SAJAK BUAT ISTERI SEORANG PEJUANG

SAJAK BUAT ISTERI SEORANG PEJUANG

Jelmaanmu merentas bongkah sendu
Mengorban naluri merungkai pilu
Mengharungi gurun tanpa bayu

Isteriku…
Kehadhiranmu adalah mustika
Mengerlip cahaya sakinah
Laksana bintang membentuk arah burujnya

Isteriku…
Saban waktu , dirimu abdi di gobokku
Senyum manismu menenang jiwaku
Kerlinganmu mengorak senyumku
Kesetiaanmu menyejuk mataku

Isteriku…
Ketika kesejukan mataku
Memandang wajahmu duhai isteriku
Memori ini mengimbau zaman remajaku
Dikala kuhamparkan tangan ke awan biru
Merintih harap isteri yang solehah
Penyejuk mata dan penyeri rumahtangga

Isteriku…
Di senjakala , ku menongkat resah
Dirimu tersangkar dalam kemiskinanku
Dirimu tak punya manikam permata untuk kukalungkan
Tiada nota ringgit untuk kuunjukkan
Tiada lambang kemewahan untukku hamparkan
Dirimu hanya ku langir debu
Ku balutkan jubah
Ku hilangkan dahagamu secangkir Cuma
Ku hambat bosanmu seketika sahaja

Isteriku…
Di hening subuh ku merenung sayu
Dirimu kesepian dalam kesibukkanku
Hari - hari berlabuh kita berasingan
Kesedihanmu , sementara diriku di medan
Kesakitanmu pun tiada aku disisi
Rumahku , dirimulah penanti setia
Sementara bagiku , ia hanyalah dangau persinggahan

Isteriku…
Dirimu masih setia dalam sangkar yang sepi
Demi nilai cinta dan ketaatanmu

Isteriku…
Dongaklah wajahmu ke atas
Hulurlah tanganmu ke hadapan
Tabahlah duhai isteriku
Tidakkan ku sia siakan hidupmu
Kan ku hidangkan ilmu buatmu
Kan ku bawamu ke alam perjuangan
Kan ku hantarkan ke perlembahan hidayah

Isteriku…
Bajailah cinta kita
Tenggelamkanlah kemelut rasamu

Isteriku…
Diriku tetap setia disampingmu
Sungguhpun kita jarang bertemu

Sayang isteriku…
sayang isteriku

nukilan
Ustaz Nasarudin Tantawi

Pemimpin Israel akui gagal tewaskan Hizbullah

METULLA: Pemimpin dan penduduk Israel mengakui negara itu kalah dalam konflik 34 hari di Lubnan disusuli dengan pengakuan Perdana Menteri, Ehud Olmert bahawa wujud ‘kelemahan’ dalam pelaksanaan kempen ketenteraannya menghadapi pejuang Hizbullah.

Olmert membuat pengakuan itu dalam satu sesi perbahasan di Knesset (Parlimen) berikutan tinjauan pendapat mendapati majoriti penduduk Israel percaya matlamat peperangan itu tidak langsung atau sedikit saja dicapai, lapor akhbar Britain, The Independent, semalam.

Tambah memeritkan, pemimpin Hizbullah, Sheikh Hassan Nasrallah, muncul di televisyen dan mengisytiharkan kemenangan mereka yang strategik, bersejarah dan ‘dirahmati’.

Pemimpin pembangkang dari Parti Likud, Benjamin Netanyahu menyifatkan kempen ketenteraan Israel terlalu banyak kegagalan dari segi mengenal pasti ancaman, persediaan menghadapi ancaman itu selain kegagalan oleh pengurus dan pentadbir operasi.

Kritikan itu diperkukuhkan lagi dengan keputusan tinjauan Globes Smith menunjukkan 52 penduduk percaya tentera Israel tidak berjaya dalam kempen serangannya di Lubnan manakala 44 peratus percaya sebaliknya.

Netanyahu menyindir Olmert dengan berkata: “Kita tinggalkan bumi Lubnan dengan mereka (Hizbullah) terus melepaskan tembakan. Kita juga tinggalkan Gaza dengan musuh melepaskan tembakan.”

Ketika memberi ucapan, Olmert yang seringkali diganggu, terus menegaskan bahawa resolusi gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengubah keseimbangan kekuatan di sempadan utara Israel.

Tetapi, Olmert yang menang pilihan raya lima bulan lalu, mengakui bahawa beliau bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalan operasi ketenteraan itu.

Lebih 1,000 penduduk Lubnan terbunuh manakala 156 askar dan orang awam Israel maut dalam konflik terbaru Asia Barat itu.

Setakat ini, tentera Israel sudah berundur dari bandar Marjayoun dan beberapa kawasan berhampiran termasuk bandar berdekatan, Qlaiah.

Tentera Israel juga berundur dari Bourj Al-Mulouk, sebuah bandar di antara negara Yahudi itu dengan Marjayoun meskipun masih ada askarnya yang berkawal di kawasan berhampiran.

Gencatan senjata tajaan PBB, bagaimanapun, belum dianggap kukuh apabila askar Israel menembak mati enam pejuang Hizbullah selepas gencatan bermula pada 8 pagi waktu tempatan kelmarin.

Ini diikuti dengan serangan balas pejuang Hizbullah awal semalam dengan melancarkan 12 roket ke arah kedudukan tentera Yahudi di selatan Lubnan.

Tiada siapa mati atau cedera dan mereka tidak membalas serangan itu, kata jurucakap askar Israel. – Agensi

Hipokrit. Aku menegur bukan menyindir. Satu penegasan bukan peringatan.


Ayuh kita renungi dan perhalusi. Moga beroleh maghfirah jangan mengharap makrifah.

Hypocrisy is the act of pretending to have morals or virtues that one does not truly possess or practice. The word derives from the late Latin hypocrisis and Greek hupokrisis both meaning play-acting or pretence. The word is arguably derived from hypo- meaning under, + krinein meaning to decide/to dispute

A classic example of a hypocritical act is to criticize others for carrying out some action while carrying out the same action oneself. Some people believe that most people, if not all, are hypocrites; they tend to criticize what they perceive to be bad behaviour in others, yet will justify it when they are inclined to peform the same action. This form of hypocrisy is closely related to the fundamental attribution error, a well-studied phenomenon of human psychology: individuals are more likely to explain their own actions by their environment, yet they attribute the actions of others to 'innate characteristics', thus leading towards judging others while justifying ones' own actions.

Hypocrisy is a relative term, and its meaning depends on ones' moral beliefs. For instance, moral relativists often see moral absolutists as hypocrites when they follow the detail of certain prescribed moral codes while neglecting to follow the underlying ideas behind these moral codes. Similarly, absolutists view relative morality as inherently hypocritical because the rules are not always to be adhered to absolutely.

:: Berpesan-pesan akan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran ::

Wawancara Bersama Syeikh Yusuf al-Qaradawi...

Oleh Us. Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi


MEMBANTU HIZBULLAH
ADALAH WAJIB MENURUT SYARA'
SYABAS BANGSA ARAB !


Kaherah - 27 Julai 2006 Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi menegaskan bahawa penentangan rakyat Lubnan ( al-muqawamah al-Lubnaniyyah ) terhadap Israel adalah jihad menurut syarak. Ia merupakan bentuk penentangan paling mulia di atas muka bumi ini bersama-sama dengan penentangan saudara-saudara mereka di Palestin.


Beliau juga menegaskan bahawa Syiah adalah sebahagian daripada Umat Islam dan setiap muslim 'wajib' membantu dan membela 'penentangan' terhadap musuh iaitu Israel.

Kenyataan ini dibuat oleh beliau ketika diwawancara oleh akhbar Mesir 'al-Wafd' pada hari Khamis 27 Julai 2006. Melalui wawancara tersebut, beliau mengalu-alukan pendirian dan sikap yang ditunjukkan oleh bangsa Arab tetapi dalam masa yang sama mengutuk sikap dan pendirian para pemerintah dan penguasa Arab yang mengkritik penentangan yang dilakukan terhadap Israel.

al-Qaradawi juga menegaskan bahawa 'kebangkitan' adalah sesuatu paling mulia yang dimiliki oleh umat Islam sama ada di Palestin atau Lubnan.

Meskipun ia dilakukan oleh puak Syiah, namun ia tidak menjejaskan kebangkitan yang dilakukan oleh rakyat Lubnan itu, kerana Syiah adalah sebahagian daripada Umat Islam, mereka juga mengucap La ilaha illallah, mereka banyak serupa dengan kita dalam banyak perkara prinsip dan pokok, meskipun mereka berselisih dengan kita dalam beberapa perkara cabang.

Namun beliau juga berkata: "Meskipun demikian, saya berkewajipan mengutarakan beberapa nasihat kepada mereka. Saya tidak bersetuju terhadap sikap fanatik puak Syiah di Iraq.

Saya menyeru agar mereka tidak menggunakan keganasan terhadap saudara-saudara mereka dari kalangan ahli sunnah dan menentang sebarang penyembelihan yang sedang berlaku yang hanya menguntungkan pihak penjajah Amerika dan regim Zionis."

al-Qaradawi juga mengalu-alukan sejarah penentangan rakyat Lubnan yang mampu membersihkan bumi Islam daripada kekotoran Israel. Hanya tinggal kebun Shib'a yang akan mereka bebaskan tidak lama lagi, insya Allah. Beliau juga menganggap antara kebanggaan yang dicapai oleh penentangan rakyat Lubnan ialah kejayaan mereka menawan beberapa orang tentera Israel yang sebelum ini hanya kita sahaja yang menjadi tawanan mereka.

Di dalam penjara Israel hari ini terdapat ribuan umat Islam dikurung. Kejadian ini menyebabkan mereka terkejut dan ingin membalas dendam.

Berikut adalah teks penuh wawancara tersebut:

Soalan: Bagaimanakah keadaan ummat selepas tindakan ganas terhadap Lubnan?
al-Qaradawi: Keadaan ummat kita adalah sebagaimana keadaan sedia ada pada hari ini iaitu dalam keadaan kekeringan dan kehinaan. Hanya satu perkara sahaja yang menunjukkan ummat ini masih hidup dan hati mereka masih mempunyai hubungan dengan kehidupan ialah penentangan yang kita dapat lihat di Palestin dan Lubnan. Selain dari itu, tiada apa-apa yang menggembirakan. Menyerah sahaja terhadap apa yang berlaku telah menjadi darah daging mereka terutama di kalangan para pimpinan kerajaan-kerajaan Arab.

Soalan: Apakah faktor yang menyebabkan ummat Islam mengalami kehinaan sedemikian rupa?
al-Qaradawi: Kerajaan-kerajaan Arab bertindak berdasarkan pegangan mereka terhadap beberapa perkara seolah-olah perkara itu adalah suatu yang tetap kekal, tidak lagi boleh berubah, atau mereka ingin menanamnya ke dalam kepala orang ramai.

Antaranya ialah mereka berpegang bahawa Israel mempunyai kekuatan yang tidak mungkin boleh diatasi dan ditentang sama sekali. Oleh itu, kita hendaklah mengelak daripada bertembung dengannya.
Dalam keadaan ini, kerajaan-kerajaan Arab menganggap penentangan yang dilakukan oleh HAMAS, Shuhada' al-Aqsa dan Solahuddin di Palestin, serta Hizbullah di Lubnan sebagai tindakan penuh bahaya dan tidak membawa apa-apa faedah serta menjerumuskan mereka ke kancah pertentangan terbuka dengan pihak Israel.
Mereka bercakap tentang Israel seolah-olah Israel memiliki kekuatan yang tidak mungkin dikalahkan sebagaimana dikatakan tentang tentera Tatar dahulu. Dikatakan dahulu: "Jika dikatakan kepada anda bahawa Tatar telah kalah, janganlah percaya."

Itulah yang berlaku dan dengan sebab kelemahan yang ada pada kita, mereka berjaya mengalahkan kota Baghdad, memusnahkan tamadun Islam di sana dan membunuh sejuta orang Islam. Sehinggalah Allah mengurniakan kepada ummat ini seorang pahlawan beriman iaitu Saifuddin Qutz yang berjaya mengalahkan mereka dan mendustakan kepercayaan tadi. Selepas itu, tentera Tatar tidak lagi berdaya melakukan apa-apa.

Soalan: Apa lagi perkara-perkara yang ingin mereka tanam dalam kepala umat Islam?
al-Qaradawi: Antara perkara yang mereka ingin tanamkan ke dalam kepala umat Islam, tidak kira golongan berpendidikan, para pemerintah mahu pun rakyat ialah bahawa apa sahaja yang diinginkan oleh Amerika pasti akan berlaku, seolah-olah Amerika adalah tuhan alam ini yang tidak boleh dipersoalkan tentang apa yang ia lakukan.

Beliau menambah: Umat Islam masih lagi alpa meskipun perancangan jelas yang dipimpin oleh Amerika bagi merubah peta rantau Arab bermula dengan menamakannya sebagai Timur Tengah yang baru. Berdasarkannya, Amerika bertindak sebagaimana seorang tuan bertindak terhadap hambanya, atau sebagaimana seorang pemilik bertindak terhadap barang-barang milikannya. Ganjilnya, kita tidak mampu menentang.

Amerika Syarikat mahu rantau ini berubah dengan Israel menjadi satu-satunya kuasa yang mencengkam dan boleh memaksa agar segala kehendaknya terlaksana terhadap semua negara Arab. Sesiapa yang tidak percaya terhadap hakikat ini, dia hendaklah melihat kembali kepada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku.
Seluruh dunia menyeru agar genjata senjata segera dilakukan, namun Amerika adalah satu-satunya negara yang menentang dengan menyeru agar peluang diberikan bermatlamat untuk merubah hakikat realiti yang sedang berlaku.

Bahkan lawatan yang dilakukan oleh Setiausaha Luar Amerika, Condoliza Rice lewat dilakukan bertujuan memberikan peluang kepada Israel untuk menyempurnakan perancangannya untuk memusnahkan semua prasarana kehidupan di Lubnan dengan meruntuhkan rumah-rumah, membunuh orang-orang yang tidak bersalah dan menyebabkan ribuan rakyat kehilangan tempat tinggal.
Inilah Amerika sebenarnya. Selagimana ia menjadi pemberi perintah dan larangan kepada negara kita, maka selama itulah kita akan tetap menjadi hambanya yang sentiasa patuh kepada segala perintah dan larangannya!
Soalan: Bagaimana pula sikap pemimpin-pemimpin Arab terhadap krisis ini?
al-Qaradawi: Kerajaan-kerajaan Arab tidak mempu bernafas dan bercakap apa-apa. Jika kerajaan-kerajaan ini berkata kami tidak bersedia untuk menghadapi apa-apa peperangan, maka apa lagi yang boleh kita harapkan daripada mereka? Mereka telah memberikan lampu hijau kepada Israel agar Israel berbuat apa sahaja terhadap kita dan akhirnya menundukkan rantau ini sepenuhnya.

Sehingga salah seorang pemimpin Arab pernah berkata: "Kita tidak mampu berhadapan dengan Israel." Seolah-olah mereka berkata kepada Israel: "Benamkanlah kepala kami ke dalam lumpur sebagaimana kamu inginkan! Musnahkanlah rumah-rumah kami! Cabulkanlah kehormatan kami! Bunuhlah kanak-kanak kami! Kami tidak mampu menghadapi kamu!" Adakah wujud di dunia ini seorang berakal yang berkata kepada musuhnya: "Aku tidak mampu menghadapi engkau?!"

Seorang manusia yang merdeka akan berkata kepada orang yang mahu membunuhnya: "Aku sanggup menghadapi kematian kerana mempertahankan kehormatanku." Kehinaan yang kita saksikan pada para pemimpin Arab hari ini adalah bercanggah dengan adat kebiasaan bangsa Arab. Mereka lupa dan melupakan kita kepada bait-bait syair yang kita hafal yang berbicara tentang kemuliaan Arab.

Di manakah syair yang diungkapkan oleh al-Mutanabbi:
Kemuliaan yang tinggi pasti beriringan dengannya kesakitan. Sehingga ditumpahkan darah di sekitarnya.

Di mana pula kata-kata Asy-Shawqi:
Bagi mencapai kemerdekaan, mesti melalui pintu merah. Kerana diketuk dengan tangan berlumuran darah.

Soalan: Apakah penyelesaiannya bagi menghadapi para pemimpin yang hanya mementingkan tampuk kekuasaan mereka?
al-Qaradawi: Keadaan pelik ini tidak mungkin akan berterusan. Mungkin ia akan berterusan buat sementara waktu, tetapi ia tidak mungkin berterusan selama-lamanya. Pada waktu ini kita dapati banyak bangsa telah bangkit menentang pemerintah mereka. Para pemimpin Arab juga tidak mungkin akan terus berkuasa selama-lamanya selagi mana mereka tidak berubah.

Jika ini juga tidak berlaku, maka logik mengatakan bahawa mana-mana pemimpin tidak akan berkekalan selama-lamanya. Bukti paling jelas ialah negara Kesatuan Soviet yang mencapai puncak kuasa yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana negara dan menjadi kuasa dunia kedua terbesar. Namun ia tetap runtuh hasil daripada masalah dalaman yang berlaku.
Ia juga sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Jika kamu berpaling, nescaya Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain."

Soalan: Bagaimana pula tentang 'kebangkitan' (al-muqawamah ) dan sikap rakyat terhadapnya? Apakah hukum syarak terhadap apa yang dilakukan oleh Hizbullah?

al-Qaradawi: Mana-mana negara dan mana-mana bangsa berhak untuk bangkit menentang penjajah. Dan sebagai orang Islam, kita wajib bangkit memberikan bantuan kepada saudara kita seIslam. Jumhur fuqahak Islam berkata mana-mana negeri yang dijajah oleh musuh, penduduknya wajib mempertahankannya dengan segala kemampuan yang ada.

Dalam keadaan ini, segala hak individu gugur dan diutamakan hak umum, jihad menjadi fardu ain. Seorang perempuan hendaklah keluar berjihad meskipun tanpa keizinan suaminya, seorang anak meskipun tanpa keizinan bapanya, seorang hamba meskipun tanpa keizinan tuannya, kerana hak umat Islam hendaklah diutamakan daripada hak individu.

Jika penduduk negeri itu tidak bertindak, maka jiran mereka hendaklah menyelamatkan mereka, kemudian jiran yang lebih jauh dan jiran yang lebih jauh, sehingga mencakupi ummat keseluruhannya. Sekarang kita semua berkewajipan bangkit mempertahankan Lubnan daripada serangan angkuh Israel yang memusnahkan sebuah negara hanya kerana tiga orang tenteranya yang ditawan.

Sebelum itu, seorang Arab pun tidak bergerak demi menyelamatkan hampir 10 ribu tahanan di dalam penjara Israel yang bongkak dan angkuh itu. Peribahasa ada mengatakan: Wahai Firaun! Apakah yang menyebabkan engkau bertindak zalim?" Dia menjawab: "Kerana tak aku temui seorang pun menghalangku!"

Soalan: Apa pandangan anda terhadap apa yang dilakukan oleh rakyat dan bangsa Arab serta kemarahan memuncak yang mereka tunjukkan?
al-Qaradawi: Umat Islam sedang berada dalam keadaan yang boleh diratapi. Satu-satunya perkara yang menyeksakan saya ialah kemarahan yang mereka tunjukkan di jalan-jalan raya. Mereka semua kepanasan menahan api kemarahan dan mereka mahu keluar berperang dan berjihad serta membalas dendam terhadap para pembunuh. Tetapi malangnya, mereka tidak mempunyai jalan untuk merealisasikan cita-cita mereka untuk berjihad.

Soalan: Apakah masalah yang menghalang umat Islam di negara-negara Arab untuk melaksanakan jihad?
al-Qaradawi: Masalah mereka ialah kerana mereka tidak mempunyai kebebasan. Jika benar negara kita mempunyai kebebasan, nescaya jutaan umat Islam bersedia untuk berjihad dan memberikan bantuan kepada semua bentuk penentangan di seluruh negara Arab dan Islam.

Soalan: Ada orang berkata 'kebangkitan' rakyat Lubnan adalah kebangkitan Syiah sedangkan majoriti kita adalah terdiri daripada ahlis sunnah?
al-Qaradawi: Kebangkitan adalah perkara paling mulia yang dimiliki oleh umat ini, sama ada di Palestin atau Lubnan. Meskipun ia dilakukan oleh puak Syiah, namun ia tidak menjejaskan kebangkitan yang dilakukan oleh rakyat Lubnan itu, selagi mana merekalah yang mengangkat senjata dan mengambil tanggungjawab untuk membersihkan bumi Islam daripada kekotoran Israel.

Sebelum ini mereka pernah menang, mengalahkan Yahudi dan yang hanya masih tinggal ialah Kebun Shib'a yang mereka akan bebaskan tidak lama lagi, insya Allah. Saya tidak membezakan antara Syiah dan Sunnah, meskipun Syiah berbeza dengan kita dalam beberapa perkara cabang. Mereka tetap terdiri daripada ahli La ilaha illallah.

Mereka mempunyai persamaan dengan kita dalam banyak perkara-perkara prinsip. Mereka bersama-sama dengan kita dalam lingkungan umat Islam, sebahagian yang tidak terpisah daripadanya.
Namun saya mempunyai kata-kata nasihat yang ingin saya sampaikan kepada mereka. Saya tidak bersetuju dan mengutuk sikap fanatik yang ditunjukkan oleh Syiah di Iraq. Saya menyeru agar mereka meninggalkan tindakan keganasan yang mereka lakukan terhadap saudara-saudara mereka dari kalangan ahlis sunnah. Mereka hendaklah menghalang daripada berlaku penyembelihan yang sedang berlaku, kerana ia hanya akan memberikan keuntungan kepada penjajah Amerika dan regim Zionis.

Soalan: Apakah yang menjadikan anda kagum terhadap 'kebangkitan' Lubnan pada masa lalu?
al-Qaradawi: Antara kebanggaan yang lakukan oleh penentangan Lubnan ialah buat pertama kalinya mereka berjaya menawan tentera Israel sedangkan sebelum ini Israellah yang menawan kita. Di dalam penjara-penjara Israel terdapat ribuan tawanan kita sedangkan tidak seorang pun yang kita tawan daripada mereka.
Oleh itu, Israel menjadi gila setelah tenteranya ditawan, sedangkan sebelum ini hanya Israel yang boleh menawan, membunuh dan memusnahkan. Seolah-olah hanya tentera mereka adalah manusia sedangkan tentera kita bukan manusia.

Kebangkitan Lubnan itu telah memberikan pengajaran yang menyakitkan kepada regim Israel dan membalas dendam demi mempertahankan kehormatan kita seluruhnya. Beliau seterusnya menambah: Antara kebanggaan yang dilakukan oleh 'kebangkitan' Lubnan juga ialah kemampuannya untuk melancarkan roketnya hingga ke dalam kawasan Israel sehingga menyebabkan mereka lari bertempiaran mencari tempat perlindungan.

Buat pertama kali, Israel mengaku kehilangan nyawa dan berlaku kecederaan hasil daripada pengeboman yang dilakukan oleh Hizbullah terhadap beberapa bandar di Israel sehingga menyebabkan kerugian yang ditaksirkan berjuta-juta dolar. Hanya orang yang tahu sahaja menyedari betapa besarnya kerugian yang dialami oleh Israel kerana ia berlaku pada masa kebiasaannya Israel dikunjungi oleh ramai pelancong yang memberikan keuntungan jutaan dolar kepada mereka.

Tetapi kini, para pelancong tidak lagi berani datang ke sana. Manakala kemalangan jiwa dan kecederaan yang berlaku pada pihak kita, maka kita mengatakan sebagaimana dikatakan oleh Rasulullah saw ketika Perang Uhud: "Orang-orang yang terbunuh di kalangan mereka di dalam neraka, tetapi orang-orang yang terbunuh di kalangan kita di dalam syurga.

" Kita berperang demi memperoleh dua ganjaran iaitu sama ada kemenangan atau mati syahid.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: "Jika kamu merasa sakit, mereka juga merasa sakit sebagaimana kamu merasainya, tetapi kamu berharap kepada Allah sedangkan mereka tidak."

'Kebangkitan' Lubnan berjaya menyebabkan kerugian besar kepada tentera terkuat yang di belakangnya terdapat Amerika dan sekalipun Israel berperang menggunakan senjata canggih Amerika, di samping sokongan Amerika dari sudut politik, ekonomi, ketenteraan dan senjata veto, tetapi Hizbullah berperang dengan kekuatan keimanan.

Soalan: Adakah anda melihat ada bibit-bibit kebaikan selepas umat Islam memperlihatkan kemarahan mereka terhadap tindakan serangan yang dilakukan oleh Israel?
al-Qaradawi: Dalam tempoh terdekat masih belum kelihatan bibit-bibit kebaikan itu. Namun dalam jangka masa panjang, berbekalkan kekuatan dalaman yang ada pada kita, kita dapati banyak terdapat bibit-bibit kebaikan itu. Umat Islam memiliki banyak perkara yang tidak boleh dipandang mudah. Dari sudut bilangan, mereka mencapai angka satu setengah bilion.

Dari sudut ekonomi, mereka memiliki minyak di samping bumi mereka adalah bumi yang mempunyai pelbagai jenis kekayaan. Mereka juga mempunyai pantai, lautan dan lembah yang indah. Di samping itu, kita juga memiliki kekuatan ruh terhadap risalah terakhir yang diturunkan Allah.

Kita juga memiliki al-Quran, dokumen ilahi yang tidak dimiliki oleh orang lain. Di samping itu, kita juga memiliki kekuatan tamadun. Kita adalah kawasan tamadun-tamadun kuno bertapak, tamadun Firaun di Mesir, tamadun Babylon di Iraq dan tamadun Parsi di Iran. Amerika pula hanya mempunyai umurnya yang berjumlah 2 ribu tahun sahaja. Kita juga merupakan tempat lahirnya semua risalah langit.

Soalan terakhir: Adakah semua ini sudah memadai bagi kita mencapai kemenangan dalam menghadapi segala perancangan musuh?
al-Qaradawi: Kita berkeyakinan bahawa kita berada di atas kebenaran sedangkan musuh kita berada di atas kebatilan. Sekalipun kebenaran itu menghadapi beberapa rintangan, tetapi ia pasti akan menang akhirnya.

Lihatlah kepada sejarah!

Golongan Salib telah datang ke Palestin dan mereka mendirikan tembok serta benteng, namun Allah swt menghantar beberapa orang pahlawan bagi orang-orang Islam yang dapat mengalahkan mereka dengan teruk. Hari-hari pasti akan bertukar ganti. Dalam kehidupan ini pasti sentiasa berlaku sunnah 'pertukaran ganti' itu.

Zaman terdapat dua hari. Satu hari bagi mereka, dan satu hari bagi kita, insya Allah. Ya Allah! Perlihatkanlah pada mereka bagi suatu hari (yang memenangkan kami terhadap mereka) dan goncangkanlah mereka. Ya Allah! Tolonglah penentangan yang gagah berani di Palestin, Lubnan dan setiap negara umat Islam.


Sumber:http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=4345&version=1&template_id=116&parent_id=114

Malam Jumaat sehingga malam Sabtu vol 2.1

Nak sambung sikit lagi, semalam punya tak habis cerita...

Masa aku hendak menghabiskan baki cerita ini, Yunus telah SMS mengajak aku untuk makan di Restoran Salam bersama dengan Fazali dan 3 orang adik baru kami yang akan kau rahsiakan nama mereka.

Hmm..Yunus, Yunus...memang dia bersungguh-sungguh semester ini untuk buat yang terbaik demi kolej kami. Mungkin terdetik perasaan yang sama seperti aku yang ingin melunaskan hutang kepada kolej yang pernah membentuk karektor-karektor baik yang aku miliki dan yang pentingnya bagaimana aku menjadi seorang ahli yang komited dengan Islam. Paling tidak pun aku telah kenal dan tidak akan memilih jalan selain jalan ini. Jalan yang aku pilih sekarang ini terlalu mahal harganya. Mungkin suatu hari nanti akan aku ceritakan kenapa.

Tetapi sebelum itu, aku menelefon Yunus terlebih dahulu bertanyakan lokasi restoran tersebut. Memang aku sebenarnya bukanlah ligat sangat kemana-mana tempat. Sengaja aku terhadkan pilihan yang aku kenal kerana tidak mahu melatih diri menjadi seorang yang banyak membuang masa untuk memilih lokasi makan dan bersembang lama-lama.

(Sambil mengumam juga didalam hati, bagaimana pula dengan si Safwan nanti? Aku memberitahunya dan terus mengambil kunci motor dan helmet. Kedengaran juga Safwan memesankan minuman sejuk untuknya. Tapi sengaja aku tidak endahkan. Aku dah tahu dia akan pergi keluar minum juga nanti)

Tempat sudah diketahui, perut pun dah lapar. Memang malam-malam sebegini aku sentias mencari makanan untuk mengalas lapar perut aku. Jika tidak, pasti aku tidak dapat tidur malamnya. Jenis gastrik macam inilah ragam hidup mereka. Aku sering dimarahi oleh kakak atau emak aku kerana suka keluar makan malam-malam. Tetapi mereka pun hendak kata apa, lainlah kalau aku di rumah parent. Memang pukul 2, 3 pagi ada saja makanan yang terceruk dekat dapur untuk aku santap. Emak aku memang arif sangat, tapi kerana bimbang seorang ibu tetap diluahkan walaupun perkataan yang diucapkan tidak tersusun mana.

Kami duduk semeja dan aku terus memesan Tom Yam ayam dan milo O panas. Sengaja aku pesan Tom Yam,bukan kerana ia makanan kegemaran aku. Cumanya dari stail restoran tersebut menampakkan selera yang paling tepat untuk aku mencuba rasanya. Sah! Kakak yang ambil pesanan cakap loghat Siam.

Kami berlima menghabiskan makanan kami sambil masing-masing menceritakan aktiviti seharian, at least sebagai pelengkap suasana makan kami. Sambil-sambil itu, sempat juga kami memberi komen mengenai filem Entrapment, lakonan Sean Connery dengan lokasi di KLCC. Dan kalau tidak silap aku, itulah penampilan Zeta Jones sebelum menjadi isteri kepada hero filem tersebut.

Pendekkan cerita, kami buat seperate bill dan balik. Yunus memandu Kancil dinaiki bersama oleh mereka yang lain. Manakala aku setia ditemani motor Kriss 100 kepunyaanku.

Sampai di rumah, mandi dan baca selembar al-Qur'an buat bekal tidur. Namun aku tetap sukar lelapkan mata dek kerana nyamuk yang banyak. Safwan pun tidak balik lagi. Pukul 12.40 Safwan sampai, dan kami sembang di ruangtamu. Aku lelapkan mata dan Safwan tidur di bilik sebelah.



Malam Jumaat sehingga malam Sabtu vol II


Semalam sebelum aku lelapkan mata, sempat juga aku melihat inbox; mesej-mesej yang dihantar oleh teman-temanku. Antaranya ialah mesej yang menyatakan permintaan sheikh Hasan Nasrallah supaya dibacakan Surah Al-Fath untuk dihadiahkan bacaannya buat pejuang-pejuang Islam di Lubnan. Serentak itu jugalah aku mendapatkan Al-Qur'an yang diletakkan dihujung kepala tempat tidurku. Tetapi aku tidak membacakan surah tersebut. Aku hanya membaca semuka al-qur'an buat bekal tidurku.

Subuh esoknya baru aku membacakan Surah Al-Fath sepertimana yang diminta. Entah kenapa, mata aku pada pagi ini sukar untuk dilelapkan. Tapi elok juga kerana pada pukul 8 pagi aku mesti ke kuliah Aljabar. Semester ini aku hanya mengambil satu paper sahaja. Kuliah aku hanya pada hari Rabu dan Jumaat. Hari Rabu pukul 2 hingga pukul 3 petang. Manakala hari ini, Jumaat pukul 8 hingga pukul 10 pagi. Tetapi yang bestnya hari Jumaat biasanya kuliah aku tamat sebelum pukul 9.30 pagi. Tapi yang tak bestnya hari ini aku kena kerja. Biasanya aku kerja setiap hari kecuali hari Rabu. Tapi hari ini aku kerja, kena ganti cuti aku tempoh hari. Aku minta cuti pada hari Rabu lepas kerana ada first test. Lagi tak best bila test tersebut ditunda ke minggu depan. Maksudnya, Jumaat minggu depan aku kena kerja lagi.

Aku terpaksa mulakan kerja hari ini dari pukul 10 pagi hingga 1 tengahari. Break sekejap untuk solat Jumaat. Nasiblah hari ini tiada demonstrasi anjuran mana-mana pihak. KAlau tidak tentu aku dah miss nak pergi untuk turut serta. Pukul 2.30 petang aku sambung balik kerja sampai pukul 3.30 petang. Kerja aku minima 4 jam sehari. Kalau aku diperlukan barulah waktu kerjanya ditambah. Tapi biasanya tiada hal seperti itu. Bos mana nak lebihkan bajet untuk dibayar kepada pekerja. Lagi save lagi bagus.

Lepas kerja, aku terus ke Magna untuk update blog mana yang patut dan check email. Entah kenapa pula aku pun sign in Yahoo Mesenger! Jadi aku pun bersembang sekejap dengan 2,3 orang kawan-kawan yang tengah online. Lebih kurang pukul 4.30 petang aku balik rumah, solat asar dan tidur sampai pukul 6.30 petang.

Kemudian, bangun tidur, mandi, keluar beli nasi lemak ayam goreng, pergi makan dekat Magna, pergi Jas Cafe; restoran sebelah sebelah beli ais kosong untuk hilangkan dahaga dan terus ke Bandar Bukit Puchong untuk mengajar home tuisyen 2 orang anak murid aku; Aiman dan Anas.

Aku berjemaah Maghrib di surau At-Toyyibah dan pada pukul 8 aku terus ke rumah anak murid aku. Kau mengajar dari pukul 8 hingga 10.15 malam. Itupun kami break sekejap solat Isyak di surau.

Habis mengajar, terus ke Magna sambung update blog aku yang lain. Speacial blog untuk langkah awal aku sebagai Jutawan Internet. (Harap-harapnya jadilah perancangan aku hendak jadi jutawan, Ameen). Memang aku selalu akan ke Magna pada waktu malam sekiranya tiada apa-apa yang lebih aula untuk aku lakukan. Selalunya juga aku dan Safwan akan ke Anjung untuk supper kami.

Menu biasa aku ialah nasi lemak dan Milo O panas. Manakala Safwan pula, roti canai kosong 2 dan teh tarik.

Okay, sampai disini dahulu. Sekarang aku hendak update blog aku yang that one special itu. Ilal liqa'.

Seeru 'ala barokatillah. Salam 'alaikum.

Persoalan hidupku yang makin berselirat



Baki semester pengajian yang tak sampai beberapa bulan membuatkan aku banyak memikirkan perkara-perkara yang akan lalui selepas tamat belajar. Sama seperti kita baru habis belajar darjah 6, tingkatan 5 atau matrikulasi, kita akan memeikrkan pula apa dan ke mana kita selepas ini.

Tapi kali ini, bukan soal-soal yang sama berulang menghantui. Tetapi lebih kepada persoalan hendak memenuhi tuntutan sebagai seorang anak, abang dan seorang Muslim yang komited. Namun yang paling menghantui ialah, keadaan diri yang semakin alpa lantaran dunia pra-pekerjaan yang menjadi rutin seharian hidupku sekarang.

Itu belum lagi hendak diambil kira soal tarbiyyah dan mujahadah yang perlu didisiplini. Kerana kurang menjaganya juga, sekarang ini aku seolah-olah hilang kekuatan untuk beraksi di medan dakwah. Bukan niat hendak menceritakan kelebihan diri sebelum ini.

Bahkan lebih teruk dari itu, aku juga jujur sebenarnya tidak mengambil pusing akan derita saudara seIslam di Palestine dan Lubnan. Apatah lagi untuk berdepan dengan karenah anak-anak usrah.

Tadi, aku baru balik dari home tuisyen. Mengajar di rumah seorang Dr. yang mengupah aku untuk mendidik 2 orang anaknya yang masih bersekolah. Seorang darjah 3 dan seorang lagi darjah 1. Apa yang membuatkan aku termenung panjang ialah, apabila memikirkan betapa sukarnya untuk aku melayan karenah mereka. Padahal mereka adalah anak kepada pasangan yang mendapat tarbiyyah dan fikrah Jemaah. Sepatutnya urusanku mendidik mereka tidaklah sesukar mana. (Harapnya aku membuat judgement yang betul)

Persoalan yang bermain sekarang ialah bagaimana aku nanti ? Bagaimana pula keluargaku ? Untuk menempuh muqaddimah ini pun aku sudah gagal. Apakah aku akan gagal ?

Mat Rempit yang merempit tengok REMPIT kat panggung, kita Mat Surau?

Hari ini (jika tidak silap) adalah hari pertama tayangan REMPIT di panggung. Sasaran (sesuai seperti pada nama filem) adalah pastinya kepada mereka yang meminati hal-hal yang berkaitan dengan Mat Rempit, aksi lasak merempit, life Mat Rempit, dan konflik dunia Mat Rempit.

Paling tidak pun mereka yang meminati sukan lasak permotoran akan terajak sama dan disederhanakan lagi dengan ulasan yang akan mengatakan bahawa filem REMPIT ini sesuai ditonton bersama-sama keluarga. Bawalah keluarga, anak-anak, kawan-kawan dan teman wanita ke panggung yang berdekatan!!!

Takpun ketika inilah juga bagi mereka yang memperjuangkan trend masa kini akan mengensot masuk berkongsi pandangan mengatakan tayangan filem ini adalah masa yang paling sesuai bagi rakyat Malaysia memahami Mat Rempit, mereka adalah insan biasa yang punya pendirian dan cita-cita untuk hidup berjaya seperti orang lain. Cuma hanya kerana mereka berpecut lasak, maka ada yang tersingkir dari urusan masyarakat. Maka kenapa harus ada hal sebegini?

Itu ceritanya hal Mat Rempit...Bagi Mat Surau pula, saat ini kita tidak seperti mereka. Mereka berjuang menjauhkan fitnah dari mereka. Kita yang sering dicop Mat Surau ini pula hanya memilih cara mendiamkan diri. Bukan kita perlu merusuh atau menunjuk perasaan kepada dunia umum. Hal seperti ini tidak perlukan pendekatan yang sebegitu.

Cumanya apabila kita bersikap sedemikian, maka lama-kelamaan akan kedapatan dikalangan yang makin jauh dari surau. Begitu pedih barangkali bagi mereka ini untuk dicop sebagai Mat Surau hingga kelukaan itu tidak berubat dan mematikan semangat kental untuk merek bersurau (ke surau dan bergiat di dalam aktiviti mengimmarahkannya).

Tanyakan kepada dunia, dan beri jawapan itu kepada kita. Kita di pihak yang benar, dan kita tidak menyakitkan ahli dunia yang lainnya.

Bukan seperti berempit (kekadang ada yang kemalangan dan melibatkan orang lain yang tidak berkenaan atau orang yang tidak berdosa.

Bukankah itu meyakitkan ? Itupun masih tidak dianggap penyakit masyarakat.

Kita bersurau (dan kekadang ada yang kita libatkan atau hanya kita sendirian berdoa). Bahkan kita ini golongan yang menghadirkan kerahmatan Allah(selagimana ada yang memakmurkan rumah Allah).

Adakah itu menyakitkan? Langsung dianggap kita sebagai pemecah belah perpaduan. Kerana mengajak orang lain lari meninggalkan kelompok besar yang sibukkan hal-hal dunia.

Perjawaban itu mesti diucap dan ditindakkan oleh kita, Mat Surau yang menyempit ke litar perhambaan-Nya..

Berat sebenarnya tanggungjawab Dato' K...

Hari yang dinantikan bakal 'bride of the year' makin hampir, Siti dan Dato' K kian gelisah menantikan saat-saat perkahwinan mereka. Biar apapun yang merintangi perjalanan kisah cinta ini, terpalit suatu persoalan yang melingkar dan mungkin tidak akan mudah untuk diterima oleh peminat-peminat Siti terutamanya dari kalangan peminat lelaki.

Jika berat perassan hati mereka melihat puteri sanjungan di petik orang, berat lagi perasaan yang menghantui Dato' K dan yang pastinya tanggungjawab yang dipikul olehnya juga pasti amat berat.

Setelah gagal di dalam perkahwinan yang sebelumnya, Dato ' K masih punya perasaan dan membenarkan fitrah hidupnya sebagai lelaki yang memerlukan seorang teman dari kalangan Hawa. Namun hanya kerana ingin mengahwini Siti, mahar yang dibayar bukan sedikit.

Tanggungjawab seorang suami akan dibacakan oleh Tuan Qadhi di saat sebelum di aqadkan nikahnya si fulanah binti si fulan berwalikan daku... Sebelum itu Dato' K akan ditanya akan kesanggupan menikahi Siti sebagai pilihannya. Mungkin bagi orang seperti Dato' K yang pernah berkahwin sebelum ini memaklumi akan perkara ini. Hanya kerana tsunami kecil yang melanda ikatan pernikahan bersama isteri pertama sebelum ini telah membuatkan kapal yang tenang berlayar tidak dapat di kawal lagi arah layarannya dan masing-masing pergi membawa arah laluan yang lain.

Namun kali ini, ingatan sebelumnya pasti menjadi pedoman bagi bakal kedua mempelai. Cabaran Dato' K pasti lebih besar kerana mengahwini puteri Gunung Tahan yang selama ini menjadi milik ribuan peminat yang memuja Siti. Sedang Siti pula hanya wajib memuja si suami yang akan setia mendampinginya. Bukan alang-kepalang cabaran kehidupan, tetapi tidak sukar untuk direntasi. Hanya jika kita memilih dan telah memilih arah TUJU kita.

Moga abadi berabad...

Demam selsema

Angin monsun sumatera yang bertiup saban tahun tidak lari dari aturan alam yang termaktub dalam Sunnatullah. Setiap kali itulah juga saya akan demam pada setiap kali bulan ogos; bulan monsun sumatera.

Hidung saya merah seperti clown circus dan kadang-kadang terasa sukar untuk bernafas. Pagi tadi nak ke klinik panel syarikat, tapi tak jadi. Nak pergi Pusat Kesihatan UPM, hari ahad dah tentu cuti.

Dalam mengelamun pulang dari Putrajaya selepas mengambil kakak saya dari stesen LRT Sungai Besi, saya masih lagi sempat teringat pesanan junior seminggu yang lepas. Katanya dalam musim perubahan cuaca yang sebegini hendaklah kiat memastikan pakaian yang dipakai tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Hal ini penting bagi memastikan suhu badan tetap kekal atau tidak mengalami perubahan yang ketara. Jika tidak akibatnya nanti kita boleh jatuh demam.

Juga diingatkan supaya banyakkan minum air. Ini kerana badan kita yang menampung sebanyak lebih kurang 75% air akan dapat dikekalkan suhu badan. Kalau badan panas, air dalam badan tadi berupaya merendahkan suhu badan sebanyak 1 atau2 darjah celcius. Suhu badan kita juga akan dialir keluar bersama air kecil.

Sekarang ni (pukul 11.30 malam, juga kalau tak silap konsert fantasia mawi lagi setengah jam nak habis) terasa sangat badan semakin tak sedap, mana tidaknya rupa-rupanya saya terlupa membawa jaket yang sentiasa setia menemani saya. Saya kesejukan menaiki motor sendirian pulang.

Sesambil tu teringat gak lirik lagu yang dimainkan masa faizal hussein dalam perjalanan dan kemudiannya dia terserempak dengan kejadian kemalangan yang turut melibatkan ayah makwenya. Masa tu rosyam noor (sepupu faizal hussein) baru start jadi pelakon tambahan je. Ada sekali tu dia tak puas hati dengan geng jahat, last-last dia lak kena pukul (masa tu tak jadi hero malayisa no 1 lagi). Antara lirik lagu yang terngiang-ngiang....

"Ku jejak jalanan berliku, di dalam memburu CINTA suci..."

Alahai...

dulu Gila-gila Remaja, kemudian KL Menjerit...akan datang Rempit...

Upps..dah mengelamun jauh ni...lagha, lagha. Lagi lagha pergi tengok cerita Rempit kat panggung yang bermula hari ini...


Moral cerita ni...
1. Jaga kesihatan, kesiahatn yang bai adalah aset untuk kita bekerja dengan lebih kuat dan teku apatah lagi untuk berdakwah.
2. Sakit adalah kaffarah dosa kita.
3. Jangan tambah lagha lagi, insaf dan taubatlah segera (sebalik tujuan sakit itu)
4. Jangan penuhkan panggung atau tempat yang membenarkan percampuran antara lelaki-perempuan.

malam jumaat sehingga malam sabtu

Hari ini kami (ana dan Ghafil) pergi ke kolam air panas Hulu Langat. Seperti yang dijanjikan ana mengambilnya tepat jam 12.50 di tempat parking motor k10.

';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';'

" Esok kita pi kolam air panah Fil !, kawe amik demo mace biasa. Boring ar..biasa Jumaat ada demo, sok xdop gapo nak buat. Lagumano kita?"

" Ok! mace skale ek sheikh. '' balas Ghafil.

" Pah jange lupo, jersey tu kawe tolak ghegho modal dah tuh.. Pandai-pandai demo lah nak jual lagumano pun. Kawe nak perabih stok jah ni."

" Kalu nge gu-gu kito jual muroh sket ek.."

" Ok la, kawe nak pi amik baju kawe. Duk tengah kering dah tadi. Sudoh doh bokalinyo. Dadih ado lagi Fil? "

" Ade, kat tingkat 4 wing ssane.. tengok ar. Perabih dakpe." Ghafil membals pertanyaan

" Ni duit dadih, nanti bui ke Indra " kata Ghafil sambil mencampakkan bekas dadih kosong yang berisi duit tertulis dan sekeping note bertulis RM72.80.

" Pergh..ok gak bisnes dadih Indra nih.." getus hati kawe

';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';'

Esoknya, pagi-pagi lagi bangun untuk ke Surau Al-Furqan bagi menyempatkan diri bersama-sama jemaah disitu. Subuh pagi Jumaat speacial sikit. Kalau orang yang dah kawin lak, malam Jumaat tu lagi dah jadi sesuatu yang sangat speacial dah.

Opss..lari citer lak kita.

Tak seperti biasa, kawe balik selepas sebaik sahaja mengaminkan doa bersama-sama jemaah. Langsung ke rumah dan menuju ke bilik Suhaizi. Ingat nak berikan borang petisyen bantahan terhadap IFC, semalam dia sorang tak tandatangan.

Balik jer dari K10, tengok dia dah telebing tidur. Tapi sayang, form tu dah tak tahu kawe letak kat mana.

" Ji, demo bui no IC nge nama penuh demi, kawe nak tandatangan petisyen online ke deme."

Suhaizi diam.

';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';'

Pukul 7.30 pagi, Amirudin yang masih lagi dengan baju Melayu dan kain pelikat dah bersedia nak goreng nasi.

Kawe lak nak bersiap ke kelas. Begitulah rutin hari Jumaat, pagi pukul 8 hingga pukul 10 ada kelas Aljabar. Satu-satunya subjek yang masih tak ambil dan sebab mengapa kawe masih tak boleh bergraduat.

Jam dah hampir pukul 7.50 pagi, kawe terus menunggang WND 7065 kawe sebaik sahaja menyarung helmet. Macam baru lagi. Ye lah, baru basuh lepas Subuh tadi.. (Sayang motor sheikh..)

Kawe parking motor depan cyber cafe Magna Orange dan jalan kaki ke DK3 melalui gate berhampiran Fakulti Lam Sekitar.

Kelas baru nak bermula dan tamat pada jam 9.40 pagi. Pelajaran seperti biasa, matematik yang kawe pernah belajar semasa matrik dulu. Lagi satu..FIRST TEST pada hari pertama minggu ke 6. 3 soalan, 1 soalan setiap topik. Soalan dari tutorial 1 hingga tutorial 3. (Score kali ni...nak dapat 3 pointer lagi kali ni..)

Dan semasa dalam kelas tu juga, ana dapat sms dari Suhaizi minta diturunkan petisyen online untuknya.

';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';'

Habis kelas, pegi Magna Jas Cafe (check email, petisyen IFC dan update blog), balik rumah, makan nasi goreng Amir dan tidur sekejap.

Pukul 12.30 bangkit tidur dan mandi. Lepas bersiap terus ambil Ghafil kat K10.

Kami berJumaat di Masjid Cheras. Tajuk khutbah ialah mengenai Syirik dan bahananya.

Antara isi kandungannya ialah, syirik terbagi 2. Pertama ialah menyamakan Allah dengan sesuatu atau menayamakan sesuatu dengan Allah. Kedua, kurang yakin dan berasa ada pergantungan lain yang boleh memberi manfaat atau mudarat.

Lepas tu, kami singgah sekejap dekat gerai jual tau fu fah. Kami beli tau fu fah 1 (last one) dan air sebungkus.

Jam 2.30 petang kami terus memecut ke tempa yang dituju dari tadi.


';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';'

Semasa di olam air panas tak banyak kami boleh lakukan. Hari panas dan nak mandi air panas. Kami mandi-manda dan masak telur rebus menggunakan air panas da kolam tersebut.

Kami ditemani oleh senuah keluarga yang datang dari Kajang. Dari perbualan kawe dapati 'abang' ni kerja sebagai pemantau di Kementerian (official SB ni..jangan main-main).Dulunya dia seorang askar. Kesemua dari ayahnya, adik-beradiknya dan anak buahnya masuk tentera. Anak perempuannya yang berumur 11 tahun pun begitu berminat nak masuk tentera. Katanya dia nak hantar masuk maktab tentera.

Perbualan kami berlanjutan, tambah bila kawe menceritakan bahawa ayah kawe pun army juga. Kebetulan pula sam unit dengan adik dia. Tapi adik dia kedua kanan dari panglima. Pangkat Dato' Bintara lagi..


';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';';'

Ghafil masih mandi dan kawe dah bersiap nak balik. Pukul 4.10 kaami balik, tapi sebelum tu singgah sekejap di warung berdekatan pekena air nak sejukkan tekak. Pukul 4.30 kami balik, nak sampai rumah pukul 5 dan puklu 5.30 ada kelas intensif bahasa arab 1 di Pusat Islam.

Pukul 4.55 sampai rumah. Pukul 5.05 solat asar ngan Ghafil. Pukul 5.30 pergi kedai nak amik stok baru (cancel pi kelas bahasa arab). Pukul 5.40 check email kat Magna Orange. Pukul 6.00 balik dan tidur sekejap.

Lepas maghrib pergi Magna Jas Cafe pula dan sampai sekarang kawe masih terus depan pc dan kawe akhiri dengan Wau Sin Sabdu atas Was, Sin atas Sa, Lam Alif ats La, Mim depan Mu... WASSALAMU..

Sila komen cara saya....

Minggu lepas masih panas isu Lina Joy diperkatakan. Ketika minggu itulah juga ana rajin memforwardkan email-email yang memenuhi mailing list grup FORKAD yang ana join. Antaranya ana forwardkan email-email tersebut ke grup alumnisaina; grup yang menghimpunkan alumni sekolah ana dulu.

Sebelum melanjutkan cerita, suka ana nak describe akan duduk-sebenar ana dan watak-watak yang terlibat. Grup ini mengumpulkan alumni SMSPS bermula generasi pertama, iaitu SPM 97 dan sehingga sekarang. Manakala ana pula adalah generasi ke-3. Jadi, 2 generasi pertama adalah abang-abang dan akak-akak yang saya kenal dan kagum semua. Generasi selepas saya pula adalah generasi adik-adik saya.

Sungguh banyak kenangan yang kami titip bersama; ini kerana kami didormkan bersama-sama tidak mengira tingkatan pengajian. Berbeza dengan 2 batch yang pertama (form 4 tahun 96 dan form 1 tahun 96). Mereka dari awal sekolah dibuka hingga tamat tingkatan masing-masing, samada SPM 97 atau PMR 98.

Base on fakta tersebut dua batch ini ada kelebihan dari segi lama tinggal di sekolah itu. Kira macam anak sulung. Tambahan pula mereka ini didormkan sesama mereka sahaja, sehinggakan kami yang senior (umur) ini pun rasa kaget untuk menyinggah ke dorm mereka.

Walaupun kami dari segi pencapaian akademik kami adalah generasi yang mampu mempertahankan kecemerlangan sekolah dan tidak seperti generasi selepas kami. Kami juga merupakan batch yang tidak memberi masalah kepada guru-guru kami dan abang-abang yang melayan juinor kami dengan baik.

Sepanjang 2 tahun ana di sana, keakraban antara adik-abang mula terbentuk. Dorm yang kami tinggal adalah rumah kami dan pelbagai aktiviti telah kami lakukan bersama. Pada pendaftaran pelajar baru tahun 99, kami mendapat adik baru dari kalangan tingkatan 1 dan ada di antara mereka yang ditempatkan bersama kami.

Antaranya pasangan kembar genius (Hazwan dan Hazman). Mereka orang KL tapi keluarga asal Kelantan. Sangat baik dan sopan, sejuk hati kami dapat adik-adik yang macam ni.

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+

Ok...

Ceritanya adalah mengenai email yang ana forwardkan tadi tu...selang tak sampai sehari mulalah ramai yang reply, yang kesemuanya tidak bersetuju dengan tindakan an firwardkan email0email sebegitu. Adapun rasional yang diberikan, grup tersebut bukannya tempat untuk menyebarkan ideologi, hasutan, bisnes MLM dsb. Grup itu hanya untuk berkongsi berita mengenai sekolah dan perkembangan masing-masing.

Tidak kurang juga yang menghentam dengan bahasa yang kasar.

Ana terkejut dengan pelbagai respon yang diberikan melalui email yang bersubject mesage-message forward dan di reply sebanyak 6 atau 7 orang. Ana mendiamkan diri seketika, cuba mencari jejak dan mencipta ruang untuk sedikit bernafas. Ada benarnya juga tindakan mereka. Ana telah melakukan sesuatu yang tidak disertakan pendekatan yang berhikmah. Tapi itupun email yang ana forwardkan, bukan yang ana tulis sendiri.

2 hari kemudian ana forwardkan email yang berkaitan penderitaan yang dihadapi oleh Umat Islam Palestine, itupun masih ada senior yang kata tindakan ana sangat tidak bertepatan masa dan tempatnya. (bagi ana senior itu terlepas kata kerana masih marah akan isu Lina Joy yang ana forardkan sebelumnya)

Sekali lagi ana mendiamkan diri (tidak forward atau post apa-apa) dan 2 hari kemudiannya ana poskan email di bawah.

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+

Assalamualaikum WBT... dan Selamat Sejahtera semua,

Pertama-tamanya saya nak minta maaf atas email yang diforwardkan / dipostkan 2,3 hari yang lalu.

Sepanjang hari ini saya bekerja dan waktu bekerja saya tamat jam 5.00 petang. Sesampai di depan rumah sewa saya, ada seekor kambing yang dipelihara oleh jiran sebelah berlari-lari anak ke hulu dan ke hilir. Setiap orang yang melalui jalan di depan rumah saya, pasti akan dikejar oleh kambing tersebut. Kambing tersebut juga selalu memakan daun/pokok jiran-jiran yang lain. Juga kedengaran rungutan jiran-jiran mengenai kotoran (air besar dan air kecil atau kalau Ustazah Habsah mau dikata najis pertengahan) yang diakibatkan oleh kambing tersebut.

Kebetulan semasa saya baru sampai di depan pintu pagar rumah (rumah sewa tadi), kambing tersebut sedang melorong ingin memasuki kawasan rumah sewa saya; lantaran keaalpaan saya dan housemate yang lain. Saya (yang juga berpengalaman memelihara kambing), sangat maklum akan perihal kambing. Apa yang saya takutkan ialah, sekiranya kambing tersebut menajisi* kawasan rumah saya.

Dan ketika itulah juga saya teringat peristiwa mesage-mesage forward kebelakangan ini.

Kenapa ?

1. Tindakan saya sebelum ini bolehlah diibaratkan seperti Tuan Punya kambing yang membiarkan kambingnya berkeliaran (tidak mengawal pergerakan kambing peliharaannya).

2. Manakala tindakan saya (dan housemate saya tadi) yang membiarkan pintu pagar terbuka, adalah boleh dianggap sebagai kecuaian diri sendiri.

3. Sekiranya kambing itu masuk ke kawasan rumah saya? Jawapannya ialah pihak 1 dan pihak 2 sebenarnya mempunyai peranan dan fungsi masing.

4. Adalah tidak wajar pihak 2 memarahi pihak 1, apatah lagi sekiranya pihak 1 pula yang hendak memarahi pihak 2 (dahlah lepaskan kambing, nak marah orang pulak).

Sekian, bukan sekain (sekadar ingatan).

Maaf atas segalanya.

Bersabar dan bersolatlah.

Salam 'alaikum dan Selamat Sejahtera kembali.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*menajisi : perihal kambing tersebut yang membuang najis. Adapun najis kambing itu banyak, bulat-bulat dan berterabur.

Juga boleh diumpamakan tindakan mengotorkan sesuatu tempat dengan sesuatu yang orang tidak suka (barangkali), unpleasent things

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+

Selang 2 hari kemudian ana sign in email untuk melihat email yang ana poskan. Tetapi kali ini, email yang ana pos telah dibanned dan ana hanya menerima lambakan message digest number # iaitu sistem yang membolehkan ana menerima email secara bundle oleh ahli-ahli yang lain. Sayang sekali hasrat ana nak minta maaf tidak kesampaian dan sedikit pesanan yang ana kira sangat berlembut bukna setakat tak didengari, malah disekat terus oleh moderator grup, iaitu geng-geng 2 batch awal yang ana sebut tadi.

Sehingga ke hari ini ana masih dibanned sedangkan email-email reply yang ditujukan kepada ana masih sampai ke inbox ana. Ini membuatkan ana merasa sedih yang berganda. Sehinggalah ana terbaca email yang diforwardkan oleh Hazwan; email lanjutan mengenai kes Lina Joy yang juga diforwardkan dari grup FORKAD; .

Langsung ana memanjangkan email ana kepada si junior ini...

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+

AssASsalamualaikum WBT...
Lama x jumpa Hazwan..kalau x silap kembar yang duk satu dorm ngan ana (saya) dulu. Sorang Hazman, sorang Hazwan..

Actually skang ni ana kira macam berdukacite sket ler..

Pasal?

Email ana di reject lepas insiden ana forwadkan email2 dri grup FORKAD tentang isu lina joy...


Berikut adalah email ana...tujuannya nak minta maaf...tapi itupun disekat....
maybe ana punya keahlian pun dah disekat.

Berikut (email ana post petang tadi):


Assalamualaikum WBT... dan Selamat Sejahtera semua,

Pertama-tamanya saya nak minta maaf atas email yang diforwardkan / dipostkan 2,3 hari yang lalu.

Sepanjang hari ini saya bekerja dan waktu bekerja saya tamat jam 5.00 petang. Sesampai di depan rumah sewa saya, ada seekor kambing yang dipelihara oleh jiran sebelah berlari-lari anak ke hulu dan ke hilir. Setiap orang yang melalui jalan di depan rumah saya, pasti akan dikejar oleh kambing tersebut. Kambing tersebut juga selalu memakan daun/pokok jiran-jiran yang lain. Juga kedengaran rungutan jiran-jiran mengenai kotoran (air besar dan air kecil atau kalau Ustazah Habsah mau dikata najis pertengahan) yang diakibatkan oleh kambing tersebut.

Kebetulan semasa saya baru sampai di depan pintu pagar rumah (rumah sewa tadi), kambing tersebut sedang melorong ingin memasuki kawasan rumah sewa saya; lantaran keaalpaan saya dan housemate yang lain. Saya (yang juga berpengalaman memelihara kambing), sangat maklum akan perihal kambing. Apa yang saya takutkan ialah, sekiranya kambing tersebut menajisi* kawasan rumah saya.

Dan ketika itulah juga saya teringat peristiwa mesage-mesage forward kebelakangan ini.

Kenapa ?

1. Tindakan saya sebelum ini bolehlah diibaratkan seperti Tuan Punya kambing yang membiarkan kambingnya berkeliaran (tidak mengawal pergerakan kambing peliharaannya).

2. Manakala tindakan saya (dan housemate saya tadi) yang membiarkan pintu pagar terbuka, adalah boleh dianggap sebagai kecuaian diri sendiri.

3. Sekiranya kambing itu masuk ke kawasan rumah saya? Jawapannya ialah pihak 1 dan pihak 2 sebenarnya mempunyai peranan dan fungsi masing.

4. Adalah tidak wajar pihak 2 memarahi pihak 1, apatah lagi sekiranya pihak 1 pula yang hendak memarahi pihak 2 (dahlah lepaskan kambing, nak marah orang pulak).

Sekian, bukan sekain (sekadar ingatan).

Maaf atas segalanya.

Bersabar dan bersolatlah.

Salam 'alaikum dan Selamat Sejahtera kembali.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*menajisi : perihal kambing tersebut yang membuang najis. Adapun najis kambing itu banyak, bulat-bulat dan berterabur.

Juga boleh diumpamakan tindakan mengotorkan sesuatu tempat dengan sesuatu yang orang tidak suka (barangkali), unpleasent things

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+

Macam mana ni ek??? Sila beri komen natum orang lak. Apa yang patut dan apa yang tak patut???


أحبك حبين, AKU CINTAKAN MU DUA KECINTAAN


أحبك حبين
AKU CINTAKAN MU DUA KECINTAAN

(Lagu ini adalah qasidah terkenal Rabiah al Adawiah berkisah tentang cinta Ilahi)

عرفت الهوى مذ عرفت هــواك * وأغلقت قلبى عمن عــداك
Aku mengenali cinta sejak aku mengenali cintaMU,
aku tutup hatiku untuk yang lain dariMU

وقمت أناجيك يا من تـــرى * خفايا القلوب ولســنا نراك
Aku bangun bermunajat kepada MU, wahai Yang Maha melihat,
yang tersembunyi dihati sedangkan kami tidak melihat ENGKAU

أحبك حبين.... حــب الهوى * وحبا لأنك أهــــل لذاك
Aku cintakan Mu kerana 2 kecintaan, cinta kerana cinta itu sendiri,
dan cinta kerana ENGKAU memang perlu dicintai.

فأما الذى هو حب الهـــوى * فشغلى بذكرك عمن سـواك
Cinta kerana cinta dalilnya
kesibukanku mengingatimu dari yang lain,

وأما الذى أنت أهــــل له * فكشفك لي الحجبَ حتى أراك
Dan adapun kerana engkau perlu dicintai,
kerana engkau membuka untuk halangan agar aku dapat melihat MU.

فلا الحمد فــى ذا ولا ذاك لي* ولـكن لك الحمد فى ذا وذاك
Segala pujian kerana cinta itu bukan untukku,
Tapi semuanya adalah untuk MU jua.

أحبك حبين .... حـب الهوى * وحبــــا لأنك أهل لذاك
Aku cintakan Mu kerana 2 kecintaan, cinta kerana cinta itu sendiri,
dan cinta kerana ENGKAU memang perlu dicintai.

وأشتاق شوقين .. شـوق النوى * وشوقا لقرب الحمى من حماك
Aku merinduiMU kerana dua kerinduan iaitu rindu berjauhan,
dan rindu kerana hampirnya kewasan MU (maksudnya hampir menemui tuhan)

فأما الذى هو شـوق النــوى * فمسرى الدموع لطول نواك
Manakala rindu berjauhan dalilnya alur airmataku kerana lama berjauhan denagn MU

وأما اشتياقى لـــقرب الحمى* فنار حياة خبــت فى ضياك
Manakala rindu menghampiri kawasanMU,
dalilnya cahaya hidup (ku) terpadam dalam cahayaMU

فلا الحمد فــى ذا ولا ذاك لي* ولـكن لك الحمد فى ذا وذاك
Segala pujian kerana cinta itu bukan untukku,
Tapi semuanya adalah untuk MU jua.

** Ini adalah syair tasawwuf yang agak sukar diterjemahkan. Harap betulkan kalu terdapat kesilapan
**Penterjemah : Wan Rusli