Kisah Itu Kasih #5... (yang baik berkekalan)

Hari ini.

Masih di dalam suasana raya ?

Ya, hari ini adalah hari raya bagi mereka yang sudah habis Puasa Enam.

Apa pun biar kita masih dan terus di dalam iman, kalau pun belum mencapai Halawatul Iman. Bagi yang sudah, aku sendiri tidak tahu hendak pesankan apa. Itu kerana aku sendiri belum menguasainya. Apa pun yang baik aku kekalkan
.

Tiada apa yang istimewa bagi aku raya kali ini, seperti tahun-tahun sudah juga. Aku tidak punya kelurga besar. Bapaku anak tunggal dan ibuku hanya punya abang dan adik sahaja.Makanya keluargaku tidak besar. Tambahan pula tahun ini seorang dari adik aku tidak pulang beraya kerana tidak dapat cuti kerja. Aku pula beraya dengan buku, nota dan tutorial. Persiapan menghadapi final exam
untuk esok hari. Bukan berdukacita, sekadar bercerita. Apa pun yang baik kami kekalkan.

Semalam.

Ketika bertemu dan berkumpul di rumah kawan, akau dan kawan-kawan (kami) bercadang untuk mengadakan rumah terbuka muslimin. Tahun ini jika berjaya diadakan adalah tahun kedua kami mengadakan rumah terbuka muslimin. Tahun lepas kami mengadakannya di rumah aku. Tahun ini kau mencadangkan agar dibuat di rumah kawan-kawan yang lain pula. Moga-moga ianya menjadi tradisi sesama kami. Apa pun yang baik akan kami kekalkan.

Kelmarin.

Sehari dua nak grad ini aku mula enak berbual cerita-cerita lama dengan kawan-kawan yang ada. Banyak sangat yang aku lalui. Dari seorang yang kekok dan jahil bergerak kerja, dari seorang yang takut untuk bercakap dan mengeluarkan pandangan, dari seorang yang tidak mendekati kehidupan berjemaah, dari kehidupan seorang yang suka berbelanja besar untuk seuatu perkara dan dari banyak lagi kekurangan yang lain, aku kini telah melepasi perkara tersebut dengan masih banyak lagi yang perlu di tambah-nilai. Apa pun yang baik akan aku kekalkan.

Biarkan segala yang baik berkekalan dari kelmarin, semalam, hari ini dan hari-hari mendatang.

Dan bukan sekadar itu :
"
Semalam lebih baik dari kelmarin, Hari ini lebih dari semalam dan Esok lebih baik dari hari ini. "

Potret lama masih ku simpan,
Ku bingkaikan kenangan,
Hingga terk
adang ku termenung sendirian
.... sebahagian lirik nasyid Far-East

(Far-East sekarang sudah keluar album baru,
Halawatul Iman. Dapatkan yang original !!!)

Sila baca, sebelumnya

Kisah Itu Kasih # 1... baca (Kesah Itu Kaseh)
Kisah Itu Kasih # 2... (kecil tak terpandangkan)

Kisah Itu Kasih # 3... (mengapa susah meminta maaf ?)

Kisah Itu Kasih # 4... (Andainya Ramadhan ini terakhir bagiku)

0 comments: