PERLIS DARUL SUNNAH?

PERLIS DARUL SUNNAH?
Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.


"Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah ayat 21)


S
emalam ketika membaca akhbar, dan ana terpaku seketika apabila membaca artikel yang berbunyi Perlis Darul Sunnah. Khabarnya tidak lama lagi, kerajaan negeri akan menukar gelaran Indera Kayangan yang selama ini digunapakai di belakang nama negeri, kepada nama baru yang berbunyi Perlis Darul Sunnah.

Menurut sumber kerajaan negeri, tindakan ini adalah kerana menyedari betapa gelaran Indera Kayangan membawa maksud khurafat, dan sebagai sebuah negeri yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (negeri Perlis tidak berpegang kepada mana-mana mazhab), maka adalah wajar gelaran Darul Sunnah digunapakai.

Bagi ana, ini adalah satu reaksi positif yang jelas dinanti-nantikan oleh majoriti umat Islam di negeri Perlis. Sekurang-kurangnya, penggunaan gelaran baru ini akan membawa makna yang positif dan mudah-mudahan, ianya juga akan membawa suatu perubahan yang positif kepada negeri di utara tanah air ini. Namun diharapkan gelaran baru ini bukan sekadar slogan atau kata-kata semata-mata tetapi pengisiannya juga mestilah relevan dengan gelaran negeri Sunnah.

Pendapat ana? Positif :) Anda?...

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

ni ana petik dari blog Akh Saiful Roni a.k.a www.anak2ikan.blogspot.com

1 comments:

Jong said...

salam,
macam lawak lah perlis darus sunnah.
cerminlah diri dulu.