Persoalan hidupku yang makin berselirat



Baki semester pengajian yang tak sampai beberapa bulan membuatkan aku banyak memikirkan perkara-perkara yang akan lalui selepas tamat belajar. Sama seperti kita baru habis belajar darjah 6, tingkatan 5 atau matrikulasi, kita akan memeikrkan pula apa dan ke mana kita selepas ini.

Tapi kali ini, bukan soal-soal yang sama berulang menghantui. Tetapi lebih kepada persoalan hendak memenuhi tuntutan sebagai seorang anak, abang dan seorang Muslim yang komited. Namun yang paling menghantui ialah, keadaan diri yang semakin alpa lantaran dunia pra-pekerjaan yang menjadi rutin seharian hidupku sekarang.

Itu belum lagi hendak diambil kira soal tarbiyyah dan mujahadah yang perlu didisiplini. Kerana kurang menjaganya juga, sekarang ini aku seolah-olah hilang kekuatan untuk beraksi di medan dakwah. Bukan niat hendak menceritakan kelebihan diri sebelum ini.

Bahkan lebih teruk dari itu, aku juga jujur sebenarnya tidak mengambil pusing akan derita saudara seIslam di Palestine dan Lubnan. Apatah lagi untuk berdepan dengan karenah anak-anak usrah.

Tadi, aku baru balik dari home tuisyen. Mengajar di rumah seorang Dr. yang mengupah aku untuk mendidik 2 orang anaknya yang masih bersekolah. Seorang darjah 3 dan seorang lagi darjah 1. Apa yang membuatkan aku termenung panjang ialah, apabila memikirkan betapa sukarnya untuk aku melayan karenah mereka. Padahal mereka adalah anak kepada pasangan yang mendapat tarbiyyah dan fikrah Jemaah. Sepatutnya urusanku mendidik mereka tidaklah sesukar mana. (Harapnya aku membuat judgement yang betul)

Persoalan yang bermain sekarang ialah bagaimana aku nanti ? Bagaimana pula keluargaku ? Untuk menempuh muqaddimah ini pun aku sudah gagal. Apakah aku akan gagal ?

0 comments: