Lekakah kita...tinggal tanda tanya


Seringkali akhir-akhir ini saya menerima SMS dari kawan yang ditulis di dalam bahasa Inggeris. Begitu juga saya mula gemar berSMS menggunakan bahasa Inggeris. Niat hati hendak menggunakan kesempatan belajar bahasa asing secara tak langsung dengan kawan-kawan. Semakin lama semakin terbiasa dengan hal seperti itu.

Suatu hari saya menerima SMS dari teman atas urusan kerja sambilan saya. Seperti biasa SMS tersebut juga menggunakan bahasa Inggeris. Tetapi yang membuatkan saya termenung seketika ialah apabila menyelami laras dan budaya bahasanya.

Saya mendapati, kebiasaannya apabila kita menggunakan bahasa kebangsaan kita ucapan salam tidak akan kita lupakan. Walaupun sering ditaip ringkas dan tidak kurang juga ramai yang masih mengekalkan ejaan yang panjang bagi ucapan salam tersebut. Walaupun isinya yang kemudian sukar dimengertikan kerana bahasa yang diringkaskan bagi memanfaatkan SMS yang ada.

Semudah itu kita terleka dan terlupa budaya (yang sebenarnya adalah syariat dan Izzah agama kita) apabila berSMS menggunakan bahasa Inggeris. Apa salahnya jika ucapan salam dikekalkan dan untuk ayat yang seterusnya kita gunakan bahasa Inggeris. Apakah semudah itu kita terlarut hanya kerana ingin memperkemaskan kemahiran bahasa Inggeris kita?

Tinggal tanda tanya ???...

0 comments: