Malam Jumaat sehingga malam Sabtu vol 2.1

Nak sambung sikit lagi, semalam punya tak habis cerita...

Masa aku hendak menghabiskan baki cerita ini, Yunus telah SMS mengajak aku untuk makan di Restoran Salam bersama dengan Fazali dan 3 orang adik baru kami yang akan kau rahsiakan nama mereka.

Hmm..Yunus, Yunus...memang dia bersungguh-sungguh semester ini untuk buat yang terbaik demi kolej kami. Mungkin terdetik perasaan yang sama seperti aku yang ingin melunaskan hutang kepada kolej yang pernah membentuk karektor-karektor baik yang aku miliki dan yang pentingnya bagaimana aku menjadi seorang ahli yang komited dengan Islam. Paling tidak pun aku telah kenal dan tidak akan memilih jalan selain jalan ini. Jalan yang aku pilih sekarang ini terlalu mahal harganya. Mungkin suatu hari nanti akan aku ceritakan kenapa.

Tetapi sebelum itu, aku menelefon Yunus terlebih dahulu bertanyakan lokasi restoran tersebut. Memang aku sebenarnya bukanlah ligat sangat kemana-mana tempat. Sengaja aku terhadkan pilihan yang aku kenal kerana tidak mahu melatih diri menjadi seorang yang banyak membuang masa untuk memilih lokasi makan dan bersembang lama-lama.

(Sambil mengumam juga didalam hati, bagaimana pula dengan si Safwan nanti? Aku memberitahunya dan terus mengambil kunci motor dan helmet. Kedengaran juga Safwan memesankan minuman sejuk untuknya. Tapi sengaja aku tidak endahkan. Aku dah tahu dia akan pergi keluar minum juga nanti)

Tempat sudah diketahui, perut pun dah lapar. Memang malam-malam sebegini aku sentias mencari makanan untuk mengalas lapar perut aku. Jika tidak, pasti aku tidak dapat tidur malamnya. Jenis gastrik macam inilah ragam hidup mereka. Aku sering dimarahi oleh kakak atau emak aku kerana suka keluar makan malam-malam. Tetapi mereka pun hendak kata apa, lainlah kalau aku di rumah parent. Memang pukul 2, 3 pagi ada saja makanan yang terceruk dekat dapur untuk aku santap. Emak aku memang arif sangat, tapi kerana bimbang seorang ibu tetap diluahkan walaupun perkataan yang diucapkan tidak tersusun mana.

Kami duduk semeja dan aku terus memesan Tom Yam ayam dan milo O panas. Sengaja aku pesan Tom Yam,bukan kerana ia makanan kegemaran aku. Cumanya dari stail restoran tersebut menampakkan selera yang paling tepat untuk aku mencuba rasanya. Sah! Kakak yang ambil pesanan cakap loghat Siam.

Kami berlima menghabiskan makanan kami sambil masing-masing menceritakan aktiviti seharian, at least sebagai pelengkap suasana makan kami. Sambil-sambil itu, sempat juga kami memberi komen mengenai filem Entrapment, lakonan Sean Connery dengan lokasi di KLCC. Dan kalau tidak silap aku, itulah penampilan Zeta Jones sebelum menjadi isteri kepada hero filem tersebut.

Pendekkan cerita, kami buat seperate bill dan balik. Yunus memandu Kancil dinaiki bersama oleh mereka yang lain. Manakala aku setia ditemani motor Kriss 100 kepunyaanku.

Sampai di rumah, mandi dan baca selembar al-Qur'an buat bekal tidur. Namun aku tetap sukar lelapkan mata dek kerana nyamuk yang banyak. Safwan pun tidak balik lagi. Pukul 12.40 Safwan sampai, dan kami sembang di ruangtamu. Aku lelapkan mata dan Safwan tidur di bilik sebelah.



0 comments: