Kisah Itu Kasih... baca (Kesah Itu Kaseh)

Wa'alaikumussalam WBT.
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya terubat juga keletihan ana yang baru sampai dari berperjalanan jauh sepanjang hari dari Kota Bharu ke Serdang sebaik sahaja membaca email ini.


Suka ana hendak beritahukan kepada semua, bukankah kita selalu mendengar maksud hadis yang dibacakan dibawah ini ? :

1. " Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."

2. " Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi aku (Nabi Muhammad SAW) melebihi dari segala harta bendanya, anak pinaknya, kedua ibu bapanya, dan dirinya sendiri."

dan bukankah juga kita selalu membacakan ayat dari surah As-Soff:
" Wahai orang yang beIMAN, sesungguhnya 4JJ1 mengasihi orang yang berbunuh (berjuang) di jalan 4JJ1 sepertimana sebuah bangunan yang saling mengukuhkan. "

Persoalan ukhuwwah ini sering kita perbincangkan di dalam usrah masing-masing dan setiap di antara ahli usrah kita akan mengupas persoalan ini dari kefahaman masing-masing. Akhirnya kita membuat kesimpulan berpandukan dalil-dalil yang muktabar dengan panduan naqib.

Dari ke3-3 dalil yang ana kemukakan tadi, yang juga selalu kita baca. Kita dapat melihat perkaitan yang jelas mengenai pembinaan ukhuwwah dan nilainya dalam konteks kita sebagai seorang pejuang. Dalam ke2-2 hadis yang pertama, kita dapat memahami bahawa begitu kuat perkaitan ukhuwwah sebagai salah satu kayu pengukur iman kita. Bahkan baginda Nabi SAW meletakkan dirinya sendiri sebagai CAGARAN untuk ummatnya menjaga kepentingan persaudaraan.

Maksud yang ana hendak sampaikan dalam hadis kedua di atas ialah, baginda Nabi SAW mengkehendaki ummatnya mengasihi dirinya bukan hanya semata dengan berbakti kepada dirinya. Kita ummatnya yang tidak sempat berbakti kepada baginda Nabi SAW sepertimana sahabat-sahabat yang lain, telahpun dianjurkan berbakti kepada baginda NAbi SAW (dalam konteks kita menyatakan kasih sayang kepada baginda NAbi SAW) ialah dengan melaksanakan tugas nubuwwah yang diwariskan. Untuk itu nabi telah meletakkan dirinya dan Allah sebagai cagaran kepada ummat Islam (para sahabat baginda dan juga kepada kita yang hidup selepas kewafatan baginda Nabi SAW juga).

Bukankah juga kita pernah membaca peristiwa di mana baginda Nabi SAW telah membahagikan keseluruhan harta rampasan perang kepada kaum mUhajirin, dan hal ini telah menimbulkan kecemburuan kepada kaum Ansor?

Namun hakikat pengajaran yang nabi ingin sampaikan kepada kaum Ansor dan mUhajirin (dan juga pesankan kepada kita) ialah baginda Nabi SAW sebenarnya telah memberikan seluruh kehidupannya untuk bersama-sama kaum Ansor untuk mengembangkan ISlam seawal penghijrahan banginda Nabi SAW. Begitu pula sebagai tanda kasih baginda Nabi SAW dan juga mengisi kekosongan yang telah kaum Muhajirin tinggalkan semasa berhijrah bersama-sama baginda Nabi SAW, tiada satupun yang dibawa hanyalah ketaqwaan kepada Allah dan kepercayaan (atas dasar keimanan dan kasih-sayang) kepada Nabi SAW.

Begitulah TANDA yang baginda NAbi SAW tinggalkan (wasiatkan) kepada kita. Tidak cukup untuk itu suka juga ana hendak mengupaskan maksud ayat dari surah As-Soff yang telah ana coretkan di atas.
Gambaran yang dibawa oleh Allah SWT mengenai perumpaan bangunan yang digunakan di dalam ayat tersebut ialah untuk memahamkan para sahabat (para penolong agama Allah ini) ketika itu adalah bersesuaian dengan suasana kehidupan mereka dipadang pasir.

Di padang pasir, biasanya sumber air adalah terhad. Dan kalau ada sekalipun, oasis yang wujud adalah bersifat sementara. Oasis ini akan berpindah setiap kali tiupan angin yang membawa bukit pasir menimbusnya dan membentuk oasis yang baru.

Maka, antara kaedah yang berkesan mengelakkan oasis ini tertimbus ialah dengan memagarkan atau dengan membuat bangunan yang mengelilingi oasis tersebut.
Di dapati juga bangunan yang diperbuat seringkali dapat dirobohkan oleh tiupan ribut pasir yang kuat. Maka kali ini bangunan yang begitu kukuh perlu dibina. Begitulah kesesuaian yang Allah bawakan pengajaran kepada kita.

Didalam menghadapi mehnah dan dugaan yang bertali arus yang sememangnya menjadi adat kepada kita ini, benteng yang paling ampuh ialah amal jamaie bertanzim yang diikat kukuh oleh kekuatan ukhwwah yang padanya ada kekuatan iman.
Kerana itulah, Allah meletakkan seruan kepada orang -orang yang beriman seawal maksud ayat yang ana tuliskan.

Selamat bermuhasabah.

::Berpesan-pesan akan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran::

--- In xxx
@yahoogroups.com, hafifah fifah wrote:

>> Assaamualaikum w.b.t...

> > Ukhwwah Islamiyyah itu umpama binaan bangunan yang indah…
> Jangan rosakkannya dengan penghuni yang gersang ilmu agamanya…

> > Begitulah mukaddimah ayat yang ana ambil dari risalah Haluan (UXX). Tertarik untuk dikongsi dengan semua sahabat, maka ana luangkan masa untuk menaip sedikit sebanyak isi-isi yang bermanfaat untuk direnung bersama. Ana bukan saja-saja nak bangkitkan atau menimbulkan isu ukhwwah ini, tapi ada sebab-musababnya. Sebelum ukhwwah yang dibina menjadi bangunan WTC baiklah dijelaskan intipati ukhwwah secara ringkas dan diamalkan sesama kita (terutamanya ana)...

> Ustaz Sayyid Sabiq dalam kitabnya “ Anasir Quwwatul Ummah” menyebutkan bahawa salah satu yang harus dibangunkan oleh ummat Islam adalah kekuatan ukhwwah (quwwatul ukhwwah).

> Kalau kita ingin tahu mengapa quwwatul ukhwwah dikalangan kita belum wujud dengan baik, maka salah satu jawapannya adalah kerana kualiti iman kita sangatlah lemah, sebab ukhwwah Islamiyyah adalah gambaran dari keimanan. Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya, ‘Al Ukhwwah Islamiyyah’ menyatakan bahawa: “Ukhwwah adalah kekuatan iman dan spiritual yang melahirkan peasaan yang dalam terhadap kasih saying, mahabbah (kecintaan),kemuliaan dan rasa saling percaya sesama insan yang terikat dengan aqidah Islam, iman dan taqwa. Perasaan persaudaraan ini melahirkan keutamaan, keikhlasan, kasih sayang melahirkan sikap positif seperti tolong menolong, mengutamakan oang lain,pemaaf, pemurah dan sebagainya

> Demikian pula persaudaraan ini melahirkan sikap penolakan terhadap kejahatan-kejahatan yang bermaharajalela di atas muka bumi ini. Ukhwwah Islamiyyah adalah sifat yang menyatukan iman dan taqwa. Tidak ada ukhwwah tanpa iman, dan tidak ada iman tanpa ukhwwah. Begitu juga tidak ada persahabatan tanpa taqwa dan tidak ada taqwa tanpa persahabatan. Berdasarkan Al Quran dan hadith, paling kurang ada lima komponen ukhwwah yang harus dipenuhi:

> > > 1. Iman dan Taqwa
> > Iman dan taqwa merupakan pokok bagi wujudnya ukhwwah, tanpanya tidak mungkin ukwwah Islamiyyah terjalin, kerana itu sebelum terjalinnya ukhwwah antara Muhajirin dan Ansar, Rasulullah s.a.w terlebih dahulu memantapkan Iman dan Taqwa mereka. Hal ini sekaligus menjadi asas dan punca terbentuknya ukhwwah (QS. 49:10)

> > 2. Ikhlas kerana Allah semata-mata
> > Ukwwah Islamiyyah mampu berkekalan manakala yang berukhwwah itu hendaknya mencari redha Allah sehingga jalinan itu didasari keikhlasan. Ukhwwah Islamiyyah biasanya akan rosak apabila mereka yang terlibat di dalamnya telah memiliki kepentingan yang berbeza-beza dan bersifat mementingkan peribadi atau duniawi > (QS 98: 4-5).

> 3. Terikat dengan Ketentuan Al Qur’an
> > Ukhwwah Islamiyyah bukanlah sekadar perkumpulan orang-orang Islam, tapi ukhwwah Islamiyyah itu perpaduan orang-orang yang mahu terikat dengan nilai-nilai Islam yang termaktub di dalam Al Quran dan As sunnah sehingga mereka mahu hidup sesuai dengan prinsip-prinsip nilai Islam, bukan berdasarkan konsep hidup masing-masing. Inilah sebabnya mengapa Allah amat menekankan kepada kita untuk selalu terikat pada tali Allah dan jangan berpecah belah (QS.3: 103).

> > 4. Saling bertausiah
> > Saling bertausiah (memberikan nasihat) merupakan faktor yang harus dipenuhi bagi tercapainya ukhwwah Islamiyyah. Dengan tausiah seseorang muslim yang hendak melakukan kesalahan akan ditinggalkan sehingga tidak dilakukan, dan apabila seseorang telah terlanjur melakukan kesalahan maka kesalahan yang dilakukannya tidak sampai menjadi kebiasaannya, kerana telah diberikan nasihat oleh saudara-saudaranya sesama muslim (QS.103:1-3)

> > 5. Setia dalam Segala Hal
> > Kesetiaan sesama muslim merupakan syarat lain bagi terciptanya ukhwwah Islamiyyah, dan kesetiaan itu dalam berbagai keadaan baik diwaktu susah mahupun diwaktu senang. Salah satu bentuk kesetiaan seseorang muslim terhadap muslim yang lainnya adalah selalu berusaha membantunya (bekerjasama) dalam kebaikan. Bahkan sedaya mungkin menolongnya apabila dalam kesusahan meskipun ia sendiri berada dalam kesusahan. Dia harus berusaha mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.(QS.5:2). “Tidak beriaman seseorang daripada kamu sebagaimana ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri” (HR.Bukhari).

> > Mewujudkan ukhwwah Islamiyyah memang bukan urusan mudah, tapi bukan bererti kita tidak boleh melaksanakannya dengan baik. Hanya masa dan keinginan hati akan membuktikan samada kita mampu membina ukhwwah sesama kita. Fahamilah diri sahabat sefikrah kita sebagaimana kita memahami diri kita sendiri nescaya segala urusan dan kerjasama dapat dijalankan dengan lancar bahkan meninggalkan suatu kenangan yang manis antara kita di dalam hidup ini. Berusahalah…

> > Wassalam..> > Insan yang fakir dengan ikatan ukhwwahnya...> > > > > > ---------------------------------> Yahoo! Messenger with Voice. Make PC-to-Phone Calls to the US (and 30+ countries) for 2¢/min or less.>

1 comments:

Ilriady Al-Kalantani said...

Prophet Muhammad SAW said, " None of you truly beleives (in Allah and His religion)until he loves for his brother what he loves for himself " (Al-Bukhari & Muslim)