Ulamak??? atau Al-lamak!!!

..." dale Jemaah kito ni ada ramai ulama' dan ustak...walaupun mereka ini takdoklah belaja agamo banyok sangak, ttapi penghayate mereko tentang agamo lebih hebak dari setengoh-setengoh hok belaja agamo tinggi-tinggi"... antara kata-kata tok guru yang ana ingat ketika ditemuramah oleh wartawan.

Kenyataan beliau ini jugalah yang akhirnya diputarbelitkan oleh sesetengah pemimpin Jemaah Tahi Ayam yang buta mata-hati.

Kenyataan Tuk Guru yang singkat tapi padat ini terus memberi faham dan memberiMAHU kepada ana kepada maksud firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya mereka yang takutkan Allah dari kalangan hamba-Nya ialah ulama".

Ulama mengikut pengertian ayat ini mempunyai 2 kriteria; pertama ialah mereka yang alim tentang sesuatu perkara (AGAMA), dan keduanya mereka ini takutkan Allah (dan azabNya) lantaran dari ilmu pengetahuan mereka mengenai Kebesaran Allah dan (kepedihan azab-Nya.

Menurut ilmu Tasawwuf pula, mereka ini adalah hamba Allah yang telah mencapai tahap mengenal Allah.

Hari ini ramai manusia yang tidak mengenali Allah, sedangkan "Awal agama adalah mengenal Allah". tetapi persoalannya ialah mengapa terdapat segolongan manusia yang belajar agama tetapi tidak memiliki ciri-ciri yang demikian apatah lagi hendak menggelarkan mereka sebagai ulama dan mendampingi mereka?

Golongan ini apabila mendapat kerusi empuk langsung senyap dari melaksanakan amanah mereka. Benarlah sabda Nabi kita yang lebih kurang maknanya: " Janganlah kamu mendekati golongan penguasa, kerana takut kejahatan yang ada pada mereka ini akan berlegar disekelilingmu. Jika bukan kamu turut melakukan kejahatan tersebut, kamu akan mendapati dirimu bersubahat/berahsia mengenai kejahatan mereka."

Dari apa yang ana cuba sampaikan di sini, dapat disimpulkan beberapa perkara, iaitu:
1. Ulama itu mempunyai 2 ciri seperti yang ana nyatakan diatas.
2. Jangan kita mudah terpesona dengan orang yang kononnya berpendidikan tinggi di dalam agama. INGAT!!! Agama ini adalah milik kita semua...tiada ukuran pencapaian akademik yang tepat mengenainya. Amalan seseoranglah yang menentukannya. Iman itu pada pengakuan dan pengucapan, perkataan dan perbuatan. (Allahyarham HAMKA)
3. Senantiasa tingkatkan keimanan kita kepada darjat TAQWA.
4. Miliki-lah jiwa yang merdeka dengan menjauhi ikatan-ikatan yang boleh mengunci kita dari melaksanakan amanah Allah.

"Sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah orang-orang yang berTAQWA"

...:: Wau Sin Sabdu di atas WAS. Sin di atas SA, Lam Alif di atas LA, Mim di depan MU::...

0 comments: