Kisah Itu Kasih # 4... (Andainya Ramadhan ini terakhir bagiku)


Salam kasih sayang penuh mesra kepada sekalian pembaca yang menyinggahi blog ana ini. Berikut ana ringkaskan sahaja apa yang bermain-main di fikiran dan apa yang sedang ana nak buat menjelang raya nanti :

1. Ana mohon kemaafan dari sahabat sahabiah semua. Ana juga mendoakan keampunan buat diri ini dan antum semua. Ana ni jenis seorang yang panas baran. Maka ramailah sekalian sahabat sahabiah yang kena tempias high tempered ana tu. Ana rasa syukur kepada Allah kerana telah memilih ana untuk bersama-sama sahabat sahabiah sekalian. Sememangnya kita yang ditarbiyyah ini mudah memahami rakan kita yang lain dan hasil dari itu juga kita dapat saling memperbaiki diri kita dan sahabat sahabiah yang lain. Ana pun begitu, mula pandai membawa diri dan perasaan. Tapi itupun berkat kesabaran sahabat sahabiah semua, maka dengan izin Allah lama-kelamaan sikap panas baran tadi semakin kurang. Ana tidak menafikan bahawa masih tersisa lagi sikap itu. Ana juga pernah terfikir perlukah ana buang kesemua sikap itu ? Tapi ana menemukan jawapannya, biarlah sebahagiannya masih ada, paling tidak sebagai kekuatan untuk ana tampil membetulkan kesalahan atau kecelaruan yang ada disekitar kita. Kadang-kadang bukan apa, sahabat sahabiah yang lain lebih cenderung memilih jalan untuk mendiamkan diri di dalam mengemukan sesuatu. Kononnya hendak menjaga perasaaan orang lain. Bagi ana itu bukan caranya. Itulah tarbiyyah namanya. Thats why lah Allah berfirman : " Dan berbincanglah kamu di dalam urusan kamu (kerana kamu lebih mengetahui), kemudian bertawakkallah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal. "

2. Insya4JJI ini adalah semester terakhir ana di UPM. Mohon segalanya berjalan lancar.

3. Selamat menjalani ibadah puasa pada penggal ketiga Ramadhan ini. Semoga Ramadhan kali ini dapat mensucikan kita dari segala dosa-dosa kita. Tekunilah dan carilah kekuatan didalamnya.

4. Selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung. Boleh saja memandu dengan laju, asal selamat. Yang penting dari segi usaha dan persediaan wajib terlebih dahulu kita buat. Kalau rasa penat dan perlu berehat, berhentikan saja kenderaan dan ambillah masa dan penuhilah keperluan untuk badan dan kenderaan kita. Mungkin badan yang penat itu nanti menjadi faktor kemalangan. Kalau sampai dengan selamat pun, badan yang penat tadi takutnya akan menjadi bebanan untuk kita memenuhkan tuntutan ibadah di bulan puasa. Mungkin pernah dengar atau alami sendiri sindrom " Balik kampung, sampai rumah, penat-tidur, tinggal terawih ".

5. Selamat Hari Raya, MAaf zahir dan batin, halal makan minum. Kepada yang berkesempatan, silalah datang bertamu ke rumah ana. Alamatnya : PT 97, Kg. Paloh Rambai, 16450 Ketereh, K.B.B.R.I, Kelate Serambi Mekah. Tak jumpa juga ? telefon atau SMS ana.

6. Jangan lupa study untuk final paper. Hendak buat macam mana, cuti raya kita sama dengan cuti study week. Mesti SCORE !!! (Ana mesti GRAD !!!)

7. Buat sementara waktu ini tidak akan update blog. Balik nanti malas nak keluar ke CC semata-mata hanya nak
update blog.

Sila baca, sebelumnya
Kisah Itu Kasih # 1... baca (Kesah Itu Kaseh)
Kisah Itu Kasih # 2... (kecil tak terpandangkan)

Kisah Itu Kasih # 3... (mengapa susah meminta maaf ?)

0 comments: