Bidayatul Hidayah - Bahagian Pertama

ADAB-ADAB MELAKSANAKAN KETAATAN

1. Adab-adab Bangun Dari Tidur

Hendaklah engkau berusaha supaya dapat bangun dari tidur sebelum terbit fajar dan hendaklah zikrullah yang mendahului segala sesuatu, baik di hatimu atau di lidahmu. Dan bacalah doa ketika itu.

Ertinya: "Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali. Telah berpagi-pagi (telah jadi ) segala kerajaan itu bagi Allah. Segala keagungan dan kerajaan itu bagi Allah. Segala kemegahan dan segala kekuasaan hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam. Telah berpagi-pagi kami ataskeadaan fitrah Islam dan kalimat keikhlasan dan di atasa agama nabi kami Muhammad SAW dan atas Millah Nabi Ibrahim AS yang selalu dalam keadaan cenderung kepada Islam dan membenci agama yang lain. Dan bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang yang musyrik. Ya Allah! Kami meminta kepadaMu supaya Engkau bangunkan kami pada hari ini untuk dapat melakukan sebarang kejahatan atau mengenakannya kepaa orang Islam yang lain. Ya Allah! DenagMu kami berpagi-pagi dan denganMu kami berpetang-petang dan denganMu kami mati. Dan kepadaMu kami akan dikembalikan. Kami memohon kepadaMu akan kebaikan hari ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya kami berlindung denganMu kami berlindung dari kejahatan hari ini dan segala kejahatan yang ada di dalamnya "

Apabila engkau memakai pakaianmu maka hendaklah engkau niatkan dengannya menjunjung perintah Allah pada menutup auratmu dan jangnlah engkau berniat dengan berpakaiana itu untuk menunjuk-nunjuk kepada makhluk. Kalau begitu engkau akan mendapat kerugian.

2. Adab-adab MAsuk Ke Dalam Tandas

Apabila engkau mahu masuk ke dalam tandas untuk menunaikan hajatmu maka dahulukanlah kakaimu yang kiri, dan ketika engkau keluar daripadanya maka dahulukan kakimu yang kanan. Dan janganlah engkau membawa sesuatu yang ada padanya tulisan nama Allah dan Rasul-RasulNya dan jangan pula engkau masuk ke dalam tandas dengan keadaan tidak menutup kepala atau tidak berkasut. Dan baca olehmu ketika hendak masuk ke dalam tandas itu akan doa:

Ertinya: "Denagn nama Allah. Aku berlindung dengan nama Allah daripada kekotoran najis yang keji yang jahat lagi suka menyuruh orang lain mambuat kejahatan, iaitu syaitan yang terkutuk."

Dn ketika engkau keluar dari tandas hendaklah engkau baca:

Ertinya : "Ya Alah berikan keampunan kepadaku. Segala puji bagi Allah yang menghilangkan daripadaku barang yang menyakiti aku dan mengekalkan di dalam badanku barang yang memberi manfaat akan daku."

Dan sebaiknya hendaklah engkau siapkan segala yang engkau perlukan untuk beristinjak itu sebelum emgkau qada' hajat. Dan jangan engkau beristinjak dengan air di tempat qda' hajat dan hendaklah engkau bersitibrak (melawaskan) daripada air kencing dengan cara engkau berdehem-dehem dan melalukan jari dibawah kemaluanmu tiga kali. Dan jika engkau mahu bersintinjak sedang engkau berada di tengah padang maka hendaklah engkau mencari tempat yang jauh daripada pandangan orang ramai dan hendaklah engkau menghadap kepada suatu yang engkau jadikan dinding di hadapanmu dan janganlah engkau membuka auratmu sebelum engkau sampai ke tempat duduk dan jangan engkau menghadap ke arah qiblat, matahari dan bulan. Dan janganlah pula engkau memebelakangkan yang demikian itu. Dan janganlah engkau qada' hajat di dalam air yang tenang atau di bawah pokok yang bebrbuah dan jangan pula di dalam lubang dan jauhilah daripada kencing di atas tanah yang keras atau di tempat bertiup angin kerana ditakuti bahawa engkau akan terkena percikannya seperti sabda Rasulullah SAW

Ertinya: "Sesungguhnya kebanyakan seksa kubur adalah berpunca daripadanya" (yakni dari sebab tidak berhati-hati dalam bersuci daripada najis).

Dan hendaklah engkau duduk ketika qada' hajat itu dengan memberatkan sebelah kakikmu yang kiri dan janganlah engkau kencing di dalam keadaan berdiri kecuali ketika darurat dan himpunkanlah di dalam istinjak itu antara menggunakan batu dan air. Dan jikalau engkau hanya mahu menggunakan sa;ah satu di antara dua perkara ini mak hendaklah engkau memilih untuk menggunakan air kerana itu lebih afdhal Dan apabila engkau mahu menggunakan batu sahaja maka carilah tiga biji batu yang suci yang dapat menyerapkan (mencuci dan mengeringkan) najis maka engkau sapu dengan batu itu akan tempat keluar najis sekiranya tidak menyebabkan najis itu merebak ke tempat lain dan begitu pula hendaklah engkau sapukan kemaluanmu dengan tiga kali sapu daripadaa sebiji batu. Dan jikalau belum hasil bersih dengan tiga biji batu maka hendaklah engkau sempurnaka istinjakmu dengan lima biji batu atau tujuh biji batu sehingga jadi suci tempat keluar najis itu. Dan bilangan batu itu disunatkan ganjil. Dan menyucikan tempat-tempat keluar najis itu hukumnya wajib. Dan janganlah engkau bersitinjak dengan tangan kanan. Dan hendaklah engkau membaca doa setelah selesai istinjak itu dengan katamu:

Ertninya: "Ya Allah! Sucikanlah hatiku daripada sifat munafik, dan peliharakanlah kemaluanku daripada kejahatan (speprti zina)."

Dan hendaklahlah engkau menggosokkan tanganmu dengan tanah atau dinding (atau sabun) setelah selesai daripada istinjak. Kemudian lalu engkau membasuh tanganmu

0 comments: