Kenapa Aku ?

BUKU TATABAHASA MUDAH DIFAHAMI
UPSR
Siti Nor Azura B.A. (Hons)
IQRA' PULICATIONS (001035601-V)

Kenapa aku pilih tajuk Kenapa Aku ? Mungkin jawapannya ada pada gambar yang aku upload di atas untuk kali ini. Itulah apa yang aku bahasakan diri aku selama ini di dalam blog ini dan sesama teman-teman yang rapat. Kekadang perbualan kami diperhatikan oleh teman-teman jemaah yang lain; Kenapa dia bahasakan diri sebagai aku, kenapa tidak ana atau saya ?

Begitulah kita dan keprihatinan kita terhadap sahabat kita. Itu tidak mengapa dan aku pun tidak marah. Kita bisa berbeza. Ah! itu kan perkara remeh. Banyak lagi perkara yang lain kita perlu bincang dan perkemaskan.

Kenapa Aku ? (bukan artikel Kenapa aku diuji seperti yang sering kita baca tu...)

Aku sebenarnya masih lagi dalam pembinaan idea atau tengah cari themes yang sesuai. Macam Safwan juga. Safwan sekarang tengah 'buat themes' untuk blognya yang dia minta aku jangan publishkan kepada sesiapa. Blog untuk dia cari kepuasan sebagai blogger dan buat bisnes dengan menggunakan wordpress.

Aku juga kebuntuan setiap ketika untuk memasukkan entri baru. Ini kerana idea yang banyak dan tidak dapat disusun. Ini adalah dilema biasa bagi setiap blogger seperti kita. Konflik antara kepuasan diri dan memenuhi citarasa pengunjung yang kebanyakannya kita tidak ketahui. Kalau tahu pun kita tidak tahu pula bagaimana untuk menanganinya. Apa pun entri lama dari blog lama Safwan ini mungkin berguna.

Gaya penulisan dan pembinaan idea juga penting. Walaupun ada beberapa teknik yang aku (kita) pernah belajar, namun aku kini gagal untuk mengaplikasikannya. Antaranya guru Bahasa Inggeris aku, Puan Anita Hj Basir ketika belajar di Kolej MARA Banting
pernah mengajarkan aku (kami) teknik tulang ikan. Teknik ini adalah amat berguna untuk kita memperkembangkan idea kita tanpa berlaku penyimpangan idea. Teknik ini berguna untuk kita menulis satu-satu isu ataupun kisah cereka.

Pernah terlintas idea untuk menulis (memasukkan entri) artikel-artikel yang berbentuk ilmiah. Tetapi itu akan membuatkan aku tertekan untuk memenuhkan tanggungjawb untuk aku sentiasa istiqamah menulis. ini adalah disebabkan kekurangan diri dari segi untuk membuat langsung menyiapkan satu-satu artikel ilmiah yang memerlukan aku banyak merujuk dan membuat kajian. Aku lebih suka gaya yang santai, bebas menulis dan sekiranya terdapat satu-satu isu yang perlu kepada tanggungjawab untuk aku menyebarkannya atau memberi faham kepada umum, maka sampai tika itu aku akan melakukannya.

Sekarang ini aku mulakan kembali apa yang dulunya menjadi kebiasaan aku, iaitu membawa pen dan buku catatan. Ini adalah penting untuk aku merakamkan segala perkara penting yang aku lalui. Ianya menjadi hot-stuff yang sentiasa terisi di dalam beg kecil aku. Dulu semasa aku menjadi anggota BADRI, aku (kami) akan sentiasa memastikan setiap pelajar Putera tidak akan tidur semasa khutbah Jumaat. Aku (kami) akan pastikan setiap di antara mereka mencatat isi kandungan khutbah Jumaat. Sekiranya gagal, maka akan ada denda yang istimewa menanti. Tidak terkecuali walaupun rakan setingkatan. Aku sebagaimana perlu, merasakan saat itu aku adalah seorang yang sentiasa diingatkan. Dan nota adalah teman yang mengingatkan aku. Untuk apa saja seperti janji temu, kerja sekolah dan sebagainya.

0 comments: