Demam selsema

Angin monsun sumatera yang bertiup saban tahun tidak lari dari aturan alam yang termaktub dalam Sunnatullah. Setiap kali itulah juga saya akan demam pada setiap kali bulan ogos; bulan monsun sumatera.

Hidung saya merah seperti clown circus dan kadang-kadang terasa sukar untuk bernafas. Pagi tadi nak ke klinik panel syarikat, tapi tak jadi. Nak pergi Pusat Kesihatan UPM, hari ahad dah tentu cuti.

Dalam mengelamun pulang dari Putrajaya selepas mengambil kakak saya dari stesen LRT Sungai Besi, saya masih lagi sempat teringat pesanan junior seminggu yang lepas. Katanya dalam musim perubahan cuaca yang sebegini hendaklah kiat memastikan pakaian yang dipakai tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Hal ini penting bagi memastikan suhu badan tetap kekal atau tidak mengalami perubahan yang ketara. Jika tidak akibatnya nanti kita boleh jatuh demam.

Juga diingatkan supaya banyakkan minum air. Ini kerana badan kita yang menampung sebanyak lebih kurang 75% air akan dapat dikekalkan suhu badan. Kalau badan panas, air dalam badan tadi berupaya merendahkan suhu badan sebanyak 1 atau2 darjah celcius. Suhu badan kita juga akan dialir keluar bersama air kecil.

Sekarang ni (pukul 11.30 malam, juga kalau tak silap konsert fantasia mawi lagi setengah jam nak habis) terasa sangat badan semakin tak sedap, mana tidaknya rupa-rupanya saya terlupa membawa jaket yang sentiasa setia menemani saya. Saya kesejukan menaiki motor sendirian pulang.

Sesambil tu teringat gak lirik lagu yang dimainkan masa faizal hussein dalam perjalanan dan kemudiannya dia terserempak dengan kejadian kemalangan yang turut melibatkan ayah makwenya. Masa tu rosyam noor (sepupu faizal hussein) baru start jadi pelakon tambahan je. Ada sekali tu dia tak puas hati dengan geng jahat, last-last dia lak kena pukul (masa tu tak jadi hero malayisa no 1 lagi). Antara lirik lagu yang terngiang-ngiang....

"Ku jejak jalanan berliku, di dalam memburu CINTA suci..."

Alahai...

dulu Gila-gila Remaja, kemudian KL Menjerit...akan datang Rempit...

Upps..dah mengelamun jauh ni...lagha, lagha. Lagi lagha pergi tengok cerita Rempit kat panggung yang bermula hari ini...


Moral cerita ni...
1. Jaga kesihatan, kesiahatn yang bai adalah aset untuk kita bekerja dengan lebih kuat dan teku apatah lagi untuk berdakwah.
2. Sakit adalah kaffarah dosa kita.
3. Jangan tambah lagha lagi, insaf dan taubatlah segera (sebalik tujuan sakit itu)
4. Jangan penuhkan panggung atau tempat yang membenarkan percampuran antara lelaki-perempuan.

1 comments:

Anonymous said...

our body consist about 60-70% of water and fluid, others fat, muscle etc. For every 1 degree celcius increase in body temperature can make our pulse rate(denytan nadi) increase 10 beat perminute.. a fact nice to know