Kisah Itu Kasih #5... (yang baik berkekalan)

Hari ini.

Masih di dalam suasana raya ?

Ya, hari ini adalah hari raya bagi mereka yang sudah habis Puasa Enam.

Apa pun biar kita masih dan terus di dalam iman, kalau pun belum mencapai Halawatul Iman. Bagi yang sudah, aku sendiri tidak tahu hendak pesankan apa. Itu kerana aku sendiri belum menguasainya. Apa pun yang baik aku kekalkan
.

Tiada apa yang istimewa bagi aku raya kali ini, seperti tahun-tahun sudah juga. Aku tidak punya kelurga besar. Bapaku anak tunggal dan ibuku hanya punya abang dan adik sahaja.Makanya keluargaku tidak besar. Tambahan pula tahun ini seorang dari adik aku tidak pulang beraya kerana tidak dapat cuti kerja. Aku pula beraya dengan buku, nota dan tutorial. Persiapan menghadapi final exam
untuk esok hari. Bukan berdukacita, sekadar bercerita. Apa pun yang baik kami kekalkan.

Semalam.

Ketika bertemu dan berkumpul di rumah kawan, akau dan kawan-kawan (kami) bercadang untuk mengadakan rumah terbuka muslimin. Tahun ini jika berjaya diadakan adalah tahun kedua kami mengadakan rumah terbuka muslimin. Tahun lepas kami mengadakannya di rumah aku. Tahun ini kau mencadangkan agar dibuat di rumah kawan-kawan yang lain pula. Moga-moga ianya menjadi tradisi sesama kami. Apa pun yang baik akan kami kekalkan.

Kelmarin.

Sehari dua nak grad ini aku mula enak berbual cerita-cerita lama dengan kawan-kawan yang ada. Banyak sangat yang aku lalui. Dari seorang yang kekok dan jahil bergerak kerja, dari seorang yang takut untuk bercakap dan mengeluarkan pandangan, dari seorang yang tidak mendekati kehidupan berjemaah, dari kehidupan seorang yang suka berbelanja besar untuk seuatu perkara dan dari banyak lagi kekurangan yang lain, aku kini telah melepasi perkara tersebut dengan masih banyak lagi yang perlu di tambah-nilai. Apa pun yang baik akan aku kekalkan.

Biarkan segala yang baik berkekalan dari kelmarin, semalam, hari ini dan hari-hari mendatang.

Dan bukan sekadar itu :
"
Semalam lebih baik dari kelmarin, Hari ini lebih dari semalam dan Esok lebih baik dari hari ini. "

Potret lama masih ku simpan,
Ku bingkaikan kenangan,
Hingga terk
adang ku termenung sendirian
.... sebahagian lirik nasyid Far-East

(Far-East sekarang sudah keluar album baru,
Halawatul Iman. Dapatkan yang original !!!)

Sila baca, sebelumnya

Kisah Itu Kasih # 1... baca (Kesah Itu Kaseh)
Kisah Itu Kasih # 2... (kecil tak terpandangkan)

Kisah Itu Kasih # 3... (mengapa susah meminta maaf ?)

Kisah Itu Kasih # 4... (Andainya Ramadhan ini terakhir bagiku)

SMS raya dan Tambah 6


Antara SMS yang kita dapat sebelum, di pagi raya dan selepas hari raya pertama. (sebenarnya tiada hari raya kedua dan seterusnya bagi raya puasa. Ini ada yang kata sampai raya sebulan. Macam balas dendam puasa pula)

  1. Mohon maaf zahir batin atas lisan yang x trjaga, janji yg x trtunai, hati yg berprangsangka & sikap yg pernah menyakitkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. (Hzyni K12)
  2. YA cJJI, muliakan saudaraku ini, bahagiakan keluarganya, berkatilah rezekinya. Berikan kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. Amiin. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. (Zlha K2)
  3. Indah DUNIA hanya sementara, Indah CINTA hanya seketika, Indah MIMPI kadang x pasti, Indah PERSAHABTAN sukar dicari ganti. Salam Aidil Fitri maaf zhir & btin... (Lala K5)
  4. Ramadhan membawa tarbiyyah Badar, Syawal mengingati Khandak & Uhud, Moga Jihad Terus Berkobar. Bila Raya Biar Berzuhud.-Slmt Hari Raya&maaf zhr btin.. (x tau 1)
  5. Adakala mata salah mlihat, telinga silap mdgr, hati t'slh duga&mulut t'lanjur bicara..ampun maaf dpinta d hari mulia " SELAMAT RAYA EDULFITRI" (C'LAH K5)
  6. izinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yang tak terjaga, janji yang terabai,hati yang berprangsangka & sikap yang pernag menyakitkan, maaf zahir & batin & selamat menyambut aidilfitri (Sfi K2)
  7. Bunga Kemboja Mekar Berseri, Harum Baunya Penyeri Pagi, Kasih Yang Suci Mulanya Di Hati, Tanda Ingatan Di aidilfitri...Selamat Hari Raya Maaf Zahir & BAtin.. (Fzli K2)
  8. Untuk lisan yg x t'jaga, janji yg t'abaikan, hati yg b'prangsangka & semua sikap yg menyakitkan hati, mohon ampun & maaf - SELAMAT HARI RAYA.. (^_^). (Hwa K2)
  9. Jika kslipn smlm blm t'ampun, MAAFKNLAH..Jika kslpn ari ni menyakitkan, hrap LUPAKANLAH..Jka kslpn ek m'dtg,jgnlh dbwa ke akhrt..MAAF ZAHIR BATIN (Znnr K2)
  10. Makan rendang ditepi sawah, jangan lupa si ketupat raya, kalau ada silap dan salah, ampun dan maaf dipinta. Selamat Hari Raya aidilfitri maaf zahir batin... (Affh K2)
  11. (ada gambar masjid) May this eidulfitri brings baraqah to ur life & receive maghfirah from ALLAH. (Hsn K10)
  12. Dlm kerendahan HATI, ada ketinggian BUDI, DLm kemiskinan HARTA. ada kekayaan JIWA. Dlm gurau senda, ada Khilaf & Dosa, SELAMAT HR RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN. (Juju SAINA)
  13. Satu Syawal Menjelang Tiba,Takbir B'gema Mggegar Jiwa,Sekiranya Ada Salah & Dosa,Maaf DiPinta Di Hari Mulia. "SELAMAT HARI RAYA n MAAF ZAHIR BATIN". (Mede K10)
  14. sAtU SyAWaL MenjeLAng tiBa, TakBiR BeRGeMA MeNGGeGaR JiwA, jIKa aDa SALaH DAN DosA, AmPuN DiPiNTa DiHaR! MuLia, MAAF ZAHIR BATIN DAN BATIN. sALAm AiDiLFitRi =). (Ghfil K10)
  15. Membeli belah di pasaraya, sambil mengurat anak Pak ALi, KAlau puas-Selamat Hari Raya, Tak puasa sambutlah Deepavali, Hari Raya menjelang nanti, Budak2 sabar menanti, Nak kirim kad raya posmen dah cuti, Hanya SMS sebagai pengganti. Selamat Hari Raya Idilifitri, Maaf Zair & Batin. (Melor SAINA)
  16. (ada gambar masjid) HiDuP iNi iNdAh JiKa sMua KRN cJJI, SlaMat Menyambt HrI RaYa AidlFtri, MaaF ZAHir & BaTiN..... (Asyrf K17)
  17. Ampun & maaf andainya.. TERkasar bahasa, TERsilap bicara, TERsasul yang x sengaja, TERgurau kadang2..Semoga dimaafkana..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.. (Rzal K12)
  18. (ada gambar 2 orang beraya) Selamat Hari Raya aidilfitri. maaf atas kesilapan (Cikgu Md Nor)
  19. Posto...Posto...Kad Raye smpi (kad raya) bukala! ********$lMt HaR! RaYA AidlFitR! Mf ZahiR Batin... (Qhhr K2)
  20. (ada gambar masjid) Slmt mymbut ktibaan sywal.. slmt hari raya. maaf zahir batin.. (Aishh K2)
  21. nGodok kupat neng ngisor ondo, Godonge nipah digawae atep, Salah silapku njaluk ngapuro, Ketemu maneh neng taun ngarep, Selamat Hari Raya (EDISI JAWA). (Obi K2)
  22. Ketupat Pulut Di Atas Para, Hendad Di Rebus Di Tepi Perigi, Sms Di Hantar Pengganti Kad Raya, Tanda Ingatan Di Aidilfitri, Selamat Hari Raya MAaf Zahir Batin. (Rizan K7)
  23. Barakah Ramadhan dirindui...Kemeriahan Sywal dirai'...Salam Aidilftri dr kami...sAya & suami...eh? Bjang lg hehe... ... Maaf Zahir Batin...Smpai ketemu lgi.. (Kak Asma K2)
  24. (Tulisan Cina) Selamat Hari Raya Aidilfitri (gambar bear) Maaf Zahir Batin. (Rafi Magna)
  25. Teman 2 bkn mcm papan skte, blm main, gilap..dh main,pijak..Teman 2 bkn mcm bola sepak, blm dpt,kejar..dh dpt,tendang.. Teman 2 bkn cm bulu tngkis,blm main, pgang..dh main,pukul..Teman 2 ibaratkn cm ragbi,blm dpt, rebut..dh dpt,lindung/jage..Teman 2 cm jari..Lukanya smbuh sndri..Hilngny,tiada gnti..Renungkan..=) . (x tau 2)
Ada lagi, tapi dah delete. Penuh inbox dan ada yang sama. Apa pun terima kasih kepada yang menghantar atau membalas semua SMS tersebut.

Tahun ini ana tak hantar kad raya kepada sesiapa pun, juga x dapat dari sesiapa pun kecuali dari Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Wanita iaitu YB Abdul Patah Mahmood mewakili kerajaan negeri Kelantan. Nasib parent tak kata apa, dah lali dan tahu benar anak mereka ni hijau pekat. Lagipun bulan puasa dan dah nak raya pula. Biorkan aje.

Ok. Hari ini Selamat Hari Raya kepada yang habis berpuasa 6.

Terbaru...pukul 3.26 pm dapat SMS dari teman lama (Yang SAINA), tanyakan boleh atau tidak nak puasa niat 3 serentak, puasa 6, puasa isnin khamis dan qadha puasa. Jawapannya ada, tapi terfikir pula nak bagi jawapan panjang atau bagi jawapan pendek. Teringat pula entry Ukhti Sharina, terima kasih untuk entry tu.

Kisah Itu Kasih # 4... (Andainya Ramadhan ini terakhir bagiku)


Salam kasih sayang penuh mesra kepada sekalian pembaca yang menyinggahi blog ana ini. Berikut ana ringkaskan sahaja apa yang bermain-main di fikiran dan apa yang sedang ana nak buat menjelang raya nanti :

1. Ana mohon kemaafan dari sahabat sahabiah semua. Ana juga mendoakan keampunan buat diri ini dan antum semua. Ana ni jenis seorang yang panas baran. Maka ramailah sekalian sahabat sahabiah yang kena tempias high tempered ana tu. Ana rasa syukur kepada Allah kerana telah memilih ana untuk bersama-sama sahabat sahabiah sekalian. Sememangnya kita yang ditarbiyyah ini mudah memahami rakan kita yang lain dan hasil dari itu juga kita dapat saling memperbaiki diri kita dan sahabat sahabiah yang lain. Ana pun begitu, mula pandai membawa diri dan perasaan. Tapi itupun berkat kesabaran sahabat sahabiah semua, maka dengan izin Allah lama-kelamaan sikap panas baran tadi semakin kurang. Ana tidak menafikan bahawa masih tersisa lagi sikap itu. Ana juga pernah terfikir perlukah ana buang kesemua sikap itu ? Tapi ana menemukan jawapannya, biarlah sebahagiannya masih ada, paling tidak sebagai kekuatan untuk ana tampil membetulkan kesalahan atau kecelaruan yang ada disekitar kita. Kadang-kadang bukan apa, sahabat sahabiah yang lain lebih cenderung memilih jalan untuk mendiamkan diri di dalam mengemukan sesuatu. Kononnya hendak menjaga perasaaan orang lain. Bagi ana itu bukan caranya. Itulah tarbiyyah namanya. Thats why lah Allah berfirman : " Dan berbincanglah kamu di dalam urusan kamu (kerana kamu lebih mengetahui), kemudian bertawakkallah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal. "

2. Insya4JJI ini adalah semester terakhir ana di UPM. Mohon segalanya berjalan lancar.

3. Selamat menjalani ibadah puasa pada penggal ketiga Ramadhan ini. Semoga Ramadhan kali ini dapat mensucikan kita dari segala dosa-dosa kita. Tekunilah dan carilah kekuatan didalamnya.

4. Selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung. Boleh saja memandu dengan laju, asal selamat. Yang penting dari segi usaha dan persediaan wajib terlebih dahulu kita buat. Kalau rasa penat dan perlu berehat, berhentikan saja kenderaan dan ambillah masa dan penuhilah keperluan untuk badan dan kenderaan kita. Mungkin badan yang penat itu nanti menjadi faktor kemalangan. Kalau sampai dengan selamat pun, badan yang penat tadi takutnya akan menjadi bebanan untuk kita memenuhkan tuntutan ibadah di bulan puasa. Mungkin pernah dengar atau alami sendiri sindrom " Balik kampung, sampai rumah, penat-tidur, tinggal terawih ".

5. Selamat Hari Raya, MAaf zahir dan batin, halal makan minum. Kepada yang berkesempatan, silalah datang bertamu ke rumah ana. Alamatnya : PT 97, Kg. Paloh Rambai, 16450 Ketereh, K.B.B.R.I, Kelate Serambi Mekah. Tak jumpa juga ? telefon atau SMS ana.

6. Jangan lupa study untuk final paper. Hendak buat macam mana, cuti raya kita sama dengan cuti study week. Mesti SCORE !!! (Ana mesti GRAD !!!)

7. Buat sementara waktu ini tidak akan update blog. Balik nanti malas nak keluar ke CC semata-mata hanya nak
update blog.

Sila baca, sebelumnya
Kisah Itu Kasih # 1... baca (Kesah Itu Kaseh)
Kisah Itu Kasih # 2... (kecil tak terpandangkan)

Kisah Itu Kasih # 3... (mengapa susah meminta maaf ?)

Kisah Itu Kasih # 3... (mengapa susah meminta maaf ?)

Sahabat-sahabat suatu hari mendengar kuliah Subuh dari baginda Nabi Muhammad SAW, di dalam kuiliah baginda Nabi kali ini ada dinyatakan bahawa terdapat seorang lelaki di hujung sbuah kampung apabila di akhirat nanti akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Lalu sahabat-sahabat ingin mendapatkan kepastian tentang apa yang diceritakan oleh Baginda Nabi SAW. Mereka mendapatkan perihal dan juga di manakah tempat tinggal pemuda tersebut. Sehinggalah mereka berpakat untuk menziarahi pemuda itu.

Setelah memberi salam, mereka mendapatkan izin untuk bermalam di rumah pemuda tersebut. Mereka mula memasang mata melihat apakah sebenarnya ibadat pemuda tersebut. Maka dari hari ke malam dan dari malam ke hari, mereka mula tertanya-tanya. Sepanjang pengamatan mereka, tiadalah apa-apa yang dilakukan oleh pemuda tersebut selain kerja harian yang dilakukan oleh pemuda-pemuda yang sebaya dengannya dan menguruskan tanggungjawab keluarganya.

Sehinggalah mereka menceritakan isi pengajian mereka sebelum ini bersama Nabi SAW dan juga niat sebenar mereka bertandang ke rumahnya. Maka, fahamlah sipemuda aka kedudukan dirinya yang sedang diperhatikan oleh tetamunya itu.

Katanya : "Tiada amal-ibadat yang lebih aku lakukan sehari-hari. Hanya apabila malam hari, di saat aku ingin tidur aku memohon kemampunan dari Allah dan manusia. Aku juga memaafkan manusia dari kesalahan yang sengaja atau tidak tersengajakan sehari-hari hidup aku ini. "

^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Pada pagi hari raya Eidil Fitri tahun lepas, aku yang sudah siap berbaju Melayu dan solat Subuh sibuk 'bersarapan' biskut raya di depan TV. Ketika itu dalam rancangan kuliah Subuh TV3, Ustaz Wan Sohor Bani Leman memberikan kuliah pengisian bertajuk Kemaafan di Pagi Raya siri terakhir. Antara katanya pagi itu yang melekat di ingatan aku ialah bahwa manusia itu mempunyai perasaan yang dikatakan sebagai al hilmu war rifqu, iaitu rasa belas-peduli dan lembut hati. Begitulah sifat kejadian manusia yang Allah ciptakan.

Kedua-dua sifat yang ada pada manusia inilah yang menyebabkan apabila seseorang manusia meminta maaf kepada kita, maka kita akan memaafkan kesalahan itu walaupun sebelumnya kita begitu sakit hati akan perbuatan yang telah dilakukan. Setiap kali apabila seseorang itu meminta maaf, perbuatan minta maaf itu tadi menjadi suis yang dengannya akan menjernihkan kembali keadaan yang tegang dan marah. Perasaan marah (yang diminta maaf) dan rasa bersalah (yang minta maaf) akan dihilangkan dan digantikan dengan rasa mahabbah kepada kedua-duanya.

Nabi pernah bersabda dengan maksud yang mengatakan hendaklah orang yang bergaduh meminta maaf sesama mereka dan sesiapa yang terlebih dahulu adalah dia orang yang lebih mulia walaupun dia tidak bersalah dan baginya memiliki pahala yang lebih dari saudaranya yang seorang lagi.

Juga diingatkan kita dianjurkan meminta maaf dan bertaubat di atas segala kesalahan yang kita lakukan sesama kita. Bermaksud, adalah menjadi sebahagian syarat untuk bertaubat bagi kita meminta maaf terlebih dahulu sebelum bertaubat. Bertaubat dengan maksud menyesali akan kesalahan, berazam tidak mahu mengulangi lagi kesalahan dan kemudiannya meningkatkan amalan dengan memanjangkan silaturahim dan persaudaraan sesama manusia.

Sesungguhnya Allah akan mengampunkan kesemua dosa manusia kecuali dosa mensyirikkan-Nya dan dosa yang masih belum terlunas sesama makhluk. Dosa yang belum terlunas sesama makhluk ini mestilah dilunaskan dengan perbuatan meminta maaf dari kesalahan yang lalu, membayar hutang sekiranya masih ada hutang atau mengembalikan barang-barang yang diambil sekiranya ada.

Ingat ! Memohon maaf adalah sebahagian syarat untuk kita bertaubat.

Bagi pesalah, pastikan semasa meminta maaf, kita sedar dan menyatakan apakah kesalahan yang telah kita lakukan.

Bagi pihak yang dimohon ampun pula, berikanlah kemaafan itu tanpa syarat dan janganlah mengungkit-ungkit kesalahan orang kepada kita di kemudian harinya. Kita pula yang akan bersalah nanti sekiranya dengan sikap itu telah membuatkan orang memohon maaf tadi melakukan kesalahan yang lain kerana disebabkan rasa sakit hati kepada kita.

^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Bagi mereka yang memanjangkan kemaafan dan kasih sayang sesama manusia, Allah akan memanjangkan kemaafan dan kasih sayang-Nya seisi alam.

Untuk itu kita sebenarnya tidak perlu menunggu tibanya hari raya untuk kita saling memohon keampunan sesama kita. Sepertimana kita tidak perlu menunggu hampirnya ajal untuk kita saling memohon keampunan sesama kita. Sepertimana kita tidak perlu menunggu tibanya kiamat (jika di saat itu masih hidup) untuk kita memohon keampunan sesama kita.

Pesanan :

1. Bagi kita yang masih mempunya kedua ibu-bapa, manfaatkan peluang pulang beraya nanti untuk menatap wajah kedua-dua mereka. Di saat kita menatap wajah mereka dan membilang kedut-kedut yang ada pada wajah mereka, di saat itu juga dosa-dosa kita seumpama dedaun yang gugur dari reranting pokok.

2. Safwan !!! kawe maafkan demo... hahahaha

(sebelumnya)
Kisah Itu Kasih # 1... baca (Kesah Itu Kaseh)

Kisah Itu Kasih # 2... (kecil tak terpandangkan)

Selamat pulang beraya : boleh cepat janji selamat


Seingat aku ketika belajar di kampus sudah 5 kali aku kemalangan. Ada yang bersama teman dan ada yang seorang diri. Mula-mula dengan Razali, kemudian dengan Rusli, terakhir dengan Safwan.

Paling aku tidak dapat lupakan ialah ketika bersama Rusli. Kami dari belakang memotong sebuah bas yang baru bergerak sangat perlahan. Aku seawal mungkin telah memberikan signal agar kenderaan dari belakang tahu niat kami. Kami yang dalam perjalanan ke tempat program memotong bas tersebut dengan mengambil lorong kedua, lorong paling kanan.

Hampir kami saja melepasi bas tersebut, datang dari arah kanan kami (bayangkan kami masa itu berada di lorong itu, bagaimana kereta itu masih mahu memotong kami) sebuah Perdana dengan laju dan memotong. Motor kami bergeser sedikit dengan pintu kiri kereta tersebut. Aku gagal mengawal motor dan kami terjatuh.

Dalam keadaan sakit-sakit dan kepedihan akibat kesan luka, datang pemandu Perdana tersebut menghampiri.

"Kereta akak tak ada apa-apa ke dik ? " tanya seorang perempuan separuh umur dan tidak bertudung.

Aku bangun perlahan-lahan. Kelihatan keretanya diberhentikan ditengah-tengah jalan. Aku tidak memberikan jawapan kepada soalan makcik tersebut. Sakit badan tak hilang lagi. Sakit hati pula yang ditambah.

Makcik itu terus ke keretenya dan melihat keadaan keretanya. Dari jauh aku lihat tiada sedikit kesan kemek apatah lagi kesan calar. Di dalamannya terdapat 3 orang budak perempuan. Mungkin anak-anaknya. Tanpa menghiraukan keadaan yang berlaku, makcik tersebut terus masuk ke dalam keretanya dan memandu pergi.

Seorang brother yang hampir dengan tempat tersebut menggeleng-geleng kepala. Darinya aku mendapatkan maklumat lokasi tempat dan klinik yang berhampiran utuk aku maklumkan kepada sahabat yang lain akan apa yang sedang berlaku. Hampir 10 minit kemudian datang Subki membantu.

Sebelum itu, aku pergi mendapatkan Rusli yang tidak kurang teruk lukanya dibandingkan dengan aku. Luka aku mulai memedih, badan mula terasa semakin sakit-sakit. Motor Honda CDI aku agak teruk rosaknya. Aku menolak motor aku ke tepi jalan sementara Rusli mengikuti perlahan-lahan dari belakang.

^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Begitulah antara kisah mengenai kemalangan yang pernah aku alami. Sehinggakan ada saja parut-parut baru yang terkesan pada lengan dan badan aku. Setiap kali ke kampung emak aku adalah antara orang yang dapat mengesan parut-parut aku, walaupun aku cuba menyembunyikan.

Hebat benar perhatian seorang ibu kepada seorang anak.

^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Aku mengakui bahawa aku adalah seorang yang gemar membawa motor dengan laju. Namun Alhamdulillah setakat ini segalanya tiada apa-apa. Bagi aku, untuk memandu laju kita mestilah ada segala persiapan yang terbaik. Selain pengetahun penjagaan motor,kita mestilah mengetahui apa yang patut mengenai aspek skill sehinggalah kepada faktor-faktor keselamatan yang lain. Itulah bentuk usaha yang kita perlu lakukan, selebihnya adalah ketentuan Tuhan. Apatah lagi dalam berjemaah ada saja gerak kerja yang perlu dilakukan dengan segera.

Menjadi semacam silibus tambahan bagi kami untuk mengajar junior untuk berpecut laju setiap kali hendak ke tempat ceramah mahupun untuk berdemonstrasi.

Hanya akhir-akhir ini aku seakan serik untuk berpecut laju, walaupun dengan motor KRISS aku yang baru.

Mungkin aku sudah tua untuk semua itu. Lagipun aku sering saja sakit-sakit belakang dan kejang-kejang kaki.

^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Apapun aku hanya hendak peringatkan semasa pulang beraya nanti, pandulah dengan hati dan berhati-hati. Tidak mengapa jika ingin pandu laju, tapi biar sampai ke destinasai dengan selamat.

Kisah Itu Kasih # 2... (kecil tak terpandangkan)


Air kumuran saudara seMuslim di sebelah kanan terpercik ke arah aku yang juga sedang mengambil wudhuk.

Kami masing-masing diam.

Mujurlah aku telah menyinsingkan kaki seluar aku sedikit tinggi dan air kumuran itu hanya terpercik mengenai kaki aku. Air percikan itu nanti akan dapat aku hilangkan dengan menyudahi basuhan pada kaki aku itu nanti.

Kami masing-masing diam sementara menyempurnakan wudhuk. Sekalipun ingin berbicara biarlah wudhuk disempurnakan dahulu.

Sehingga suatu masa, aku seorang diri berwudhuk di tempat yang sama. Air kumuran aku keluarkan terus ke saliran kecil di bawah. Air terpercik ke kaki. Hal yang sama berulang.

Aku sendirian diam.

Kali kedua air kumuran itu aku keluarkan ke dinding, sebelum teralir ke saliran. Kali ini air tidak
lagi terpercik. Kali ketiga juga begitu.

Aku sendirian diam terfikir akan tertib air dari hal yang berlaku. Sekalipun ingin memikirkan lagi hal itu, aku tetap ingin sempurnakan dulu wudhuk itu.

Sehinggalah satu masa selesai solat dan aku terfikirkan perkara yang berlaku semasa di tempat wudhuk tadi.

Tertib air yang tersingkap itu mengingatkan aku kepada subjek Fluid Mechanic yang telah aku pelajari. Kelajuan air di permukaan telah dilambatkan oleh kesan permukaan. Hal yang sama menjelaskan mengenai aliran air di dalam satu-satu tiub atau saluran. Selain sifat kejelekitan dan kelikatan air itu sendiri. Begitulah caranya air membawa dirinya an menyesuaikan dirinya.

Semudahnya, pengalaman
ini juga telah mengajar aku bagaimana membawa diri dan menyesuaikan diri. Memberi nilai tambah kepada ibadah yang sedang dan akan aku lakukan sehari-hari. Tertib pada air itu pasti tiada makna sekiranya aku tidak memanfaatkannya. Pasti akan ada air (kumuran) yang terpercik kepada orang lain nanti. Peristiwa tertib air dan aku itu tadi menjadi sebagai sebahagian dari perbandingan.

Bukankah kesemua makhluk (manusia dan selain-Nya) itu menyerah diri kepada peraturan atau cara yang telah ditetapkan ?

^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Mengimbas peristiwa seorang 'anak buah' aku yang dirasuk di kolej. Aku membawanya tinggal di bilik aku sementara mendapatkan rawatannya. Banyaklah usaha yang kami ambil bagi memulihkannya.

Berkebetulan pada suatu hari, 2 orang pegawai dari Pusat Islam UPM (tanpa aku sebutkan nama) mendatangi kolej kami atas urusan rasmi. Aku yang mengenali mereka memanggil dari jauh. Mereka datang mendapatkan aku sebaik sahaja terdengar panggilan.

Tujuan aku hanyalah untuk mendapatkan bantuan ataupun apa-apa pandangan dari kedua-dua mereka. Kunjungan mereka itu bertukar menjadi 'ziarah', melawat dan meringankan beban perasaan orang yang sakit.

Seorang bilal muda sempat bercerita kepada aku suatu kisah pemuda yang dirasuk dan kemudiannya pulih seperti sebelumnya.

Pemuda itu merupakan seorang yang baik dan menjaga akhlak pergaulan. Ujian (rasukan) itu adalah merupakan suatu pemberian Allah kepadanya. Dia didakwa dapat melihat perkara-perkara halus yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar atau secara langsung. Hal seperti ini tidaklah begitu aneh. Apatah lagi bagi student seperti kita. Sememangnya manusia ini hanya dapat melihat dan mendengar dalam jarak yang sesuai bagi kemampuan mereka.

Apa yang menarik ialah bagaiman si pemuda itu tadi dapat melihat seakan-akan graf pahala (seakan indeks saham BSKL, menurut bilal muda tersebut) setiap jemaah solat Jumaat yang naik mencanak sebaik sahaja selesai beriktikaf sepanjang masa di dalam masjid. Dan graf pahala yang tinggi itu tadi kemudiannya turun mendadak ketika setiap dari mereka keluar dari masjid. Rupa-rupanya pahala yang banyak itu tadi telah berkurangan hanya kerana mereka memijak-mijak selipar (atau kasut, atau sandal dsb) orang lain sebelum mendapatkan selipar masing-masing.

Kami yang mendengar cerita tersebut terasa kerugian yang di alami oleh jemaah Jumaat sedang mereka mungkin tidak mengetahui. Kerana itulah selepas itu sering saja aku mengingatkan sahabat-sahabat yang lain akan cerita graf pahala dan selipar.

Tertib graf pahala yang terkisah itu mengingatkan aku kepada subjek Act and Action Law yang telah aku pelajari. Setiap sesuatu paling minima akan melibatkan 2 daya yang bertentangan, walaupun tidak kelihatan. Ambil contoh, kita dapat berdiri adalah kerana (dengan izin Allah), berat badan kita yang dikenakan kepada bumi sebenarnya telah disokong oleh daya graviti bumi yang tidak kelihatan. Begitu juga bola tenis yang dipukul ke dinding akan melantun ke arah bertentangan dengan sejumlah momentum yang sama banyak dengan daya yang telah dikenakan (dengan megandaikan tiada kehilangan daya, atau daya terserap).

Semudahnya, seperti tadi, pengalaman ini juga telah mengajar aku bagaimana membawa diri dan menyesuaikan diri. Telah memberi nilai tambah kepada ibadah yang sedang dan akan aku lakukan sehari-hari. Tertib pada graf pahala itu pasti tiada makna sekiranya aku tidak memanfaatkannya. Peristiwa graf pahala dan selipar itu tadi menjadi sebagai sebahagian kedua dari perbandingan pada entri aku pada hari ini.

Bukankah kesemua makhluk (manusia dan selain-Nya) itu menyerah diri kepada peraturan atau cara yang telah ditetapkan ?


Kesimpulannya :
1. Kita dan semua makhluk yang lain sebenarnya tertakluk kepada Sunnatullah yang sama. Hanya bahasa dan terjemahannya saja yang berbeza. Dan perbezaan itu adalah lumrah dan rahmah.

-->Bukankah kita dijadikan berbilang-bilang dan berpasang-pasang ? Dan tujuannya tidaklah lain adalah untuk kita saling berkenal-kenalan.

2. Harus difahami interaksi kita adalah secara mengufuk dan menegak.

-->Mengufuk, di antara sesama makhluk.
Sebarkan salam, bermanis muka, berpesan-pesan, ziarah, berzakat, tazkeerah, ceramah, berkempen pilihanraya, luaskan networking, banyakkan tahalluf, menyebarkan Islam (paksi keselamatan) dan memerangi kekufuran (paksi keganasan)

-->Menegak, di antara kita dan Allah.
Berniat, bersolat, berdoa, berpuasa, bermonolog, membaca qunut nazilah, bertawakkal

Itulah sebahagian rahsia pada yang dinyatakan Islam itu adalah : "Ucapkanlah 2 Syahadah, dan tunaikanlah Solat (menegak), dan keluarkan Zakat (mengufuk), dan tunaikanlah Puasa, dan kerjakan Haji "

3. Manusia yang pandai menjaga hubungannya dengan Allah, adalah manusia yang pandai menjaga hubungannya sesama makhluk.

--> Yang pandai menjaga hubungan dengan Allah ialah yang mempunyai Ihsan
--> Yang pandai menjaga hubungan dengan makhluk ialah yang mempunyai Ehsan

Sekian, banyak yang hendak dinukilkan. Maaf kalau tak tersusunkan. Aku tiada kemampuan.

Kecil tak terpandangkan.

(sebelumnya)
Kisah Itu Kasih # 1... baca (Kesah Itu Kaseh)

Terpaksa aku copy, artikelnya best banget sih !

Why Did The Chicken Cross The Road?

Kindergarten teacher:
Because it wanted to look for food on the other side.

Sammy Vellu:
Kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam musti guna jembatan untuk lintas itu jalan lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan, beritau sama saya juga, saya bolley buat lebbey banyak toll....itu jambatan mesti ada tahan 100 tahun. Lain kali bole kasi tutup..kita bole survey mana ada rosak.

Karam Singh Walia (Buletin Utama, TV3):
Seperti yang saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling hebat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan, sekian saya sudahi dengan... Ayam di jalan di lintaskan; Ayam di reban mati tak makan.

Wan Kamarudin (Edisi Siasat, NTV7):
Ape kejadahnyer ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam asyik menganga saje. Ayam semua dah besar kepala... dan dah tak nak duduk reban... dan bertambah biadap dan buat perkara yg tak masuk dek akal!

Zainal Ariffin Ismail (Kisah Misteri, TV3):
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampung ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampung ini. Apakah sebenarnya maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri, "Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri........."

Zainal Alam Kadir (Wayang Kita, Astro):
"Ayam siapa kalau bukan ayam kita..."

Sisters in Islam:
We abhor the thoughts of the rooster enslaving the hen, that is why female chicken must be brave and know their rights before they cross the road,....and some cross to escape the master/slave marriage....but this Taliban minded syaria court is no help to the grieving hens... all chicken hens should not vote for IFL!

Abdul Fatah Haron (PAS Rantau Panjang):
Ayam-ayam yg melintas ini semua adalah kerana mereka ayam-ayam yang GATAL...

Md. Said Yusof (BN Jasin):
Apa salahnya... biarkan mereka lintas... tutup sebelah mata ajelah... ayam-ayam tu terlebih besar sikit shj. (note: edited for political correctness)

Shahrir Abdul Samad (ex Pengerusi BBC):
Ini adalah prinsip saya. Ayam-ayam tak boleh dibenarkan melintas jalan. Kalau beginilah, maka ianya bertentangan dgn prinsip saya, maka saya RESIGN.

Bill Gates:
I have just released the new Chicken Office 2000, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your checkbook. Microsoft will pledge a billion for research on chicken AIDS.

Dr M:
You know, I am tired of all this...'apa-nama' chicken-chicken business... you know that it is our right to build the bridge on our side of the straits.... so why are we chicken out?

Pak Lah:
Ini semua adalah khabar angin sahaja... jangan percaya khabar-khabar angin ini semua... biasalah ini adalah taktik pembangkang untuk memecah belahkan perpaduan ayam-ayam semua... jangan percaya... we've decided to scrap the scenic bridge for the best interest of the people... nothing to do with chicken. And of course others have the right to express their opinion... ini biasalah.

Qumil laila illa qoliila

(*
,C <>
( ) <>
..::iiiiiiii::.. <>
':.:':.:""":.:':.:' <>

Wahai orang yang berselimut, Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tidak dapat untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan tartil. Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahi (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakan). Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.
(Al-Muzammil : 1 - 7)

Qiam Rasullullah SAW :

1. Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih

  1. Daripada Abdullah bin Salam katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, jalinkanlah silaturrahim dan bangunlah untuk dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya kamu akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih

  1. Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah Muharram dan sembahyang sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat pada waktu malam – Dikeluarkan oleh Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan sanad sohih

  1. Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad dengan sanad sohih
Oh Tuhanku yang Maha Esa, Maha Pengasih, Maha Pemurah
Andainya malam yang begini,
memberikan kesempatan untukku
mencari hidayah-MU
Maka ku tadahkan setulus pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa... (dosa semalam)

Cukup setakat ini
Aku merasa terasing, terhukum dalam sengsara
Balasan dari kehancuran yang aku ciptakan
Dan kini aku mengerti antara dosa, pahala
Yang mana lebih utama... (tak ingat sangat lirik lagu kumpulan zabarjad kalau tak silap)

KaKi-Ku-KaKu

Seperti kanak-kanak yang lain, aku juga punya kawan-kawan dan suka bermain-main dengan mereka. Selain bermain, kami juga suka berjalan-jalan pusing sekeliling kampung. Kampung-kampung disekitar pun begitu juga, tidak sunyi dari 'kunjungan' kami. Lagak seperti Samseng Kampung Dusun saja.

Aku yang ketika itu sebenarnya masih baru dengan suasana sebegitu. Sebelumnya aku tinggal jauh dari kampung. Kami sekeluarga sebenarnya baru kembali ke Kelantan setelah sekian lama tinggal di selatan tanahair. Pekerjaan ayahku sebagai tentera menyebabkan kami tiada pilihan selain mengikuti ke mana sahaja seperti yang diarahkan.

(aku seperti tidak 'kaku' dengan segala suasana yang baru itu)

Aku masih ingat bagaimana seringkali emak aku risaukan aku setiap kali aku tidak pulang menjelang tengahari. Seluruh kampung dicarinya aku. Aku yang kadang-kadang terdengar dari jauh panggilan emak selalu saja tidak menyahut.

(mungkin budak seperti aku ketika itu masih belum tahu erti 'risau')

Aku mulai belajar banyak perkara bersama rakan-rakan baru yang lain. Dari melastik burung sehinggalah belajar menjerat burung. Dari membuat layang-layang sehinggalah menaikkannya. Bermain badminton (musim Piala Thomas) dan bermain bola (musim Piala Dunia). Bermain 'bola kaki 3' dan bermain 'bola wau'. Bermain kad (beli) dan main tembak-tembak (buat sendiri). Masuk kebun getah mencari buah getah dan terjun bendang atau parit besar untuk mencari ikan laga. Bergocoh dan berlumba, banyak lagi dan semua aku buat.

(sekali lagi, aku seperti tidak 'kaku' dengan segala suasana yang baru itu)

Hampir setiap kali aku pulang, biasanya selepas Asar aku akan dileteri emak aku. Apalagi sekiranya aku balik dalam keadaan kotor dan luka. Tidak kurang juga aku balik dengan sakit-sakit badan dan terseliuh.

Setiap kali itulah aku mula menghafal leteran emak aku. Antaranya, "kalau selalu jatuh-jatuh begini, tak sampai tua mesti sakit-sakit badan. Tak sayang diri ke?".

(sehingga waktu itu, aku masih budak kecil yang masih belum tahu erti 'risau')

Pernah sekali di suatu petang aku main bola dengan kawan-kawan. Sebaik sahaja aku melayangkan kaki kanan untuk merembat bola ke gawang, tetiba dan entah kenapa ibu jari kaki aku terseliuh. Petangnya aku berjalan pulang menahan kesakitan. Bola seolah-olah tersumbat dicelah ibu jari kaki dan jari yang sebelah. Ibu jari kaki aku terkeluar dari soketnya.

Selama berbulan-bulan aku menahan sakit. Aku juga pernah mengalami sakit yang sama pada ibu jari kaki aku yang sebelah kiri. Itu belum nak dikira dengan lutut aku yang sentiasa berbunyi setiap kali hendak tunduk rukuk dan sujud ketika solat.

Sehinggalah suatu hari, seorang makcik tukang urut datang bertamu ke rumah. Makcik ini sebenarnya saudara kami yang datang dari jauh. Biasanya jika dia ke kampung kami dia akan singgah bermalam di rumah nenek. Dan ramailah yang datang bertandang ke rumah nenek untuk mendapatkan khidmat urut sekiranya mereka mendapat tahu makcik tersebut bermalam di rumah nenek.

Tapi kali ini, makcik bertandang dan bermalam ke rumah kami. Tidak seperti kebiasaanya yang ramai dengan tetamu, di rumah kami makcik mula kebosanan kerana tiada apa yang dapat dibuat olehnya. Sehinggalah aku bersuara untuk memintanya mengurutkan aku.

Tanpa berlengah, hanya dengan menggunakan minyak masak aku diurutkan.

"Bakpo buleh jadi gini ni awe weh ?" tingkah makcik bertanyakan aku.

Ore main bola tok paka selipa, nak sepak bola tapi tok seko kena ssitu. balas aku sambil menahan sedikit sakit.

"Lamo doh ni napok gayo lagu ni. Payoh nok urut, nak bbetul tok tahu buleh ke dok. Keras dah." terang makcik

"Urut jah lah, nak buat guano." balas aku mengharap kaki aku akan elok.

Aku sendiri melihat dengan mata aku bagaimana kaki aku diurut. Ibu kaki aku dipusing-pusing sebelum dibetulkan duduknya ke soketnya. Aku terpaksa menanggung sakit yang berganda kerana baru sekarang hendak berurut membetulkan kaki aku yang terseliuh. Sakitnya bukan kepalang, hampir sahaja aku menjerit dan menitiskan air mata. (Tapi tak apa, anak jantan masih mampu kawal kemachoannya, ekekek (":) )

Makcik berpesan, "lain kali nak main bola pakalah kasuk ke apo ko ! Lepas tuh kalu balik sakit kaki jange lambat-lambat nok ngurut. Mujur hok ni buleh bbetul lagi. Itupun nampak mace cacat doh. Tak samo mace dulu."

Aku diam, tengok kaki aku. "Hmm tak apo, duo-duo beloh pung lagu tu gok."

"Yo lah tuh. Tok apolah. Kalu ore royak buke nok dengar." emak aku yang dari tadi mula bersuara, geram.

"Suh mokcik Jarah urut lutut tuh sekali." pantas emak pula ingatkan aku.

"Ado lagi ko ? Kuat main bola teh mu nih." balas makcik

"Tok leh nak buat gapo doh ni, lagu ni lah pah ke tuo nyo." terang makcik kepada aku

(Dalam hati) "Hai, tak sampai tuo dah sakit-sakit lah aku pah ni."

Bermula dari saat itu, aku sudah tidak berminat main bola. Kalau ada pun hanya sekejap-sekejap untuk melepaskan gian. Lama-kelamaan aku dah tak minat sangat bermain bola. Aku sudah meningkat umur dan sudah mula menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Sehinggalah 3,4 tahun kebelakangan ini kau sering merasa sakit-sakit badan dan kejang-kejang kaki. Pernah suatu ketika di matrikulasi, semasa solat aku terjelepuk dan tidak dapat bangkit dari solat. Kaki kanan aku bermula dari lutut dan ke bawah tidak dapat digerakkan. Aku panik, dicubit pun tidak terasa. Kaki aku seolah-olah kebas dan tidak dapat menerima rangsangan sakit dan sentuhan.

Disaat itu aku dapat memahami perasaan orang yang lumpuh. Itupun aku baru mengalami lumpuh kecil dan sementara. Tapi cuaknya aku ingat sampai sekarang. KaKi-Ku-KaKu.



Terengganu maju sampai berjerebu

Sunday
Today


Buletin Utama, TV3

Headline : (antaranya)

5 negeri mencatat indek pencemaran udara (jerebu) yang agak teruk, Selangor, Johor, Perak, Pahang dan Terengganu.

Kami berempat (aku, along, kawan along, suami kawan along) agak terkejut dengan headline. Bukan terkejut dengan berita mengenai jerebu. Bukan juga terkejut dengan berita mengenai 4 buah negeri (Selangor, Johor, Perak dan Pahang) yang terlibat dengan fenomena jerebu ini. Tetapi terkejut dengan Terengganu yang tururt mencatat API yang tinggi.

Aku bersuara dan cuba memancing persetujuan kepada apa yang aku lontarkan, "Maju Terengganu sampai berjerebu"

Suami kawan along, angguk bersetuju sambil mulut hanya mengatakan "Umm".

Manakala, along dan kawannya sedang asyik bersembang setelah sekian lama tidak ketemu.

Hajat hati hendak bersembang lama. Jam pula sudah menunjukkan hampir masuk waktu Isyak, maka aku memberi signal kepada along untuk pulang. Kakak aku langsung memahami dan turut meminta diri dari kawannya.

Begitulah sebahagian apa yang sempat kami bualkan selama hampir 3 jam di rumah mereka. Topik perbualan kami tiada beza kerana kami dari negeri yang sama, hanya kawan along saja yang berasal dari Melaka.

Kali pertama dan terakhir aku dan along bertandang ke rumah kawannya itu ialah pada hari raya puasa yang ke-7 tahun lepas. Aku masih ingat lagi bagaimana cuaca ketika dalam perjalanan dari Presint 9 ke Puchong tahun lepas, cuacanya sama dan berjerebu. Jarak penglihatan dalam 100 meter sahaja.

Hari ini, keadaannya sama. Bezanya kali ini di bulan puasa, selai jerebu cuaca adalah panas. Manakala tahun lepas sesampai sahaja di rumah kawan along, hujan turun dengan lebat.

Saturday
Yesterday (day)

"Enta free tak esok ?" soal abang Azmeer
"Kenapa?" balas dengan kata tanya yang ringkas
"Esok ada dialog anak Terengganu, ana ingat enta kean pergi."
"Apa lak ? Ana bukan anak Terengganu". balas aku ringkas
"Siapa anak Terengganu ek?" soalnya lanjut, tanpa meninggalkan 'ek' dihujungnya. Orang Johor.
"Hanuzul ada, suruh lah dia pi". balas aku sambil cuba senyum sedikit
"Ana dah suruh dia pergi. Tapi kalau enta tak ada apa-apa bolehlah pergi." sedikit bersungguh abang Azmeer
"Asalnya ana memang free esok, tapi kena pergi Shah Alam." aku terangkan

Mungkin dia faham. Sepatutnya pagi atau tengahari itu aku ke Shah Alam. Tapi apabila fikirkan abang Azmeer minta aku temankan dia untuk beli buku rujukan untuk kak Aida, zaujahnya yang sedang menyambung pengajian ke peringkat master.

^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Saturday
Yesterday (night)

Kami berempat (aku, Ghafil, Shukri dan Amirul) ke Taman Melewar. Di sana kami kemudiannya mengikuti program yang telah disediakan oleh urusetia Markas Tarbiyyah PAS Pusat. Bersempena bulan Ramadhan, mereka telah menyusun jadual program seperti tahun-tahun yang lepas. Kali ini lebih meriah dan pihak urusetia melalui program yang diaturkan berusaha mengajak masyarakat untuk mengingati peristiwa BAdar Al-Kubra

Paling istimewa, malam ini kami akan dapat Iftar, Terawih, Tazkeerah dan Ceramah bersama Tuan Guru Presiden. Malam ini segala-galanya kami lakukan bersama dengan Tuan Guru Presiden.

Aku ingin ringkaskan cerita dan juga ringkasnya aku tertanya.

Bagaimanalah perasaan Tuan Guru Presiden melihatkan keadaan negerinya, Terengganu sekarang ini ?

Lawatan 'selepas' belajar ke PTPTN

Hari ni aku dan 2 orang rakan (Indra dan K.A) telah ke pejabat PTPTN di Wisma Chase Perdana yang berkongsi bangunan yang sam dengan Shell Malaysia di Damansara.

Tujuan kami bertiga ke sana adalah untuk membuat penangguhan bayaran balik pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Aku dan Indra dengan ditemani K.A sebagai trip pilot samapi di sana pada pukul lebih kurag pukul 3 petang. Kami bertolak dari Serdang sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Jamek kompleks MARDI, Serdang.

Setibanya di sana aku ketemu seorang rakan jemaah sekolej yang sama batch dengan aku. Krem, nama glamour yang diberikan oleh senior blok kami. Sekarang Krem sudah bekerja di Bank Pembangunan Pertanian Kuala Lumpur sebagai pegawai IT. Sekarang aku yang krem.

Kami ke tingkat 6 yang menempatkan Bahagian Penguatkuasaan dan Kutipan Balik, PTPTN. Kami terus ke kaunter untuyk menyelesaikan urusan masing-masing. Aku dengan penangguhan pembayaran dengan alasan aku masih belajar. Manakal Indra pula dengan alasannya yang masih belum mendapatkan kerja tetap. (Padahal kedua-duanya adlah juta-wang jelly dan juta-wang dadih, hihihihi).

Tidak sampai 5 minit berurusan, urusan masing-masing selesai. Penat bermotor belum hilang. Seolah-olah bayaran parking RM 0.50 sen untk setiap motor tidak berbaloi. Begitulah cekapnya urusan yang berlangsung di kaunter, segala-galanya terasa seperti baru bermula.

Kenapa 'selepas' ?
1. Kerana kami pergi ke sana selepas waktu kuliah.
2. Kerana kami pergi ke sana selepas solat Jumaat.
3. Kerana Indra pergi ke sana selepas bergraduat.
4. Kerana aku pergi ke sana selepas tamat tempoh pembayaran balik pinjaman.
5. Kerana K.A pergi ke sana selepas dia pernah pergi ke sana sebelum ini.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

Kita beri laluan kepada iklan berikut. Jangan kemana-mana 'selepas' ini !!!


Majlis Iftar PMIUPM bersama ahli Qaryah Mukim Serdang.

Tarikh : 13 Ramadhan 1427 H
bersamaan 06 Oktober 2006

Tempat : Surau Al-Hidayah

Aturcara : Tadarus, Iftar Jama'ie, Solat Maghrib berjemaah

Muslimin dan Muslimat di jemput hadir beramai-ramai.

Saat ku kirimkan pos laju ke Sri Iskandar.


Aku mulakan setelah membaca Basmalah dengan maksud ayat 4 dari surah As-Shoff : "Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berbunuhan (dalam medan perang) seperti sebuah binaan yang saling mengukuhkan. "

Melihatkan keadaan teman-teman di Kampus UTP Bandar Sri Iskandar, terpanggil dari jauh untuk aku meloloskan diri ke sana. Menghulur sedikit bantuan yang mungkin tidak dapat mengurangkan bebanan.

Bukanlah persoalan wilayah kita yang dipetakan itu menjarakkan kita. Kita punya peranan yang mencirikan dan memposisikan kita. Semudah jigsaw-puzzle yang hanya akan lengkap terpenuhkan oleh setiap dari pecahan kecil gambar-gambar yang punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Serumit sudoku, permaianan mengimbangi aturan kedudukan diri nombor dalam ruang yang terhad.

Perselisihan itu lumrah, perpecahan itu fitnah

'Sesungguhnya perselisihan di kalangan ummatku adalah rahmat' (maksud hadis)

Janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu. (QS. al-Anfâl: 46)

Aku suka untuk mengambil pendekatan yang mudah untuk difahami. Juga mudah untuk aku praktikkan. Kerana kedua-dua itu buah dari iman. Jangan kita lupa pesan orang tua bernama Pak HAMKA : "Iman adalah pengakuan dan perbuatan, perkataan dan tindakan".

Persoalan jemaah yang mana satu untuk aku memberikan bai'ah kepada kepimpinannya, telah aku maklumi. Dan sekali lagi, perlu ada tindakan selepas pengakuan. Kerana kita ini adalah umat yang 'Kami dengar dan kami taat'?

Dan cukup untuk aku untuk tidak memberatkan persoalan ini. Soal faham ini hanya perlukan masa yang sekejap. Kerana kita ini adalah umat yang mempunyai "kewajipan yang lebih banyak dari masa yang ada" ?

Tetapi aku pelik kenapa harus ada dari kalangan mereka yang yang mengaku faham dan hebat mahu menunjuk jaguh kepada yang lain ? Adakah kefahaman dan kejaguhan itu mahu ditunjukkan sesama kita sahaja ? Bukankah sia-sia hal seperti itu ? Tidakkah kita umat ISlam yang rugi ?

Satu saja pesan aku kepada mereka yang sebegini :
Jika kita yang mengatakan kita adalah khaira ummat, antaranya kita mesti mengerjakan yang ma'aruf dan meninggalkan yang munkar. Dalam perkara yang meninggalkan yang munkar ini kita ambil saja pengajaran maksud dari Surah Al-Maidah ayat 2 iaitu :
" Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan".

Bukankah kita umat "Kami dengar dan kami taat"

HARAM bagi kita menceroboh fizikal dan perasaan saudara kita yang seIslam.

Sebagai panduan bersama ingin aku ingin lembarkan rukun ke-9 dari Arkaanul Baiah.

Dalam buku "Fi Al-Din Al-Khalis" Sadiq hasan Khan berkata: "Di dalam hadis ini terdapat dalil bahawa tuntutan berbaiah ke atas para sahabat adalah satu sunnah, demikian juga baiah yang diberikan oleh para sahabat kepada Rasulullah s.a.w adalah sunnah. Menunaikan adalah wajib manakala mencabulinya adalah maksiat."


Persaudaraan : Rukun ke-9 Arkaanul Baiah

Persaudaraan.

Persaudaraan yang dimaksudkan di sini ialah saudara mempertautkan ikatan hati-hati dan ruh-ruh saudara-saudara sekalian dengan ikatan akidah, kerana ikatan akidah itu merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling berharga.

Kewajipan dan Tanggungjawab Ukhuwwah (Persaudaraan):

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani - ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah - yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:

Yang bermaksud:

"Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah". (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.

Hakakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.

Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.

1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:

Yang bermaksud:

"Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya".

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:

"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan".

2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:

Yang bermaksud:

"Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini". (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).

3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

Yang bermaksud:

"Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya".

4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

Yang bermaksud:

"Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya". (Hadis riwayat Muslim).

5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

Yang bermaksud:

"Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari". (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

Yang bermaksud:

"Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)". (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

"Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair". (Hadis riwayat ).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

"Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:

Yang bermaksud:

"Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat". (Hadis riwayat Tirmizi).

Baginda juga bersabda:

Yang bermaksud:

"Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga". (Hadis riwayat Muslim).

All ready Ilriady ? Ever-ready, Everyday ! (betulkah begini, salahkah begitu)


The very last one of my 2nd test dah habis. Hanya tinggal final paper sahaja lagi. Lepas itu aku mungkin ber-hibernate untuk sementara waktu (lama sebentar belum tahu). Tapi kalau tikus mondok di Siberia hibernate-nya agak lama.

Selama musim salji di sana.

Aku kalau paling lama pun mungkin sebulan. Itupun jika tiada satu pun dari senarai interview yang sangkut. Sementara nak berinterview ini, aku harus melakukan sesuatu untuk menjamin masa depan aku. Paling tidak esok pagi aku harus buat penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN. Bermula dengan prosedur biasa di Bahagin HEP&A. Kemudian ke pejabat PTPTN di Damansara.

Selama esok aku akan di sana.


PERSOALAN BESAR ? Selama mana akan aku berada di antara CITA-CITA dan CINTA.

PERSOALAN KECIL ? Selama mana aku kan BERJUANG atau TERBUANG

Kebenaran dan kesabaran akan mengimbangi aku memPERJUANGKAN CITA-CITA dan memPERSANTUNKAN CINTA.

YaDi:

1. Cukup celoteh petang hari. Mahu mendapatkan kawan-kawan yang menanti. Punya janji untuk dipenuhi. Jemputan yang perlu diisi.

2. Novel kedua aku nak bacaminggu ini ialah Kupinang engkau dengan Hamdalah. Terbitan kreatif dari daerah seberang Selat Melaka.

3. Aku hendak membaca supaya aku banyak tahu. Jangan jadi dia itu, kalau tanya asyik jawab, " Saya tidak tahu ".

4. Banyak baca, banyak ilmu. Iman kejap. Tepuk dada, tanyakan iman. Jangan tanya Aiman. Bila ditanya, dia jawab "Aiman tak kisah". (meminjam kata dari seorang sahabat kepada seorang sahabat). Wah! Banyak membaca pun banyak dapat sahabat.






2 dan Kedua, atau Kedua-Dua-nya

Hidup

Adalah suatu pilihan
Antara baik salah
Dimana kita ini
Dipaksa untuk berpihak
Memilih jalan kehidupan kita

Hari ini terasa mengantuk sangat. Tidak seperti malam-malam yang biasa. Esok ada 2nd test. 2nd test yang terakhir untuk aku kali ini. Pastinya!

Aku ada 2 pilihan:
  1. Tidur awal dan kemudian bangun sahur dan study lagi untuk paper esok.
  2. Study dulu dan kemudiannya tidur sebaik lewat pagi atau selepas sahur
Sememangnya pilihan pertama tidak aku sukai sanagat. Ini kerana kebiasaanya aku emmang tidur lewat. Semalam pun aku tidur pukul 3 pagi hanaya kerana asyik hendak menghabiskan bacaan novel 1511 IKOMBATI, tulisan Faisal Tehrani. Itupun kalau hendak diikutkan, mata aku masih tidak rasa mengantuk. Tetapi apabila melihatkan jam sudah pukul 3.00pagi, maka aku putuskan untuk tidur saja.

Pilihan kedua, setakat ini itulah pilihanku. Lagipun test aku pukul 3.00 petang esok. Kalau aku tidur sekejap pagi esok pun, masih ada masa untuk aku buat semakan-pantas sekejap.

Kalau aku pilih kedua-duanya. Maksud aku, tidur awal-bangun awal-study-sahur. Kemudian solat Subuh, study lagi, qailullah, Solat Zuhur, revision sikit untuk kali terakhir dan pergi test.



helangdeli:

1. Apapun jangan lupa usaha-tawakal-doa. DU'A senjata kita. DU'A dibulan Ramadhan Allah maqbul, hari-hari di dalam bulan Ramadhan maqbul untuk berdu'a.

2. Nombor 2 sangat signifikan dengan hidupku. Lagipun nombor 2 ini ada falsafahnya. Baik semua perkara yang berkait dengan hidup kita ini, 2 adalah suatu perbandingan yang memudahkan kita untuk membuat keputusan. (sepatutnya) Kenapa? Kerana kita tahu, ada baik ada jahat, ada syurga da neraka, ada iman ada kufur, ada lelaki ada perempuan, ada lelaki lembut ada perempuan kasar. Apa lagi? Ada YaDi ada si ... . Then ada yang kedua dan ... .

3. Aku pasti Safwan pasti setuju dengan komen aku yang kedua. Tambahan pula pasal yang kedua itu. Tambah-tambah lagi soal menambah-nambah ini.

4. Salam menempuh 10 hari yang kedua dalam Bulan Ramadhan. dari aku. 10 hari kedua ini Allah janjikan keampunan.

5. Minta ampun dari sekalian sahabat. Dosa sesama kita, selesaikan dulu. Baru-(dalam masa yang sama) kita mohon juga keampunan dari Allah. Semoga selepas ini kita tidak lagi rasa malu untuk berdua-duaan dengan ALLAH kita.

'Selamat Hari Raya' Motor-KRISS-100-ku


Baru tadi aku ke bengkel motor untuk menukar tayar belakang motor-ku. Motor yang akan aku bayar ansuran kepada kakak aku itu nanti (ler...cakap la motor hutang) sudah setahun 2 bulan umurnya. Bayaran terakhir (bulan ke-12) yang di buat adalah pada hujung bulan 7 yang lepas.

Secocok dengan umurnya, maka adalah 2,3 part yang kena tukar dan repair.
Hari ini saja aku dah membelanjakan RM83.00 tunai:

  1. RM 45.00 untuk tayar belakang
  2. Rm 13.00 untuk tiub
  3. RM 13.00 untuk 4T oil, dan
  4. RM 12.00 untuk witer chain
Kalau nak diikutkan nasihat penasihat tidak berbayar a.k.a pomen motor yang tukarkan tayar belakang, "Haiyo. lu punya gasket pun kena tukar juga. Apa macam?"

Aku senyap, mengakui. Memang motor KRISS ni masalah utama adalah rantai yang cepat kendur dan berkarat. Hal ini akan cepat membuatkan gasket perlu ditukar selalu.

"Nanti ar gaji bulan depan, takde duit la." Gaji? Padahal aku tak kerja dah. Ini pun nasib bulan puasa, kos makan minum dah tak payah tanggung.

Sahur pun ada-ada saja rezeki yang datang bertamu. Kuih-muih dan lauk-pauk dari masjid, paling tidak pun aakn ada kawan-kawan yang baik hati sediakan sahur. Itupun kitaorang keluarkan juga sedikit modal. Dahlah orang tyolong sediakan. nak makan free lak, mana bleyy.

Termasuk duit top-up dan minyak motor, hari ni saja dah RM 100.00 aku belanjakan. Persiapan raya tak ada lagi. Eleh, biasa pun kakak aku yang belikan. Ok le kan, tak yah membazir.


p/s:

Road tax? itu pun nak kena spare gak puluhan ringgit nak perbaharui insuran dan road tax. Lesen motor kereta aku pun tak siap lagi. Baru masuk kelas KPP, ujian berkomputer pun tak pergi lagi. Biarpun aku dah mengembara jauh ke utar dan selatan tanahair. Itupun kalau nak ikut pallning. mau saja nak pergi Kuanta jenguk adik aku hujung tahun ni.

Raya? Dah tak sabar nak balik walaupun tiket tak ada lagi. Bukan apa, member dah bising dan planning nak buat majlis Iftar-reunion kat Kota Bharu. Aku pulak teruja nak tengok perkembangan negeri aku yang banyak mengalami perubahan infrastruktur. Selain daripada menjalankan kewajipan sebagai pemerintah. juga sebagai persiapan kerajaan negeri untuk menafikan fitnah politik penguasa pusat.

Aku? Bukan setakat nak balik beraya, kalau ada rezeki nak balik kerja kat Kelantan dan mengundi kerajaan Islam Kelantan pada PRU akan datang.


Birthday 'Anak Buah' Saya


Selamat Hari Lahir buat :
1. Shukri (1 Oktober 19XX)
2. Ghafil (2 Oktober 19XX)

Kedua-duanya sama kolej, sama course dan juga 'orang kuat' saya.

Umur meningkat tua. 1/3 hayat sudah habis. Masih ada 2/3 hayat (umur ) bagi kita ummat Muhammad SAW.

Moga panjang umur untuk bertemu Ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang.
Salam ukhwah penguat semangat jihad.

p/s :
1. Asalnya untuk sepanjang bulan Ramadhan ini nak letak entry harian setiap pengajaran dari Kitab Bidayatul Hidayah dan buku Cerita Sufi-sebuah antologi. Tapi niat itu terjejas kerana 'panas kepala' yang aku alami sejak dari awal dan membuatkan aku hanya sempat postkan beberapa artikel sahaja.

2. Kebelakangan ini seringkali saja akau seolah-olah diketemukan dengan rakan-rakan lama terutamanya dari zaman sekolah menengah. dah ramai yang kahwin, dan lagi ramai yang nak kahwin. Aku?

3. Ini blog salah seorang rakan baik aku, http://pokkor.blogspot.com/ . Orang kata kawan kita adalah cermin / dimensi diri kita. Tapi bagi kita yang berkawan ramai, kawan yang mana satu yang akan jadi 'cermin' itu.