Terengganu maju sampai berjerebu

Sunday
Today


Buletin Utama, TV3

Headline : (antaranya)

5 negeri mencatat indek pencemaran udara (jerebu) yang agak teruk, Selangor, Johor, Perak, Pahang dan Terengganu.

Kami berempat (aku, along, kawan along, suami kawan along) agak terkejut dengan headline. Bukan terkejut dengan berita mengenai jerebu. Bukan juga terkejut dengan berita mengenai 4 buah negeri (Selangor, Johor, Perak dan Pahang) yang terlibat dengan fenomena jerebu ini. Tetapi terkejut dengan Terengganu yang tururt mencatat API yang tinggi.

Aku bersuara dan cuba memancing persetujuan kepada apa yang aku lontarkan, "Maju Terengganu sampai berjerebu"

Suami kawan along, angguk bersetuju sambil mulut hanya mengatakan "Umm".

Manakala, along dan kawannya sedang asyik bersembang setelah sekian lama tidak ketemu.

Hajat hati hendak bersembang lama. Jam pula sudah menunjukkan hampir masuk waktu Isyak, maka aku memberi signal kepada along untuk pulang. Kakak aku langsung memahami dan turut meminta diri dari kawannya.

Begitulah sebahagian apa yang sempat kami bualkan selama hampir 3 jam di rumah mereka. Topik perbualan kami tiada beza kerana kami dari negeri yang sama, hanya kawan along saja yang berasal dari Melaka.

Kali pertama dan terakhir aku dan along bertandang ke rumah kawannya itu ialah pada hari raya puasa yang ke-7 tahun lepas. Aku masih ingat lagi bagaimana cuaca ketika dalam perjalanan dari Presint 9 ke Puchong tahun lepas, cuacanya sama dan berjerebu. Jarak penglihatan dalam 100 meter sahaja.

Hari ini, keadaannya sama. Bezanya kali ini di bulan puasa, selai jerebu cuaca adalah panas. Manakala tahun lepas sesampai sahaja di rumah kawan along, hujan turun dengan lebat.

Saturday
Yesterday (day)

"Enta free tak esok ?" soal abang Azmeer
"Kenapa?" balas dengan kata tanya yang ringkas
"Esok ada dialog anak Terengganu, ana ingat enta kean pergi."
"Apa lak ? Ana bukan anak Terengganu". balas aku ringkas
"Siapa anak Terengganu ek?" soalnya lanjut, tanpa meninggalkan 'ek' dihujungnya. Orang Johor.
"Hanuzul ada, suruh lah dia pi". balas aku sambil cuba senyum sedikit
"Ana dah suruh dia pergi. Tapi kalau enta tak ada apa-apa bolehlah pergi." sedikit bersungguh abang Azmeer
"Asalnya ana memang free esok, tapi kena pergi Shah Alam." aku terangkan

Mungkin dia faham. Sepatutnya pagi atau tengahari itu aku ke Shah Alam. Tapi apabila fikirkan abang Azmeer minta aku temankan dia untuk beli buku rujukan untuk kak Aida, zaujahnya yang sedang menyambung pengajian ke peringkat master.

^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Saturday
Yesterday (night)

Kami berempat (aku, Ghafil, Shukri dan Amirul) ke Taman Melewar. Di sana kami kemudiannya mengikuti program yang telah disediakan oleh urusetia Markas Tarbiyyah PAS Pusat. Bersempena bulan Ramadhan, mereka telah menyusun jadual program seperti tahun-tahun yang lepas. Kali ini lebih meriah dan pihak urusetia melalui program yang diaturkan berusaha mengajak masyarakat untuk mengingati peristiwa BAdar Al-Kubra

Paling istimewa, malam ini kami akan dapat Iftar, Terawih, Tazkeerah dan Ceramah bersama Tuan Guru Presiden. Malam ini segala-galanya kami lakukan bersama dengan Tuan Guru Presiden.

Aku ingin ringkaskan cerita dan juga ringkasnya aku tertanya.

Bagaimanalah perasaan Tuan Guru Presiden melihatkan keadaan negerinya, Terengganu sekarang ini ?

0 comments: