Di manakah Syed Qutb Malaysia ? # 2

Dalam mengenang kisah hidup silam,
Ku sedar dari kesilapan lalu,
Tuhan... Beratnya dosa-dosaku,
Masihkah ada ampunan buatku,

Aku yang suatu ketika dulu pernah belajar di Kolej MARA Banting dan dari situlah aku mula diajak secara serius oleh seorang sahabatku untuk melibatkan diri dengan Jemaah. Kolej MARA Banting yang sebelum ini pernah menempatkan pelajar Asasi Sains UM telah meninggalkan jejak kepada kami. Kebetulan pula Shah (sahabat aku tadi), merupakan alumni KI yang terlibat secara aktif dengan Jemaah. Dia telah membentuk kumpulan usrah kami dan dia sendiri menjadi naqibnya. Kumpulan kami merupakan tulang belakang yang menggerakkan MPP yang kami menangi pilihanraya sebelumnya.

Dengan bantuan kawan-kawan dan seniornya, Shah telah berjaya meminta pimpinan UM untuk menjadi Jemaah penaung kami pada ketika itu. Segala rekod yang tersimpan di dalam pejabat MPP kami manfaatkan sebaik mungkin dan dari situlah kami telah dapatkan nombor perhubungan yang membolehkan kami berhubung dengan rakan-rakan serta senior dari Jemaah yang lain terutamanya dari UM.

Kami banyak membuat perjumpan dari mata-ke-hati dan tidak lebih dari itu. Tetapi peluang yang sebegitu bernilai telah kami manfaatkan sebaiknya. Kami juga mula melibatkan muslimat-muslimat yang ada ke dalam siri perjumpaan yang dibuat. Sempat juga pada sesi itu kami bertemu mata dengan pimpinan UM seperti Bro Fuad dan rakan-rakannya. Ketika itu beliau masih dalam pelarian dari perburuan polis.

Sempat juga kami mengusik beliau yang dalam sibuk-sibuk dicari pihak berkuasa, tapi masih sempat juga untuk berjumpa dengan adik-adik seperti kami ini. Kami meminta beberapa pandangan dari pimpinan dan bertukar-tukar cerita yang boleh kami jadikan panduan terutamanya apabila kami mula menjejakkan kaki ke universiti.

Langkah mujahid menuju syahid menyinggahi transit sementara yang bernama Menara Gading.

Sekian, setakat untuk malam ini.

Berpesan-pesan akan kebenaran dan,
Berpesan-pesan dengan kesabaran

2 comments:

Ummu Ilham said...

salam.. xbahaya ke tulis camni?? Nta ni.. sirr hazar laa sket... dulu asasi ke? batch mane? ana dulu asasi gak.. batch 2001.. ana spm 2000.. tp sekejap je sebulan kat UM, sempat gak merasai nikmat ukhwah dan usrah... pas sebulan di UM, ana dpt UTP.. alhamdulillah di sini jumpe gak 'geng' sefikrah...

Ilriady Al-Kalantani said...

sir wa hazar....mush tahu api xleh nak buat apa2...ala kira mcm James Bond la ek...