KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI


KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Assalamualaikum.
Nabi Musa a.s. adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa a.s. akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T. supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Wassalam.


Send E-Mail To Nur Islam
Copyright © 2001 Nur Islam Nasrul Amri Bin Samsudin®
All rights reserved.

WAJIB MEMBANTU PALESTINE



WAJIB MEMBANTU PALESTINE

Persatuan Ulama Dunia (al ittihad al ‘alami li’ulama’ al muslimin) mendorong kepada negara-negara dan bangsa-bangsa islam untuk membentuk bangsa Palestina dan pemerintahnya yang dipilih secara demokratis di dalam menghadapi pemboikotan dana dari negara-negara dan lembaga-lembaga Barat.

Tekanan demi tekanan terus di kenanakan kepada penduduk Palestine yang tidak berdosa, di hukum puak kuffar kerana kedegilan mereka tunduk kepada perintah mereka.
Ketua Persatuan Ulama Dunia, Syaikh Yusuf Al Qardhawi mengeluarkan fatwa syar’i yang menegaskan wajibnya membantu orang-orang Palestina. Qardhawi menganggap bantuan itu sebagai kewajiban (fardhu) atas kaum muslimin.
Sementara itu seorang intelektuaL dan penulis islam, Muhammad Salim Al’awa mendorong kaum muslimin untuk segera menyisihkan sebagian dari harta mereka untuk membantu orang-orang Palestina.
Disebutkan bahwa dunia Barat yang diwakili Amerika dan Uni Eropa telah memutuskan untuk menghentikan bantuan dana kepada pemerintah Palestina yang dipimpin Hamas dan hanya mencairkan dana bantuan kemanusiaan melalui lembaga-lembaga bantuan PBB.
Uni Eropa dan Amerika menggantungkan bantuan langsung kepada pemerintah Palestina dengan sejumlah syarat. Penghentian bantuan itu bisa dicabut apabila pemerintah Palestina mengakui hak eksistensi Israel, membuang kekerasan (maksudnya perlawanan bersenjata) dan menerima kesepakatan-kesepakatan sebelumnya.

Sejarah Ringkas Al-Imam Hasan Al-Banna


SEJARAH RINGKAS AL IMAM HASAN AL BANNA

Al Imam Hasan Al Banna dilahirkan pada tahun 1906 di kampung AL Mahmudiyah dari daerah AL Bahriah kira-kira sembilan puluh batu dari Kaherah. Bapanya Ahmad Abdul Rahman Al Banna adalah seorang ulama dan seorang pengarang yang telah mendapat pelajaran di Azhar di zaman Al Imam Muhammad Abduh.
Hasan Al- Banna merupakan anak sulung dari lima orang adik-beradik. Dalam usia lapan tahun beliau memulakan pelajaran permulaannya di sebuah sekolah rakyat di kampungnya, dan dalam usia dua belas tahun beliau memasuki sekolah rendah, dimana beliau terus menggabungkan dirinya dalam badan “Latihan Akhlak” atau “Jama’ah Al Suluk Al Akhlaki” yang dikelolakan oleh gurunya sendiri. Di antara kegiatan badan ini ialah mengenakan tatatertib dalam bentuk denda-denda ke atas ahlinya yang mengeluarkan kata-kata cacian dan maki hamun kepada teman-teman sejawatnya atau melakukan perbuatan yang menyalahi Agama. Dalam masa yang pendek sahaja beliau memperlihatkan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan muncul sebagai pemimpin badan itu.
Dalam peringkat usia persekolahan rendah ini, Hasan Al Banna mula menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh “Al Ikhwan Al Hasafiah” sebuah pertubuhan sufi yang banyak mempengaruhi jiwanya. Di sana beliau berkenalan dengan seorang belia yang masih muda bernama Ahmad Al Sakri yang kemudiannya menjadi tokoh yang memainkan peranan penting di dalam pertubuhan Jama’ah Al Ikhwan Al Muslimon.
Sewaktu berada di tahun akhir sekolah rendah, pemberontakan 1919 telah tercetus dan beliau turut menyertai pelajar-pelajar yang lain dalam demonstrasi-demonstrasi di perkarangan dan di luar sekolah di samping menggubah dan mendeklamasi sajak-sajak yang berkobar-kobar dengan semangat nasionalisme.
Pada tahun 1922 beliau di terima selaku anggota I dalam pertubuhan Jamaatul Al Safiah yang sebelum ini terkenal dengan nama “Al Ikhwan Al Safiah”. Pertubuhan ini mempunyai dua tujuan dua hala iaitu :
(i) berjuang untuk memelihara prinsip-prinsip akhlak Islam.
(ii) Menentang gerakan da’yah Kristian di Bandar Kahirah.

Semasa di dalam pertubuhan ini beliau terpengaruh dengan ajaran Al Imam Al Ghazali. Pada waktu itu beliau bukan sahaja terkenal rajin dengan pelajarannya, malah beliau melakukan penelahan di luar yang luas. Beliau sangat gemar membaca buku-buku Tasauf, Sejarah Rasulullah (s.a.w.), kisah-kisah perjuangan pahlawan yang mempertahankan tanah air dan agama dan kisah-kisah perjuangan menuju jalan Allah.
Pada tahun 1923 dalam usia 16 tahun beliau telah lulus sekolah perguruan rendah dan pada tahun yang sama juga beliau memasuki kuliah Darul Ulum satu yayasan pengajian tinggi yang merangkul pengajian tradisional dan pengajian moden dan merupakan satu institusi pengajian tinggi di masa itu.
Semasa berada di kota Kaherah beliau dengan pandangan mata seorang anak desa yang berpendidikan agama dapat melihat dengan jelas pergolakan parti poltitik dan aliran-aliran yang menentang agama yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Arttaturk. Beliau juga melihat aliran Non Islamic di Universiti Mesir. Ketika itu ramai beranggapan bahawa Universiti Mesir tidak akan dapat menegakkan sekularismanya melainkan dengan menentang agama dan memerangi tradisi-tradisi sosial yang berbentuk agama. Ia melihat denagn sedih bagaimana persekutuan-persekutuan, pari-parti politik, himpunan-himpunan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial yang sekular semuanya menuju satu haluan iaitu melemahkan pengaruh agama. Ketika itu beliau mengeluh merorong "Allah sahaja yang tahu berapa lama kami tidak kerana memikirkan nasib umat, menganalisakan penyakit-penyakit yang dihadapi dan cara-caran untuk mengatasinya. Kami begitu risau hingga sampai kami menangis.”
Pada tahun berikutnya beliau memasuki satu pertubuhan Agama yang lain iaitu “Jama’atul Makram Al Akhlak Al Islamiah” atau Persekutuan Budi Utama Islam, iaitu sebuah pertubuhan yang giat mengaturkan ceramah-ceramah Islam, beliau dan rakan-rakan seperjuangan telah menjalankn dakwah bukan sahaja di masjid-masjid, tetapi di segala tempat perhimpunan orang ramai terutama di kedai-kedai kopi rakyat di merata pelusok desa. Usaha beliau membawa dakwah di kedai kopi telah memberikan hasil yang amat besar. Di peringkat ini beliau banyak membuat perhubungan denagn tokoh-tokoh pemimpin Islam yang terkenal di zaman itu seperti Mahyudin Al Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain tokoh yang memperjuangkan Islam.
Pada tahun 1927 beliau mendapat Ijazah dari Darul Al Ulum dalam usianya 21 tahun. Kemudian beliau menjadi guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah rendah di Bandar Isma’iliah di wilayah Terusan Suez dan terus berkhidmat di bidang perguruan Islam sembilan belas tahun dan meletakkan jawatannya sebagai guru pada tahun 1946. Beliau menyusun kegiatan da’wah dengan berkesan dalam masyarakat bandar Isma’iliah, beliau juga telah membawa da’wah ke kedai kopi yang dilakukan di kota Kaherah, dan di sanalah dapat mencungkil bakat-bakat manusia yang baik untuk diberikan pendidikan selanjutnya yang lebih teratur.
Walaupun beliau tinggal di Isma’iliah, namun beliau tetap mempunyai hubungan yang rapat dengan badan-badan dan tokoh-tokoh pejuang Islam di Kaherah. Beliau ikut serta menyokong pertubuhan Persekutuan Belia Islam, pada tahun 1927 dan menjadi wakil majalah Al Fatah, sebuah majalah yang bertugas selaku jurucakap badan-badan dan pertubuhan Islam di masa itu. Majalah itu dipimpin oleh Mahyuddin Al Taib salah seorang ulama pejuang Islam dan pengasas Persekutuan Belia Islam.
Pada bulan Mac 1928 beliau telah menubuhkan organisasi Al Ikhwan Muslimon di Bandar Isma’iliah. Pertubuhan itu telah berkembang pesat. Pada tahun 1923 beliau telah berpindah ke kota Kaherah dan membuka cawangan Pertubuhan Ikhwan Muslimon di Kaherah bersama adik bongsunya yang sehaluan dan seperjuangannya Abdul Rahman Al Banna. Pertubuhan itu telah berkembang subur di masa tercetusnya perang dunia yang kedua dan berjaya menjadi salah satu kuasa politik yang bertarung di masa itu.
Beliau telah mengatur Ikhwan Muslimon dalam tiga peringkat. Peringkat pertama, memperkenalkan gagasan Ikhwan Muslimon dan menyebarkan da’wah asas melalui ceramah-ceramah dan mengadakan kegiatan-kegiatan kebajikan masyarakat. Kedua, peringkat membentuk keperibadian anggota-anggota Ikhwan sebagai persediaan untuk melancarkan jihad. Ketiga, peringkat melaksanakan cita-cita perjuangan Islam yang tegas.
Dalam tahun 1948 Pertubuhan Ikhwan Muslimon telah diharamkan oleh pemerintahan Al Nukrasyi dari parti al Sa’di kerana dituduh merancangkan satu pemberontakan untuk menumbangkan kerajaan. Berikutan dengan pengharaman itu, ibu pejabat organisasi itu dikepung polis dan semua anggota yang ada di bangunan itu ditangkap kecuali Al Imam Al Sheikh Hasan al Banna. Semua cawangan organisasi itu dibubarkan dan harta bendanya diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Dalam Negeri. Organisasi itu seterusnya dituduh sebagai musuh ketat kerajaan yang cukup lengkap dengan persediaan senjata, hospital-hospital, sekolah-sekolah, kilang-kilang dan syarikat perniagaan yang kukuh.
Al Imam Hasan Al Banna yang masih bebas itu terus berusaha dengan segala dayanya, untuk menyelamatkan organisasi itu tetapi ia tidak dapat menemui jalan-jalan damai dengan perdana menteri Al Nukrasi Bassa.
Di waktu Zohor 12 Februari 1949 Al Imam Syed Hasan Al Banna telah ditembak ketika beliau keluar dari bangunan Al Ikhwan Muslimon untuk menaiki kereta sewa dan beliau telah meninggal dunia di Hospital beberapa minit selepas itu. Kematian beliau telah dirancang oleh polis rahsia kerajaan kerana menuntut bela atas kematian perdana menteri yang telah dibunuh oleh seorang mahasiswa yang bertindak atas daya-usahanya sendiri kerana marahkan pembubaran Al Ikhwan Al Muslimon.
Jenazahnya telah dikebumikan di bawah kawalan kereta-kereta kebal dan kereta-kereta perisai dan tidak dibenarkan disaksikan oleh orang ramai kecuali keluarganya sendiri.
Demikian tamatnya kisah seorang penda’wah dan pejuang Islam yang ulung di abad dua puluh dan langkah-langkah perjuangan beliau telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan yang dinamis di merata bumi masyarakat Islam.

`Amal Islamiyy (buat sepupuku)


بســم الله الرحمن الرحيم
العمل الإسلامي

AMAL ISLAMI

Surah Al-Baqarah:105
ة Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".


KONSEP AMAL ISLAMI DALAM GERAKAN ISLAM

Nadinya - Ubudiyyah ( pengabdian diri kepada Allah )
Nafasnya - Syakhsiyyah ( pembentukkan peribadi mulia )

Amal Islami suatu kepastian bagi iman) kerana Amal Islami adalah berobjektifkan peneguhan agama Allah dan meneguhkan agama Allah itu pula adalah semulia – mulia aktiviti Amal Islami.

SEBAGAI ANGGOTA HARAKAH ISLAMIYYAH

Amal Islami yang mesti dilakukan ialah :


1. Pembinaan peribadi muslim ( الفرد المســـلم ):

- Badan yang sihat قوى الجســــم
- Akhlak yang kontan متين الخــــلوق
- Minda intelek مثقف الفــــكر
- Berdikari قادرا على الكــسب
- Sejahtera aqidah ســـليم العقيــدة
- Ibadah yang sah صحيح العــــبادة
- Mujahadah nafsu مجــــاهدا لنفسـه
- Menjaga waktu حريصا على وقتــه
- Berdisiplin dalam tugas منظما فى شؤنــــه
- Bermanafaat untuk orang lain. نافعـا لــغـــيره

10 bentuk syakhsiyyah yang mesti menghiasi Akhi mujahid.

2. Pembentukkan Baitul Muslim ( تـكويـن بيت المســلم )

المحافظة على آداب الإسلام في كل مظاهر الحياة المنزلية
و حســـــن اختيـــار الزوجـــــية
و حســـــــن تربيـــــــة الأولاد

3. Pembimbing masyarakat ( إرشاد المجـتمع )

Sebar dakwah نشـــرالدعوة
Perangi mungkar محاربة المنكر و الرذائل
Suburkan Al makruf تسجيع الأمر بالمعروف

4. Membebaskan tanahair ( تــــــــحرير الوطــــــــــن )

5. Membetulkan kerajaan ( ا صـــــــــلا ح الحـــكومة )

Sifat kerajaan Islamiyyah :
Rasa tanggungjawab
Keadilan buat semua
Menaungi rakyat
Amanah di atas harta

Kewajipan Kerajaan Islamiyyah :
Menjaga keamanan
Menguatkuasa qanun Islami
Luaskan sisten Ta’lim
Siapkan sarana kekuatan
Jaga kesihatan
Ra’i manafaat umum
Menjaga harta
Menguatkan akhlak
Menyebarkan dakwah.

Jika Kerajaan Islamiyyah melaksanakan kewajipanNya dan menepati sifatnya. Maka kita sendiri mesti beri WALA’ dan TAAT serta MEMBANTUNYA.

Jika tidak maka) NASIHAT dan BIMBING mereka ke jalan yang benar. Sesungguhnya tiada sembahan kepada makhluk dalam perkara menginkari perintah Allah swt.

Mengembalikan binaan negara bagi ummat Islamiyyah.
( اعــــــــادة الـــــــــكيان الدولى للأمـــــــــــــــــــة الإســــــــــــــــــــــــلامية )

Membebaskan tanahair
Taqrib ketua gerakan mereka
Hidupkan keagungnya
Satukan kedudukan ummat.

Menguasai sebahagian dari dunia dengan menyebarkan daawah
( اســـــــــــــــــــــــــــــتــا ذية العـــــــــــــــالم بنشـــــــــر دعوة الأســـــــلام فى ربوعـــــه )

`Amal Islami itu ada 3, iaitu:
i. `Amal Ijtima’ie
ii. `Amal Jama’ie
iii. `Amal Fardhi
TANTAWI
5 August 2000
petikan ini menjawab pertanyaan sepupuku semalam yang bertanyakan tentang `amal jam`ie..... hajatnya nak publishkan tentang `amal jama`ie sahaja...tapi setelah direnung-renung paperwork nak wujudkan persatuan baru dikolej yang nak dibuat oleh sepupu ana....ana fikir perlu difahamkan terlebih dahulu mengenai keperluan `amal islamiyy itu terlebih dahulu....mudah-mudahan kita beroleh Mardhotillah ilal akhir hayah.
Ikhlas dari ilriady
dipetik dan dipetik dari blog Ustaz Nasaruddin

MINTALAH FATWA KEPADA HATI

MINTALAH FATWA KEPADA HATI

“Dari Wabisat bin Ma’bad r.a. katanya: Aku datang kepada Rasulullah SAW. bertanyakan kebaikan. Baginda berkata: “ Mintalah fatwa kepada hati engkau. Kebaikan itu ialah apa yang mententeramkan hati engkau. Dan dosa itu ialah apa yang bergetar dalam diri dan ragu dalam dada, sekalipun berfatwa kepada engkau oleh manusia dan mereka telah berfatwa dengan menyalahinya. ”

( H.R. Ahmad dan Al-Darimi )


Tanda-tanda kebaikan atau perbuatan dosa dapat diketahui dari gerakan hati. Mintalah ‘ fatwa dari hati ’ adalah dalam perkara yang tidak terang hukumnya atau dalam perkara syubhat yang masih diragu-ragukan halal haramnya. Kerana hati seseorang dalam menghadapi perkara yang seoerti ini menurut kebiasaannya adalah merasa puas dan tenteram kiranya perkara itu baik, tidak ada dosa. Sebaliknya, ia ragu atau gelisah jika perkara itu tidak baik atau mengandungi dosa ataupun yang masih samar-samar hukumnya, sebagaimana kata Ibnu Mas`ud:

“ Dosa itu menggoncangkan hati ”

Jadi hati adalah pedoman atau pengukur bagi menentukan suatu perkara yang dihadapi seseorang, kerana dari isyarat atau petunjuknya dapat dijadikan pegangan yang kukuh, sekalipun ada fatwa orang lain yang bertentangan dengannya.

Dalam sebuah hadis juga dijelaskan, ketika Abu Tha`labah al-Khasyani meminta kepada Rasulullah SAW. supaya diterangkan kepadanya apakah yang halal dan yang haram baginya? Rasulullah Saw. menjelaskan kepadanya dengan mengatakan:


“ Kebaikan ( yang halal ) itu ialah suatu yang tetap oleh diri dan tenang oleh jiwa dalam menghadapinya, dan dosa itu ialah suatu yang tidak tetap oleh diri dan tidak tenang oleh hati, sekalipun orang telah berfatwa kepada engkau. ”

( H.R. Ahmad )

Ketika Wailah bin al-Asqa berkata kepada Rasulullah SAW.: “ Berilah kepadaku satu fatwa tentang suatu perkara sehingga aku tiada lagi akan bertanya suatu perkara kepada seseorang sesudah engkau. ” “ Mintalah fatwa kepada diri engkau sendiri . ” Kataku: “Bagaimana yang demikian? ” Rasulullah SAW. Menjawab: “ Engkau tinggalkan apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan, sekalipun telah berfatwa kepada engkau oleh sekalian orang yang berfatwa. ” Kataku lagi:“ Bagaimanakah yang demikian? ” Jawab Nabi SAW:” Letakkan tangan engkau ke atas hati engkau ( bagaimanakah keadaan perasaannya ). Kerana hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tiada tenang kepada yang haram. ”
( H.R. At-Thabarani )

Demikianlah keadaan hati atau jiwa seseorang dalam menentukan suatu perkara yang diragu-ragukan atau dalam masalah yang tidak diketahui hukumnya.

Adapun dalam perkara yang sudah terang diketahui hukumnya berdasarkan dalil syara’, maka tidaklah lagi dikehendaki meminta fatwa dengan hati. Tetapi hati itu sendiri mestilah patuh kepada hukum yang telah ada nasnya samada hatinya merasa tenang ataupun tidak. Misalnya, syara’ membenarkan sesorang tidak berpuasa ketika dalam perjalanan atau dalam kesakitan, dan ia tidak senang hati dengan hukum itu.

Pendek kata, hendaklah menuruti hukum yang ada nasnya walaupun hatinya menolak. Kerana tiada jalan lain bagi seorang yang beriman kecuali mematuhi Allah dan Rasul-Nya sebagaimana firman Allah SWT:

“ Dan tidaklah layak bagi seseorang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-NYa memutuskan ( sesuatu hukum ) ada lagi bagi mereka ( hak ) memilih dari urusan mereka. ”
( Al-Ahzab: 36 )

Inilah perintah Allah dalam perkara yang telah dinaskan, iaitu yang telah ada nas menetapkan hukumnya. Adapun perkara yang meragukan hati, yang tiada nasnya dari Allah dan Rasul tiada pula dari sahabat-sahabatnya serta tidak didapati dari orang yang terpercaya ilmu dan agamanya, dan kalaupun ada, tetapi fatwa itu didasarkan kepada sangkaan atau pendapat dan tiada disandarkan kepada dalil syara’, maka pada waktu itu hendaklah ia menurut apa yang terasa dalam hatinya dan di sinilah ia menentukan sikap, walaupun ada orang yang mengeluarkan fatwa berlainan dengan rasa hatinya.

Hati seseorang adalah penunjuk kepada suatu pekerjaan yang akan dilakukannya. Kerana itu sudah sepatutnya ia mengetahui keadaan perasaan ataupun getaran hatinya atau jiwanya sbelum dikerjakan. Kalau dirasakan ada ketenteraman atau ketenangan, kerjakanlah. Sebaliknya kalau tidak, tinggalkanlah.

Menurut riwayat dalam kitab Syarah al- Arba`in al-Nawawiyah, bahawa Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya dengan beberapa wasiat. Di antaranya ia berpesan:

1.Jika kamu hedak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu akan memakan buah kayu, hatiku telah bergoncang dan gelisah.

2.Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya. Kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang akibat daripada makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3.Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang-orang tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepadaku supaya jangan memakan buah yang terlarang itu.

Lirik nasyid minggu ini


Senin, 21 Jan 2002 (dah lama dah..)
Diwani - Di Hening Malam

Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi

Bangunlah insan bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu
Panjatkanlah doa
Pohonkan ampunan dariNya
Agar bersih hatimu dan juga akalmu
Tundukkan nafsumu kepada kebenaran
Pangkat dan darjat yang tertinggi
Bagi yang berjaga malam
Di waktu malam yang sunyi sepi
Untuk Tuhan tertinggi lagi terpuji
Jadikanlah malam merintih dan mengadu
Kepada Tuhanmu
Agar kerja kita dipimpinNya

Kupasan Surah Al-Fatihah


Surah Al-Fatihah (Pembukaan).

1. diturunkan di Makkah / ayat Makkiyah
2. ada 7 ayat
3. surah yang pertama turun dengan complete
4. dinamakan “Ummul Qur’an (induk Al-Qur’an) atau Ummul Kitab (induk Al-Kitab)”,
kerana menjadi intisari Al-Qur’an seluruhnya.
*sebab itu diwajibkan membacanya setiap kali solat
5. juga dinamakan As-sab`ul matsaany (7 yang berulang-ulang)
6. membincangkan 3 perkara ; keimanan, hukum-hakam dan kisah2

Kupasan surah :

1. Dimulakan baca Al-Fatihah dengan Bismillah – setiap pekerjaan juga dimulakan
engan Bismillah.
Pekerjaan yang baik : makan, minum, sembelihan dsb.
Allah: nama Zat yang Maha Suci, yang makhluk memerlukannya dan Dia tidak.
Ar-Rahman : Maha Pemurah / salah satu dari nama Allah, bahawa Allah melimpahkan kurnia
kepada makhluk.
Ar-Rahiim : Maha Penyayang, Allah sentiasa bersifat rahmat; Allah selalu melimpahkan rahmatNya
kepada makhlukNya
2. Alhamdu (segala puji) 1. puji 2. terima kasih kpd manusia atas kebaikannya shj / syukur kpd Allah,
Allahlah sumber segala kebaikan yang patut dipuji
3. Rabb (tuhan) yang dita`ati Yang Memiliki,, Mendidik dan memelihara. `Aalamiin (semesta alam): semua
yang diciptakan Tuhan, pelbagai jenis dan macam.dan Allah Pencipta semua alam itu.
4. Maalik (Yang Memiliki), ‘mim’ pemilik dan raja Yaumiddin (hari pembalasan), hari yag diwaktu itu semua
manusia menerima ganjaran dan balasan terhadap amalannya. Nama2 lain: ……..
5. Na`budu (asal kata `Ibaadat), kepatuhan dan ketundukan yg timbul dr perasaan adanya kebesaran Allah.
6. Nasta`iin (minta pertolongan), ambil dr kata isti`aanah: mohon-harapkan bantuan selesaikan perkara yang
tidak sanggup diselesaikan dengan tenaga sendiri.
7. Ihdina (tunjukilah kami), ambil dr kata hidaayat: memberi petunjuk ke suatu jln yang benar, juga diberi taufiq.
8. Yang dimaksudkan dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan
yang menyimpang dari ajaran Islam.

Penutup.

Melengkapi unsur2 syari`at yang dijelaskan perinciannya kemudian di dlm ayat2 yg lain.
di akhirnya disebutkan permohonan hamba supaya diberi petunjuk ke jln yg lurus, sedang surah Al-Baqarah dimulai dengan Al-Qur’an itu sbg penunjuk yg sempurna menuju ke jln yg dimaksudkan itu.

Bait-bait propaganda



Hidup
Adalah suatu pilihan
Antara baik salah
Dimana kita ini
Dipaksa untuk berpihak
Memilih jalan kehidupan kita