Malam Jumaat sehingga malam Sabtu vol II


Semalam sebelum aku lelapkan mata, sempat juga aku melihat inbox; mesej-mesej yang dihantar oleh teman-temanku. Antaranya ialah mesej yang menyatakan permintaan sheikh Hasan Nasrallah supaya dibacakan Surah Al-Fath untuk dihadiahkan bacaannya buat pejuang-pejuang Islam di Lubnan. Serentak itu jugalah aku mendapatkan Al-Qur'an yang diletakkan dihujung kepala tempat tidurku. Tetapi aku tidak membacakan surah tersebut. Aku hanya membaca semuka al-qur'an buat bekal tidurku.

Subuh esoknya baru aku membacakan Surah Al-Fath sepertimana yang diminta. Entah kenapa, mata aku pada pagi ini sukar untuk dilelapkan. Tapi elok juga kerana pada pukul 8 pagi aku mesti ke kuliah Aljabar. Semester ini aku hanya mengambil satu paper sahaja. Kuliah aku hanya pada hari Rabu dan Jumaat. Hari Rabu pukul 2 hingga pukul 3 petang. Manakala hari ini, Jumaat pukul 8 hingga pukul 10 pagi. Tetapi yang bestnya hari Jumaat biasanya kuliah aku tamat sebelum pukul 9.30 pagi. Tapi yang tak bestnya hari ini aku kena kerja. Biasanya aku kerja setiap hari kecuali hari Rabu. Tapi hari ini aku kerja, kena ganti cuti aku tempoh hari. Aku minta cuti pada hari Rabu lepas kerana ada first test. Lagi tak best bila test tersebut ditunda ke minggu depan. Maksudnya, Jumaat minggu depan aku kena kerja lagi.

Aku terpaksa mulakan kerja hari ini dari pukul 10 pagi hingga 1 tengahari. Break sekejap untuk solat Jumaat. Nasiblah hari ini tiada demonstrasi anjuran mana-mana pihak. KAlau tidak tentu aku dah miss nak pergi untuk turut serta. Pukul 2.30 petang aku sambung balik kerja sampai pukul 3.30 petang. Kerja aku minima 4 jam sehari. Kalau aku diperlukan barulah waktu kerjanya ditambah. Tapi biasanya tiada hal seperti itu. Bos mana nak lebihkan bajet untuk dibayar kepada pekerja. Lagi save lagi bagus.

Lepas kerja, aku terus ke Magna untuk update blog mana yang patut dan check email. Entah kenapa pula aku pun sign in Yahoo Mesenger! Jadi aku pun bersembang sekejap dengan 2,3 orang kawan-kawan yang tengah online. Lebih kurang pukul 4.30 petang aku balik rumah, solat asar dan tidur sampai pukul 6.30 petang.

Kemudian, bangun tidur, mandi, keluar beli nasi lemak ayam goreng, pergi makan dekat Magna, pergi Jas Cafe; restoran sebelah sebelah beli ais kosong untuk hilangkan dahaga dan terus ke Bandar Bukit Puchong untuk mengajar home tuisyen 2 orang anak murid aku; Aiman dan Anas.

Aku berjemaah Maghrib di surau At-Toyyibah dan pada pukul 8 aku terus ke rumah anak murid aku. Kau mengajar dari pukul 8 hingga 10.15 malam. Itupun kami break sekejap solat Isyak di surau.

Habis mengajar, terus ke Magna sambung update blog aku yang lain. Speacial blog untuk langkah awal aku sebagai Jutawan Internet. (Harap-harapnya jadilah perancangan aku hendak jadi jutawan, Ameen). Memang aku selalu akan ke Magna pada waktu malam sekiranya tiada apa-apa yang lebih aula untuk aku lakukan. Selalunya juga aku dan Safwan akan ke Anjung untuk supper kami.

Menu biasa aku ialah nasi lemak dan Milo O panas. Manakala Safwan pula, roti canai kosong 2 dan teh tarik.

Okay, sampai disini dahulu. Sekarang aku hendak update blog aku yang that one special itu. Ilal liqa'.

Seeru 'ala barokatillah. Salam 'alaikum.

0 comments: