Mat Rempit yang merempit tengok REMPIT kat panggung, kita Mat Surau?

Hari ini (jika tidak silap) adalah hari pertama tayangan REMPIT di panggung. Sasaran (sesuai seperti pada nama filem) adalah pastinya kepada mereka yang meminati hal-hal yang berkaitan dengan Mat Rempit, aksi lasak merempit, life Mat Rempit, dan konflik dunia Mat Rempit.

Paling tidak pun mereka yang meminati sukan lasak permotoran akan terajak sama dan disederhanakan lagi dengan ulasan yang akan mengatakan bahawa filem REMPIT ini sesuai ditonton bersama-sama keluarga. Bawalah keluarga, anak-anak, kawan-kawan dan teman wanita ke panggung yang berdekatan!!!

Takpun ketika inilah juga bagi mereka yang memperjuangkan trend masa kini akan mengensot masuk berkongsi pandangan mengatakan tayangan filem ini adalah masa yang paling sesuai bagi rakyat Malaysia memahami Mat Rempit, mereka adalah insan biasa yang punya pendirian dan cita-cita untuk hidup berjaya seperti orang lain. Cuma hanya kerana mereka berpecut lasak, maka ada yang tersingkir dari urusan masyarakat. Maka kenapa harus ada hal sebegini?

Itu ceritanya hal Mat Rempit...Bagi Mat Surau pula, saat ini kita tidak seperti mereka. Mereka berjuang menjauhkan fitnah dari mereka. Kita yang sering dicop Mat Surau ini pula hanya memilih cara mendiamkan diri. Bukan kita perlu merusuh atau menunjuk perasaan kepada dunia umum. Hal seperti ini tidak perlukan pendekatan yang sebegitu.

Cumanya apabila kita bersikap sedemikian, maka lama-kelamaan akan kedapatan dikalangan yang makin jauh dari surau. Begitu pedih barangkali bagi mereka ini untuk dicop sebagai Mat Surau hingga kelukaan itu tidak berubat dan mematikan semangat kental untuk merek bersurau (ke surau dan bergiat di dalam aktiviti mengimmarahkannya).

Tanyakan kepada dunia, dan beri jawapan itu kepada kita. Kita di pihak yang benar, dan kita tidak menyakitkan ahli dunia yang lainnya.

Bukan seperti berempit (kekadang ada yang kemalangan dan melibatkan orang lain yang tidak berkenaan atau orang yang tidak berdosa.

Bukankah itu meyakitkan ? Itupun masih tidak dianggap penyakit masyarakat.

Kita bersurau (dan kekadang ada yang kita libatkan atau hanya kita sendirian berdoa). Bahkan kita ini golongan yang menghadirkan kerahmatan Allah(selagimana ada yang memakmurkan rumah Allah).

Adakah itu menyakitkan? Langsung dianggap kita sebagai pemecah belah perpaduan. Kerana mengajak orang lain lari meninggalkan kelompok besar yang sibukkan hal-hal dunia.

Perjawaban itu mesti diucap dan ditindakkan oleh kita, Mat Surau yang menyempit ke litar perhambaan-Nya..

1 comments:

Anonymous said...

kita mat surau??? jangan sampai tengok REMPIT kat bilik ye...kita mengaku pejuang,tapi masih lalai dengan banyak benda... komik bertimbun, main game(berjihadlah kononnya), citer naruto hafal,tp bila tanya sirah..alamak,lupa!!!sahabat2, ana mengingatkan diri ana dan sahabat2 smua sbb ana sayangkan ISLAM...