Berat sebenarnya tanggungjawab Dato' K...

Hari yang dinantikan bakal 'bride of the year' makin hampir, Siti dan Dato' K kian gelisah menantikan saat-saat perkahwinan mereka. Biar apapun yang merintangi perjalanan kisah cinta ini, terpalit suatu persoalan yang melingkar dan mungkin tidak akan mudah untuk diterima oleh peminat-peminat Siti terutamanya dari kalangan peminat lelaki.

Jika berat perassan hati mereka melihat puteri sanjungan di petik orang, berat lagi perasaan yang menghantui Dato' K dan yang pastinya tanggungjawab yang dipikul olehnya juga pasti amat berat.

Setelah gagal di dalam perkahwinan yang sebelumnya, Dato ' K masih punya perasaan dan membenarkan fitrah hidupnya sebagai lelaki yang memerlukan seorang teman dari kalangan Hawa. Namun hanya kerana ingin mengahwini Siti, mahar yang dibayar bukan sedikit.

Tanggungjawab seorang suami akan dibacakan oleh Tuan Qadhi di saat sebelum di aqadkan nikahnya si fulanah binti si fulan berwalikan daku... Sebelum itu Dato' K akan ditanya akan kesanggupan menikahi Siti sebagai pilihannya. Mungkin bagi orang seperti Dato' K yang pernah berkahwin sebelum ini memaklumi akan perkara ini. Hanya kerana tsunami kecil yang melanda ikatan pernikahan bersama isteri pertama sebelum ini telah membuatkan kapal yang tenang berlayar tidak dapat di kawal lagi arah layarannya dan masing-masing pergi membawa arah laluan yang lain.

Namun kali ini, ingatan sebelumnya pasti menjadi pedoman bagi bakal kedua mempelai. Cabaran Dato' K pasti lebih besar kerana mengahwini puteri Gunung Tahan yang selama ini menjadi milik ribuan peminat yang memuja Siti. Sedang Siti pula hanya wajib memuja si suami yang akan setia mendampinginya. Bukan alang-kepalang cabaran kehidupan, tetapi tidak sukar untuk direntasi. Hanya jika kita memilih dan telah memilih arah TUJU kita.

Moga abadi berabad...

0 comments: