LAPEN ; LAporan PENdek...bukan CERPEN vol 1.0

Yadi (bukan nama samaran) terjaga dari tidurnya. Alarm handsetnya telah berbunyi seawal subuh.

"Hhhuaahh..." Yadi mengumpul kekuatan untuk bangkit. Bangkit dan hanya mematikan alarm yang berbunyi. "Tidur sket lagi ek...sekejap je..." getus hatinya.

Begitulah rutin sehariannya sejak bekerja di Magna Square awal Jun yang lalu. Setiap malam dia akan closing cyber cafe milik Abang Din; bosnya.

Tiba-tiba Yadi bangkit lagi dan kali ini dia cepat-cepat mencapai handuk di pintu biliknya. Jam menunjukkan pukul 6.17 pagi. Dia hanya membersihkan diri dan mengambil wudhuk. Selesai berwudhuk Yadi mengejutkan Safwan yang masih belum terjaga.

" Safwan! bangun subuh sheikh."

"Pelik", Yadi mengeluh melihat Safwan tidak memberi apa-apa respon. "Selalunya dia yang kejutkan aku Subuh. Semalam tidur awal." Yadi keluar meninggalkan Safwan yang tidur dan membuka lampu untuk menerangkan bilik dengan harapan Safwan akan terjaga.

Yadi mengenakan kopiah dan turun ke tingkat bawah untuk bersolat.

(Seorang!)

Selesai solat dan berdoa Yadi langsung ke atas untuk mengejutkan 2 orang tetamunya yang datang dari Kelantan. Mereka merupakan petugas Jamaah yang melanjutkan pelajaran melalui Program Jarak Jauh (PJJ) di kampus hijau UPM.

"Pergi BA jap! Kalau diaorang tak de, mesti pegi kuliah Subuh kat Surau Hidayah", Yadi berkira-kira dalam hatinya sambil melangkah kaki menapak anak tangga ke tingkat atas ke biliknya

Sesampai di tingkat atas, Safwan dan 2 orang tetamu tersebut telah bangun dari tidur masing-masing.

"Hmm... dah bangun pun semua" Yadi berbisik.

Yadi pun menyarung jaket untuk meneruskan perancangannya ke BA. Hajatnya hendak berteman sahabat-sahabat ke kuliah Subuh. Kunci motor KRISS 100 yang masih berbaki 2 bulan bayaran terus diambilnya dari celahan buku-buku di atas almari plastik bajunya.

"Vroom....vromm" Yadi memanaskan enjin motornya seketika. Akhir-akhir ini, enjin motornya sering saja mudah mati. Pernah sekali enjin motornya mati ketika berada betul-betul di tengah simpang tiga jalan berhampiran Sungai Kuyoh. Nasib tiada orang lain di situ. Kalau tidak tentu tidak semena-mena kena marah.

"Padahal motor ni bukannya aku tak jaga. Agaknya memang jenis ko la, enjin mudah mati. Aku tengok motor RO dan Amin pun macam tu gak. Diaorang kata Motor Dayah ngan motor Nasrah pun macam tu gak." gumang Yadi sendirian sambil menatap motor kesayangnnya.

==++==++==++==++==++==++==++==++==++==

"Assalamualaikum" Yadi memberi salam. Syariat memperlakukannya sedemikian; cara hidup dan bersaudara di dalam Islam.

Sepi...tiada orang menjawab. Pintu terbuka dan ternampak kelibat Ubai keluar membawa bantal.

Yadi masuk dan terus melorong masuk. Seperti hari-hari biasa sebelumnya.

"Yunuh ado" Yadi bertanyakan Zul yang berada di bilik depan. "Tok tahhu" balas Zul dalam loghat Kelantan yang sama.

"Kat depan kot" sapa Iqbal setelah menghabiskan bacaan al-Qurannya, berbaur pelat utara.

Di ruangtamu Yunus terbaring berselimut separuh. "Iskandar tanya nta nak pi jadi enumerator tak esok. Kat KL, ada kuata baru kena buat " tanya Yadi sambil duduk berdepan dengan Yunus.

"Ana bukan apa, ana demam ni. Tak tau lah jadi ke tak. Kira tak jadi pun tak pe" Yunus bernada lemah. "Ginilah, nta bagitau ana paling lewat malam ni. Ana nak bagitau Iskandar pulak. Ek?"

"Tengoklah macam mana? nanti ana mesej nta" balas Yunus tanpa menunjukkan minat untuk melanjutkan bicara.

Yadi kembali ke bilik depan untuk menanyakan Amin. "Min! takde kuliah ke pagi ni?"

"Takde la bang, Surau Hidayah kalau ada pun pagi Ahad"
"Ingat nak dengar kuliah hari ni, tak dok pulok"
"Ala nta duk je depan ana ni. Ana bagi kuliah kat nta" usik Iqbal yang kecewa dengan kekalahan lawan ping-pong tempoh hari.
"Tak po la, lain kali ek. Kalu tak dok sangat baru ana cari nta" gurau Yadi yang ceria dengan usiakn Iqbal itu. Ceria mengalahkan PLSR min lawan pin-pong tempoh hari

Yadi terus keluar sambil melihat jam di tangannya. "Pukul 7.00 pagi, balik rumah pulok gamoknya" bermonolong seorang diri.

==++==++==++==++==++==++==++==++==++==

"Cikgu nok gi mmano?" tanya Yadi kepada tetamunya yang sudahpun berhelmet di porch rumah sewanya. "Nok gi kelas ni" jawab mereka ringkas.
"Pukul berapo kelas?"
"Pukul lape."
"Ho nyo de dulu make nasi lemak ni" pinta Yadi sambil menunjukkan nasi bungkus yang dibelinya.
"Ho ingat nok gi beli ko D la ni, pah tu baghu nok gi kelas"
"Maghi la dulu make, lambat lagi pukul lape" tinggi sikit suara Yadi bernada bersungguh.

Mereka bertiga masuk kembali ke rumah. Yadi terus ke dapur, manakala kedua-dua tetamunya memerhati ruangtamu yang mereka tidak sempat tinjau ketika baru sampai dari Hentian Kajang. Terus sahaja di bawa ke bilik atas.

Yadi keluar membawa pinggan, sudu dan air nescafe yang baru dibancuhnya. Mujur dia sempat memanaskan air semasa hendak ke BA tadi. "Makela karipap tu" ajak Yadi sambil mengatur pinggan dan menuangkan air yang masih panas.

>>> Mereka bertiga bersarapan sambil berbual-bual memenuhkan masa<<<

"Buleh gi doh tuh koho-koho. Haghi ni kelas pertama untuk sem ni" kata salah seorang dari tetamu Yadi.

Mereka sebenarnya baru mendaftar semester kedua Jumaat semalam. Seperti biasa hari yang 2 pertama mereka diwajibkan hadir bersua-muka dengan pensyarah mereka. Ketika inilah mereka menerima penerangan mengenai subjek yang diambil sebagai panduan mereka belajar sekembalinya mereka ke Kelantan nanti.

"Pah D kijo ke pagi ni?" tanya salah seorang dari mereka.
"Kalu ikut meme kijo, tapi ada muktamar haghi ni. Caghi doh oghe gati kijo. Pukul 3 masuk sambung balik" jawab Yadi memenuhi soalan. Merekaa sebenarnya baru berkesempatan berbual kerana Yadi pulang lewat semalam.

Mana tidaknya, lepas je closing terus ke Restoran Anjung milik Jaafar tauke Kelantan untuk tengok match. Musim world cup punya pasal la katakan!!!

==++==++==++==++==++==++==++==++==++==

Untuk kali kedua Yadi mencapai handuk di pintunya. Kali ini untuk mandi dan bersiap ke Muktmar PERSIPS.

Sambil mengenakan handuknya Yadi teringat mesej jemputan yang diterimanya.

::MUKTAMAR PERSIP 17HB JUN 2006 (SABTU) 8.30PG D TM. Pastikn kehadiran TERAMAI. Hadir/tidak? TLG REPLY SMS INI.ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah.-aida rost.s/u persip::

"Hai ana bukan alumni lagi..tak pe la nak tau juga perkembangan lagumana. lagipun hari tu panas Laman TUN_PM dengan email kawe. Gapo dio abe-abe nak kato haghi ni"

"Dan lagi se, jadi ke Indra nak ikut aku nih?"ujar fikiran Yadi.

==++==++==++==++==++==++==++==++==++==

Ternyata Yadi pagi itu bersendirian dan hanya setia ditemani motor KRISSnya. Itupun tidak semena-mena enjin motornya mati dekat traffic light South City Plaza. Kereta-motor banyak ketika itu. Kelam kabut Yadi jadinya.

"Nasib aku tak bawa Indra, kalu tak berat gak nak tarik motor ni. Bakpola nyo mati masa ni?"

(kalau nak cerita dan taip balik apa yang berlaku sepanjang highway ke TM banyak juga. Jadi diringkaskan sahaja). Yadi memerhatikan keadaan dan kelibat peserta muktamar sebaik sahaja dia melangkah kaki ke dalam dewan. Dari jauh kedapatan tiada siapa yang dikenalinya. Kalau ada pun abe Din, bos kedai Magna Square tempat Yadi bekerja yang kelihatan menghabiskan meehunnya.

Yadi keluar ke surau di sebelah. Pintu berkunci. "Hai manalah nak lepak ni? saing-saing tak dok." Yadi masuk ke dewan kembali selepas menghantar SMS kepada KA. "Tak main ker?" Kelihatan Abe Din berada di meja hindangan pula sambil memenuhkan pinggannya dengan meehun.

Yadi menghampiri Abe Din dan ditegur oleh Kak Didi yang bertugas menjaga meja hidangan. "Makan meehun Yadi?"

"Takpe la kak, baru lepas makan sebelum mari tadi" (Makan nasi lemak bersama tetamu)

"Sorang ker?" Kak Didi melanjutkan perbualan

"Ye, sorang" (belum berdua). Yadi menuangkan nescafe buat menemankan Abe Din yang makan meehun.

==++==++==++==++==++==++==++==++==++==

Jarum jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Peserta muktamar masih jauh dari bilangan sasaran.

Tiba-tiba datang segerombolan lelaki berkopiah putih. Mereka kemudiannya bersalam-salaman dan berdakapan dengan peserta yang sedia berborak sesama mereka berhampiran meja AJK. Kedengaran mereka bertutur dalam logha Terengganu.

"Ssorang pung kawan dok kena" bisik Yadi yang ketika itu telah berada di sebelah Najib Budiman artis the BROIS Production. Juga anak Penasihatnya, biarpun lebih senior dari Yadi. Kemudian mereka mengambil tempat duduk secara bulatan menyertai kami.

Yadi dan Najib bersalam-salaman dengan mereka. Setelah itu, mereka rancak berborak dengan yang lain kerana sudah lama tidak berjumpa. Hanya melalui program seperti inilah baru mereka dapat berkumpul. Itupun tidak semua yang dapat datang lantaran kekangan amanah dan aulawiyat kepada tugas yang lain.

Salah seorang cuba berbbual dengan kami. "Bila grad?"

"Tahun 2004" jawab Najib spontan
"Ana pemerhati, wakil G" jawab Yadi

"Ooo! Wakil G..., wakil BAKSIS la ye?" Yadi hanya mengiyakan.
"Entah ada ke tak BAKSIS sem depan, ahli tak ramai" teringat Yadi akan jawapan SMS KA sebentar tadi.

"Abang dari mana?" tanya Yadi.
"Dari Dungun, Teganu" ringkas
"Dari teganu ni? Mari sini duk mane?" Yadi melanjutkan pertanyaan, mesra.
"Mari semalam sebuah keta dengan diaorang. Bertolak pukul 12 malam. Singgah di rumah dia" sambil menunjukkan telunjuknya ke sahabat yang seorang lagi. "Pukul 5 pagi bertolak datang ke sini."

"Nama nta?" tanya abang.
"Ilriady" ringkas
"Ooo.. ilriady abdul hadi ye? Selalu baca email, tapi tak kenal sapa? Saya memang keje saya depan komputer je. Hok pakai nick lagi tak kenal".
"Ana rasa ana tahu nama abang. Dari Teganu. Hari tu ada sorang yang reply email. Nama..."
"Mohd Hanafi" celahnya terlebih dahulu
"Ha.. Abang Hanafi. Ye,ye betul tu" yadi pantas mengiyakan.

==++==++==++==++==++==++==++==++==++==









0 comments: