Persahabatan ping-pong; K2 menang berganda


Serdang, 15 Jun- Berita kemenangan skuad ping-pong K2 semalam telah melonjakkan kegembiraan kepada ahli-ahlinya. Permainan yang berlanjutan selama 30 minit itu akhirnya berpihak kepada K2 selaku pasukan yang bersederhana dalam penampilan sulung mereka pada kejohanan yang berlangsung di PASTI Ainul Mardhiah. Mereka memenangi kedua-dua set berturut-turut meskipun setiap kali pada penghujung set keputusan ditentukan dengan kiraan baru selepas kedua-dua beregu mengheret permainan melalui penentuan dius.

Kemenangan mengalahkan pasukan ping-pong K12 itu ternyata memberikan tamparan hebat berikutan komentar-komentar pemerhati yang meletakkan harapan menggunung kepada mereka untuk mengekalkan kejuaraan. Namun disebalik skill-skil menarik yang mereka pamerkan ternyata tidak mampu menggugah K2 yang tenang menangkis serangan.

Wartawan buletin Al-Jihad mendapatkan komen mereka selepas perlawanan.

" Kami sama sekali tidak menyangka, gandingan mereka cukup bersahaja, dan yang paling memedihkan perasaan kami mereka tidak banyak mencipta peluang bahkan kamilah yang sering melakukan kesilapan. Mereka ternyata masih kekurangan skill yang baik namun nasib menyebelahi mereka", ujar Amin selaku ketua pasukan.

Kami juga cuba mendapatkan komen dari Iqbal, namun hampa dia terlalu sedih untuk berkongsi perasaannya ketika itu. Manakala Yunus selaku pemain utama K2 tampak ceria di atas kemenagan itu. " Ini adalah sesuatu yang tidak kami sangkakan. K12 terkenal dengan perlawanan ala rancak mereka dan sehingga kini tiada regu yang berjaya menewaskan mereka. tetapai kami mendapat kredit setiap kali mereka melakukan kesilapan. Namun apa yang pasti kami juga tidak mudah mengalah. Mungkin inilah rahsia kejayaan kami."

Kami cuba menjejak seorang lagi pemain K2 , namun hampa kerana kami diberitahu dia telah masuk bekerja di salah sebuah cyber cafe yang berdekatan. Gerangannya masih menjadi misteri sehingga kini. -Al-Jihad-

0 comments: