Hikmah Angka Dalam Islam...coretan memanaskan badan sekembali dari cuti yang lama

ANGKA 1:
Istiqamah itu satu jalan .awalnya kemulian,pertngahannya keselamatan, dan akhirnya adalah syurga yang menanti.
ANGKA 2:
Dua titisan yang sangat bernilai di
hari akhirat .dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis
{bertaubat kepada Allah}terutama d malam hari.
2)Darah para syuhada d medan jihad
fisabilillah.
ANGKA 3:
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}
2)Isteri yang solehah
3)Cahaya mataku d dalam sembahyang.
ANGKA 4:
Berkata Syaidina Ali
karamullahuwajhah: Barangsiapa yang d berikan kepadanya empat perkara
sesungguhnya dia telah d beri kebaikan dunia dan akhirat:
1)Sifat warak yang memeliharanya
daripada apa yang d haramkan oleh Allah.
2)Dia hidup bersama masyarakat dengan
akhlak yang penyantun.
3)Malu yang meneghnya dari kejahilan
org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang
membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.
ANGKA 5:
Berkata seorang soleh:Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:
1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
2)Kosong perut.
3)Melakukan qiamullail.
4)Memohon ampun d waktu sahur.
5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}
ANGKA 6:
Enam cara2 menghindarkan dari iblis:
1)Bertaqwa kepada allah d mana
sahaja.
2)Selalu meminta pertolongan daripada
Allah.
3)Selalu berzikir dan
berwirid.4)Memperbaharui taubat.
5)Memperbnyakkan
istighfar
6)Selalu meningkatkan dan
memperkemaskan ibadah d samping asasnya ilmu yang bermanafaat.
ANGKA 7:
Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum
ANGKA 8:
Senjata2 perempuan yang boleh
mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya:
1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja
-manja
3)Berhias diri dan
bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)Kata-kata yang manis
8)Mempertakuti bahawa ia akan
lari.
ANGKA 9:
Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan dikuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikiut:
1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)susah untuk menerima kbnaran dari orang lain
5)Ingin berlawan terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia,pangkat, dan wang ringgit
7)Pemarah
8)Ingin d hormati {gila puji}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.
ANGKA 10:
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya
tidak busuk dan tidak reput d dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang
mahsyar dgan tubuh yang asal dari kubur:
1)Para nabi dan rasul
2)Para ahli jihad{mujahid}
3)Para ahli ulama
4)Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang
adi
l7)Muazzin
8)Wanita yang mati kerana
kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati d bunuh atau
dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau d
malam jumaat
"MUSLIM yang BAIK {SEJATI} ITU IALAH MUSLIM yang DAPAT MENYUSUN JIWA{rasa HATI} ,MENYUSUN FIKIRAN DAN MENYUSUN FIZIKALNYA"

0 comments: