Rumah kawe naik air...huaa!!!


Serdang, 20 Jun - Hujan lebat yang turun sekitar Serdang petang semalam telah menyebabkan rumah sewa Yadi dan housemate-housematenya dinaiki air kira-kira separas lutut. Hujan lebat yang turun itu menepati ramalan cuaca oleh kebanyakan orang tua yang tinggal di kawasan sekitar. Walaubagaimanapun kejadian banjir yang agal besar ini ternyata jauh dari telaghan mereka.

3 buah taman yang dikenal pasti banjir ialah Taman Kembangsari fasa1, Taman Sri Andalas dan Taman Serdang Jaya. Penduduk pada hari ini rata-rata tidak pergi bekerja pada hari ini kerana terpaksa membersihkan kediaman dan kawasan kediaman mereka.

Namun, 4 orang teruna yang mendiami rumah bernombor 37 sehingga kini masih belum kelihatan membersihkan rumah mereka. Kami cuba mendapatkan respon daripada mereka. Namun gagal dan sebaliknya kami diberitahu bahawa mereka akan berpindak ke rumah baru pada 26 Jun ini. -Al-Jihad-

0 comments: