adalah makhluk yang tidak punya akal, segala urusan hidupnya adalah adat yang terwariskan. Maka selain urusan itu, tiada lain hanyalah berzikir. Mungkin sebenarnya itulah yang membuatkan jiwa kita tenang mendengarkan kicauan burung itu. Iaitu kita sebenarnya sedang mendengar zikir, ubat jiwa kacau.)

Sekarang, TV membesar di depan aku.

Arus zaman mewarnai perubahan. Namun, ia sesekali tidak membuatkan seorang hamba itu kebutaan. Ini kerana hamba itu telah mengenali Penciptanya. Awal ad-din ma'rifah Allah. Hamba ini telah mencapai duduk yang tinggi dan dipanggil 'arif, iaitu orang yang mengenali Tuhannya.

Menyebut tentang industri hiburan lagi, sebenarnya kedapatan banyak lagu-lagu kita yang mempunyai ciri-ciri kesufian ini. Kebanyakannya pula dipopularkan oleh kumpulan atau artis rock. Walaupun hanya sekadar bersifat picisan, namu ia mengandungi himah yang besar. tapi sayang, disebabkan mentaliti kebayakan rakyat kita, lagu-lagu ini tidak dilihat ke arah mencari DIRI. Tetapi lebih disandarkan kepada cinta sesama makhluk berlawan jenis dan yang bersifat melembikkan dan kekadang meloyakan.

Pernah guru Bahasa Melayu aku berkata, "Band sekarang pakai seluar ketat-ketat, rambut panjang-panjang, tapi nyanyi lagu ku timang-timang kasih, ku timang-timang sayang."

Aku menyambut lontaran beliau dengan berfikir panjang dan gagal mencari sesuatu yang boleh menguraikan. Sehinggalah suatu hari, sedang aku menyelongkar file di dalam komputer seorang sahabat dan terjumpa koleksi lagu band tempatan. Aku teringin untuk mendengar lagu-lagu dari sebuah kumpulan Damasutra, terutamanya lagu yang berjudul Sufi. Ini kerana terdapat bait lagu yang berbunyi...nafi dan isbat kau sandingkan, sebagai tauhid pegangan.... .

Ungkapan kalimah teragung dan hanya difahami oleh orang yang mampu menterjemahkannya. Itulah yang membuatkan aku ingin meneliti sepenuhnya lirik yang selam ini aku tidak tahu. Hanya sekadar itu. Maka aku mendengar dan mencatat kembali satu-persatu. Hingga menarik aku untuk mencatat lirik lagu yang lain... GILA !

Kini, aku sesat dalam rindu :

Ku resah mecariMU dengan akal
dan brsama sifat-sifat pinjaman

KAU, ku rasakan semakin menjauh
tersesat aku dalam rindu

Ku satukan firasat mencariMU
dan ku terlontar di penghujung arah

KAU masih ku jejaki
betapa malangnya nasibku

kerana MU, ku tinggalkan segalanya
sendiri aku terpedaya
punya kal dan firasat yang tak ke mana
hanya jalan yang sengsara

zahir musnah bagi yang mimpi
zahir ada rahsia mencari
lalu ku selami di dalam diri
di bawah arus nafasku

asal serah janji dahulu
mula hidup pasti mula cinta
(ulang)

ENGKAU kasih ada di sini
ENGKAU kasih ada menanti
ENGKAU kasih aku juga kasih

0 comments: